Bercuti bersama keluarga adalah moment yang indah untuk di kenang. Biarpun destinasi yang dipilih dalam negara ia tetap meninggalkan kenangan manis!
Bagi keluarga ini percutian dalam suasana luar bandar dan kehijauan, destinasi ke Dabong Kelantan menjadi pilihan mereka. Menerusi perkongsian di facebook miliknya, Felicia Ramzi berkongsi tip bercuti selama 4 hari 3 malam.
Jom ikuti perkongsiannya. Menarik boleh jadi panduan!
DARI KAJANG KE DABONG
Hai semua. Kali ini saya nak kongsikan trip kami 5 sekeluarga menaiki “Jungle Train” aka Ekspress Rakyat Timuran koc berkatil ke Dabong musim cuti sekolah lepas. Izinkan saya kongsi beberapa tips dan tricks tentang jungle train ni dan juga info tempat-tempat menarik di Dabong.
Laluan kami adalah dari stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Dari Gemas, naik Jungle Train menuju ke Dabong.
Tips and tricks beli tiket:
1. Pembelian online: KTMB banyak beri diskaun berbentuk kod promo.
2. Pembelian online: Kalau ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut. Sebab kalau beli atas nama penama dewasa, kategori warga emas takkan muncul dalam pilihan check box, kena bayar harga dewasa. Rugi.
3. Kalau beli di kaunter, minta bantuan staff KTMB. Bagitau lah minta letakkan kod promo. Juga beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staff KTMB pasti lebih arif. Kami tempoh hari, kalau tak pakai kod promo, Kajang-Gemas saja pun dah RM250. Tapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22) – total tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh kan bezanya. Jimat banyak.
4. Sama juga pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tapi sebab masukkan kod promo yang KTMB bagi, total pergi balik dapat RM268 koc berkatil.
5. Koc berkatil : Koc T6-T8. Tips saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Satu sebabnya, penumpang lain tak lalu-lalang ke cafe di Koc 5. DAN, koc 8 paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali. Cuba elakkan ambik katil depan sekali jugak sebab besi ‘connecting’ koc tu bising gedegung gedegang.
6. Untuk pilihan katil, nombor genap ialah katil bawah. Nombor ganjil ialah katil atas.
7. Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3,4,7,8,11,12,15,16 dan seterusnya sehingga 39,40.
8. Bawa sarung extra untuk balut tilam dan bantal. Sebab tak tahu berapa ramai yang dah baring kat tempat kita tu kan.
9. Bawa extra makanan. Jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat kalau penumpang ramai.
Tempat makan best di Dabong. WAJIB cuba.
1. Mee Udang Che Da – depan stesen. sedap namatey.
2. Mee Udang Harimau Kak Nah – menjilat jarey.
3. Nasi Kerabu Kak Tiey – di Jambatan Kemubu – menanges.
4. Ikan Bakar Adam’s Cafe – terkenang-kenang.
5. Dodol lemak – sebagai souvenir
Tempat penginapan:
1 malam kami di – Resthouse MDD – 1 unit berkonsepkan rumah. 2 bilik tidur beraircond, 2 katil queen, ruang tamu bersofa dan berkarpet, dapur basic, bilik mandi – RM150/malam.
2 malam seterusnya di – Rose House Dabong – 1 bilik. 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto – RM80/malam + RM50 extend sehingga malam sementara tunggu train balik Gemas 11.32 malam.
Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport.
Kot-kot apa jadi, kami masih boleh jalan kaki ke stesen.
Tak menyesal trip kali ni. Pergilah warga BBM walaupun sekali, kena cuba.
Sungguhpun tidur tak lena dalam train, line telefon SOS, objektif utama telah tercapai – makan, nature dan merasa naik jungle train Malaysia. Priceless!
Perkongsian: Felicia Ramzi
Sumber: Felicia Ramzi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club