Waktu bercinta, semuanya indah! Bila dah berkahwin, baru nampak perangai pasangan satu sama lain. Waktu inilah suami isteri diuji sama ada boleh menerima baik buruk pasangan demi masa depan bersama.
Oleh itu, entri ini khususnya buat para wanita, terdapat beberapa perangai suami yang anda harus sabar dan terima setelah berkahwin nanti. Maklumlah, tidak semua orang sempurna…
BUAT PARA WANITA, SABARLAH DENGAN 10 PERANGAI SUAMI SELEPAS KAHWIN NANTI…
1. Tupperware. Bagi lelaki semua bekas makanan sama je, tupperware juga walau beli kedai 2 ringgit.
2. Membebel. Dengan lelaki ni tak boleh cakap sekali je kalau tegur, tak meresap dalam jiwa kena cakap ulang ulang baru terkesan di jiwa.
Ads
3. Cari barang. Cari apa semua tak jumpa, tu la lelaki.
4. Marah alih barang. Ini memang pantang orang lelaki, tak boleh alih barang dia. Tu datang point no.3 tadi.
5. Baju lepas pakai. Sabar je la kalau baju & seluar lepas pakai banyak tergantung sepi. Hujahnya, “baru pakai sekali..”
Ads
6. Flush toilet. Kadang kadang memang akan ada masanya lelaki terlupa nak flush lepas guna. Bukan sengaja tapi nak cepat.
7. Kena cakap spesifik. Dengan lelaki tak boleh cakap berlapik lapik sangat, dia tak faham atau lambat catch up.
8. Beli barang. Beza lelaki dengan perempuan, lelaki kalau di suruh beli sardin dia akan beli sardin je, perempuan beli sardin sekali beli bawang, minyak, kicap, cili dan mungkin boleh penuh satu troli.
Ads
9. Nak cepat je. Tabah la, lelaki tak akan boleh faham seni wanita bersiap. Cara lelaki bersiap sarung sarung jalan je, wanita sarung tengok cermin, tak okey sarung lain tengok cermin lagi. Gitu la.
10. Rimas. Jangan pelik lelaki boleh tak rasa rimas tengok rumah bersepah, elok je dia duduk melepak depan tv.
Sesungguhnya lelaki hanya menunjukkan kelemahan dia di depan wanita sahaja.
Japanese rose atau juga kita panggil sebagai bunga pukul 10 ini cukup comel dan menarik perhatian. Apatah lagi jika bunganya berkembang penuh, boleh membuatkan sesiapa pun terpukau dengan keindahannya.
Bunga ini banyak jenis dan warna malah tidak menjadi masalah untuk mempelbagaikan jenis dan warnanya di dalam satu bekas. Hasilnya memang cukup luar biasa!
Jadi apa kata, kita layan cara tanam bunga kembang sepuluh ini untuk memperindahkan lagi kawasan taman rumah kita. Bukan sahaja cantik ditanam di tas tanah, malah cantik juga dijadikan pokok hiasan gantung.
Langkah demi langkah :
Dapatkan beberapa batang pokok bunga japanese ros.
2. Potong sebatang menjadi beberapa keratan batang seperti di bawah.
3. Sediakan pasir hitam berbaja letak penuh dalam pasu. Kalau tak ada baja, boleh gaul dengan satu sudu besar baja kopi dalam tanah.
4. Kemudian cucuk keratan batang pokok bunga memenuhi ruang pasu.
5. Kemudian siram
Ekstra Info :
Tujuan siraman ini bagi menguji tanaman yang ditanam kukuh. Jika selepas disiram tercabut, maka tanam ke dalam sedikit.
2. Jika keratan mempunyai bunga, buang agar baja dapat tumpukan untuk pembesaran batang terlebih dahulu.
3. Ingat ye, tanaman bunga ini memerlukan tanah yang lembab tapi jangan bertakung dan japanese Rose ini sangat suka matahari.
Sumber : Rose Shah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya. Andai betul cara kita, maka betullah perjalanan hidup anak-anak. Kerana itu, dalam mendidik anak-anak perlu mengikut cara yang betul.
Tidak salah jika mahu memanjakan anak, tetapi biar berpada-pada, jangan sampai memijak kepala kita suatu hari nanti. Belajar berdikari dari awal itu penting supaya anak-anak tidak hanya bergantung pada ibu bapa sahaja dalam segala aspek.
Wanita bernama Nurul Ilyani berkongsi tip dalam mendidik anak-anak. Semoga ilmu yang diberikan ini bermanfaat untuk kita semua. Usah biarkan anak menjadi raja dan ibu menjadi hamba kepadanya. Didik dan tanamkan rasa tanggung jawab di hati mereka insyaAllah kelak pasti akan menjadi anak yang berguna.
5 tip didik anak ada common sense di rumah dengan cara mak ‘malas’.
Hakikatnya mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak bagitahu semua orang ada tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Yang ada pembantu rumah lagi kena hati-hati. Anak kita ada tendency meraja?.
Justeru wahai ibu-ibu:
#1 Sebelum tidur, mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.
#2 Anak makan. Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.
#3 Anak main Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Memetir dengan ayat berpengaruhlah, bukan berleter.
#4 Anak mandi. Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
#5 Spring cleaning rumah. Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
Pesan mak ‘malas’, Ummu Ilham
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’.
Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara.
Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang.
Cerita disebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya. Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar.
WAHAI IBU BAPA, SELIDIK DAHULU. WAHAI ANAK, JANGAN MELULU.
Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung. Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak.
Tuan Puan,
Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.”
(Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, walaupun dah 2 tahun tak beraya dengan anak-anak, lama tak balik, maka fahami dulu situasinya kenapa. Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dll tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dll, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati. Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
PENTING SANGAT, janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Surah Luqman 31: 15)
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Daripada Ibnu Abbas r.a., beliau mengatakan:
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya. Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.”
(Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah. Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka.
Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita. Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dll.
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.”
(Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah.
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.”
(Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)
DOA MENJAGA MARUAH DIRI
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...