Dua buah keluarga ini sememangnya cukup dikagumi akan hubungan baik antara mereka. Biarpun Norman dan Abby Abadi suatu ketika dahulu bergelar suami isteri dan kemudiannya berpisah. Lalu masing-masing bertemu dengan pasangan baru, namun hubungan mereka masih baik.
Bahagianya melihat kemesraan dan kasih sayang antara dua keluarga besar ini. Ke mana sahaja pasti seiringan termasuklah dalam soal anak-anak. Tidak hairanlah ada yang melabelkan mereka sebagai keluarga contoh. Apa tidaknya, banyak aktiviti dan program yang mereka lakukan bersama baik menonton wayang, menyambut kelahiran anak dan keluarga besar ini juga sering bercuti bersama. Gemar aktiviti bersama keluarga
Berpeluang menemubual Memey, isteri kesayangan Norman Hakim ini, akuinya mereka sekeluarga memang gemar mengadakan aktiviti bersama.
“Kami memang kerap buat aktiviti bersama yang melibatkan keluarga besar. Memandangkan anak-anak suka dan gembira apabila ada aktiviti beramai-ramai. Sebab itu, kalau ada peluang, ruang dan masa memang kami akan buat penuhi segala jadual aktiviti, yang biasanya memang akan bersama-sama dan melibatkan famili besar.
Bercuti memang wajib dan aktiviti paling disukai semua orang. Kami akan sentiasa plan kerana ini juga pengalaman baru untuk anak-anak. Tetapi untuk lokasi kmi akan pilih yang banyak aktiviti dan mesara untuk anak-anak.
“Waktu PKP memang banyak masa di rumah kerana waktu itu aktiviti diperketatkan. Sekarang sudah longgar barulah kami berani bawa anak-anak pergi bercuti, makan-makan, bawa anak-anak lakukan aktiviti outdoor, lasak. Tetapi kami masih tetap kawal dan #kitajagakita tetap dipraktikkan,” ujar Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi. Hubungan baik bersama Abby
Menyentuh mengenai hubungan baiknya dengan bekas isteri suami, akui Memey dia dan Abby Abadi miliki banyak persamaan. Dek kerana itu mereka boleh duduk bersama dan berbincang banyak perkara termasuk hal anak-anak.
Ads
“Persamaan saya dan kak Abby memiliki hobi dan minat yang sama iaitu bercuti. Idea bercuti memang kami kerap plan bersama. Asal anak-anak ada cuti laju je kami akan plan. Tetapi biasanya kami akan plan awal. Contoh 2-3 sebelum pergi bercuti kerana ini membabitkan perbelanjaan, pakaian dan juga lokasi.
“Semua itu melibatkan saya dan Abby untuk diskus bersama. Ini bagi memastikan semua teratur dan berjalan lancar memandangkan ada anak kecil dan membawa keluarga besar. Kami perlukan sistem yang teratur, semua selesa dan ada aktiviti bersama. Ukhuwah dua keluarga
Ditanya cabaran dalam menguruskan keluarga besar terutama untuk bercuti beramai, ramai, jelas Memey itu tidak menjadi masalah buat mereka.
“Soal cabaran tu memang kalau ke mana-mana sahaja pun pasti ada cabaran tak kira sama ada bercuti dan aktiviti lain kan. Apatah lagi kalau mempunyai anak kecil. Cuma dari sudut baiknya saya melihat aktiviti bercuti bersama ini adalah melibatkan ukhuwah dua keluarga.
“Pada saya cabaran yang ada itu biasa-biasa sahaja. Saya sendiri jujurnya tidak melihat ia sebagai satu cabaran besar. Saya lebih suka melihat akan keseronokan pada wajah anak-anak. Apabila tengok mereka senyum dan gembira dapat berkumpul dan bersama beramai-ramai rasa puas.
“Malah bila berkumpul beramai-ramai ini bukan sekadar berhibur semata-mata. sebaliknya kami dapat berjemaah bersama-sama, mendengar tazkirah. Dalam masa yang sama, kami selitkan aktiviti permainan. Seboleh mungkin aktiviti yang diadakan padat tetapi kami pastikan semuanya seimbang dunia dan akhirat,” ujarnya lagi.
