
Dalam pada kita menyambut kemeriahan hari raya, disebaliknya ada yang sedang berduka. Baru-baru ini seorang instafamous yang dikenali sebagai Elcah mendedahkan dia sudah bercerai dengan lelaki yang baru dikahwini pada 3 Mac lalu.
Apa yang menyedihkan adalah usia pernikahan mereka baru mencecah 8 hari. Kata orang, masih belum matang dah terlalu awal untuk mengenal dan menyelami hati budi masing-masing.
Menerusi hantaran di TikTok, Elcah menjawab pertanyaan yang timbul dalam kalangan pengikut media sosial.
Elcah turut berkongsi ‘voice note’ yang dihantar bekas suami ketika melafazkan cerai dengan talak satu.
Dalam masa sama, Elcah menyatakan dia sudah tidak mampu bertahan selain mendoakan agar bekas suami hidup bahagia dengan kehidupan baru.
Sebelum ini, kisah Elcah pernah viral apabila dia dan bekas suami pertama membuat keputusan untuk bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Sumber: TikTok
Tragedi Aidilfitri! Sekeluarga Pengsan, Kereta Rempuh Plaza Tol Akibat Keracunan Oksigen Econ

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian yang menimpa sebuah keluarga keretanya telah merempuh plaza tol Bentong.
Empat sekeluarga yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta SUV dipercayai mengalami kekurangan oksigen di dalam badan. Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Balakong, Selangor dari Tok Bali, Kelantan sebelum merempuh plaza tol tersebut pada jam 2.40 petang.
“Mangsa seorang lelaki, seorang wanita dan dua kanak-kanak dikeluarkan dari kenderaan dan dirujuk kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.”
Seorang ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Afiq telah tampil memaklumkan keadaan terkini keluarganya.
“Keluarga saya selamat semuanya. Alhamdulillah. Dan sekarang mereka semua sudah sedarkan diri.
“Punca mereka pengsan disebabkan keracunan oksigen econ. Ayah dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anggota-anggota dan sesiapa yang terlibat membantu keluarga saya.
“Semoga Allah membalas kebaikan kalian,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jasad Nuraina Humaira Ditemui Tidak Bernyawa, Dilaporkan Hilang Sejak Jumaat

Jasad Nuraina Humaira ditemui tidak bernyawa, dilaporkan hilang sejak Jumaat. Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ditemui telah meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Jasad Nuraina Humaira Ditemui Tidak Bernyawa, Dilaporkan Hilang Sejak Jumaat
Mayat Nuraina Humaira Rosli, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya berhampiran perkampungan itu dengan jarak antara 50 hingga 100 meter dari rumah terakhir di perkampungan terbabit.
“Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan ke atas tubuh badan mangsa yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
“Bagaimanapun kita masih menunggu laporan hasil bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Beliau berkata, maklumat kehilangan mangsa diterima daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) kira-kira jam 1.20 pagi.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya digerakkan dalam radius 2 kilometer dengan bantuan unit anjing pengesan K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Orang awam yang turut menyertai operasi ini berjaya menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan itu.
“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa sebelum mayat dibawa ke Hospital Sungai Siput bagi proses bedah siasat,” katanya.
Mohd Khaizam berkata, berdasarkan maklumat diterima, mangsa telah pergi ke kedai seorang diri kira-kira jam 3 petang pada hari kehilangannya bagi membeli ayam.
Mangsa bagaimanapun pulang dengan tangan kosong kerana kehabisan ayam di kedai, sebelum bapa saudara menyuruhnya menunggu seketika untuk mengajaknya ke kedai lain.
“Bapa saudara kanak-kanak itu memintanya menunggu sekejap sementara dia menghabiskan kerja.
“Sepanjang temopoh menunggu itu, mangsa didapati sedang bermain buaian di kawasan itu, namun bila bapa saudara keluar dari rumah didapati mangsa sudah tiada,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: “Reda Allah Pinjamkan Sekejap Sahaja.” Kanak-Kanak Meninggal Dunia, Empat Jam Ditinggalkan Dalam Kereta. Allahu!
Kanak-kanak Termakan Keropok Ada Racun Tikus, Muhammad Akil Syauqi, 3 Tahun, Meninggal Dunia
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Cuma 6 Hari Kahwin Bergelar Isteri, Suami Pergi Akibat Terbabas Lubang Jalan

Baru sahaja mahu menarik nafas lega apabila majlis kenduri kahwin baru sahaja selesai, namun wanita ini terpaksa berdepan dengan satu episod sedih dalam hidupnya apabila lelaki yang baru sahaja bergelar suami padanya dijemput ilahi.
Ketika inai masih merah di jari, masih terniang-niang saat lafaz diakadkan, wanita bernama Azimah Zahari ini diuji dengan kehilangan suaminya akibat terbabit dengan nahas yang berpunca dari lubang jalan di Kampung Lubuk Kawah sekitar jam 10 malam.
Azimah dan pasangannya baru sahaja disatukan pada 4 Februari yang lalu.
Menceritakan detik kejadian, selepas tamat waktu bekerja, pasangan ini dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Jengka 12 namun mereka menaiki kenderaan yang berasingan.
[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung
[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL
“Selalunya kami pergi dan balik kerja bersama, sama ada naik motosikal atau kereta. Tapi pada hari kejadian, kami naik berasingan. Suami naik motosikal sebab katanya nak ‘service’ motosikal.”
Menurut Azimah, kereta yang dipandu olehnya sedikit ketinggalan daripada suaminya kerana keadaan jalan yang berselekoh dan berbukit. Ketika melepasi lokasi nahas,dia membuat pusingan u-turn apabila melihat warna motosikal yang terbabas seperti dikenali.
“Selepas melepasi tempat suami terjatuh, tapi saya pusing semula sebab saya kenal dengan warna motosikal itu dan memang tak sangka, suami saya terjatuh terlanggar lubang. Itulah yang diberitahu kepada saya oleh orang awam.”
Menurutnya, suaminya Hairul Hafizi dalam keadaan separuh sedar ketika ditemui di lokasi. Hanya selepas beberapa minit dikejarkan ke pusat perubatan, alangkah terkejutnya Azimah apaila diberitahu oleh pihak doktor yang suaminya gagal diselamatkan.
“Bila tiba di hospital, saya terus mendaftarkan nama suami tetapi selepas lima atau sepuluh minit selepas itu, doktor panggil saya dan maklumkan yang suami sudah meninggal dunia.”
“Saya betul-betul terkejut, tergamam.. Macam tak percaya benda ini boleh berlaku.”
“Ada juga saya rasa ralat sangat. Kalau saya tahu akan berlaku macam ini, saya takkan benarkan suami naik motosikal.”
“Itulah laluan kami untuk balik kerja. Jalan tu selalu ada air dan saya perasan memang ada lubang.”
Azimah berharap kejadian yang berlaku kepada arwah suaminya itu tidak berulang.
“Janganlah jadi pada orang lain pula. Sebelum ini, ada juga dengar orang patah tangan, kaki.. Cuma nyawa je tak melayang lagi.
“Sekarang berlaku pada suami saya. Jadi saya minta dan berharap, pihak berkaitan dapat membaiki atau selenggara sekerap jalan itu.”
Memetik dari laporan akhbar Sinar Harian, tinjauan mendapati laluan di lokasi kejadian telah pun diturap.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club