Ads
Pengurusan dan sistem teratur
Dalam pada itu, Memey mengakui bila melibatkan anak kecil, mereka memerlukan sistem yang teratur. Kerana itulah pentingnya pengurusan.
“Sebab itu dari awal kena plan. Saya dan kak Abby memang selalu sepakat terutama pengurusan perbelanjaan, tempat semuanya dah buat check list. Supaya nanti tidak kelam kabut dan last minute. Kalau kita back pakers tak kisah last minute tapi bila melibatkan keluarga besar tak boleh. semua kena ada sistem dan pengurusan yang baik.
Ads
“Kami jarang mengambil agensi kerana ia melibatkan kos yang besar. Tetapi kami akan ‘sit down’ dan cari alternatif sedaya mungkin apa yang boleh kurangkan perbelanjaan, kami akan buat.
“Apabila melibatkan keluarga besar memang tak boleh lari dari kos yang besar. Tetapi kalau melibatkan pengurusan yang baik akan memudahkan segala urusan, anak-anak pun dapat tempat yang selesa, aktiviti yang okey dan plan yang terbaik,”jelas Memey lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bekerja setiap hari membuatkan wanita dihimpit kesibukan hingga tidak punya waktu untuk fokus kepada kebersihan rumah. Adakalanya kita terpaksa mengetepikan soal mencantikkan rumah setiap hari. Jujurnya, waktu hujung minggu adalah waktu untuk kita membersih, mencantik dan mewangikan rumah daripada sebarang habuk dan kotoran.
Itu sahajalah waktu terbaik yang kita ada untuk memberi lebih ruang dalam mencantikkan rumah. Selebihnya banyak masa ibu-ibu dihabiskan untuk menjaga anak dan suami. Namun dalam kesibukan itu ada petua mudah untuk anda praktikkan bagi memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi. Ikuti empat langkah ini.
1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kai. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kentang bersalut keju atau Cheesy Wedges antara yang digemari ramai terutama kanak-kanak.
Biasanya kita akan membeli ke kedai makanan segera apa kata kali ini ibu-ibu cuba membuat sendiri di rumah. Caranya cukup mudah, lagi sedap dan menjimatkan.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Salimah Olie. Selamat mencuba!
Petang-petang tak tau nak makan ape.kentang pulak banyak jom la kita buat cheezy wedges..sedap dan jimat..
CHEEZY WEDGES HOMEMADE BY SALIMAH OLIE
4 biji kentang – tak nak kupas kulit pun takpe.tapi, pastikan basuh bersih tau.
Mixed herbs
Lada sulah
GaramTepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna bestari)
–untuk sos–
3 sudu besar serbuk cheese – bancuh dengan air panas.kacau-kacau hingga jadi sos.
Serbuk cheese boleh beli disini –> Cheese Powder Dan Tepung Magik
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Justeru, dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, tidak sama cara didikan. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha, 30.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Melihatkan cara pemilik jenama Cakenis ini membesarkan anak-anaknya cukup memberi inspirasi terutama kepada pasangan muda yang lain.
Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik video mahpun gambar perkongsian di instagramnya, ramai ibu-ibu yang memberi komen.
Baru-baru ini, Hanis berkongsi tip bagaimana memastikan tidak berlakunya lambakan barang mainan di rumah.
Menurut Hanis, mendidik anak-anakanya ‘melepaskan’ secara sukarela mainan tersebut dengan menderma yang lama jika sudah mempunyai mainan yang baharu. Mainan lama tersebut akan diberikan kepada orang lain yang lebih memerlukan.
Kaedah yang dipraktikkan Hanis ini juga ini dapat melatih anak-anaknya supaya lebih peka dalam pemilihan jenis barang. Bukan itu sahaja, mereka tidak akan sewenang-wenangnya meminta mainan yang baharu memandangkan sayang untuk melepaskan mainan lama kepada orang lain.
Dalam pada Itu, Hanis turut berkongsi tip untuk ibu bapa supaya membiarkan anak-anak memilih sendiri jenis mainanan yang ingin mereka berikan kepada orang lain.
Teknik ini melatih anak-anak supaya dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka. Ini juga menjadikan mereka mempunyai presepsi dimana pendapat mereka dihargai dari kecil hingga dewasa kelak.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.