“Bercakap Dengan Anak Tu Perkara Remeh, Isteri Kan Ada…” Dr Ni Kongsi Pentingnya Ayah Bercakap Dengan Anak!

Share

Bila ditanya anak-anak, antara ibu dan ayah siapa lagi mereka selesa untuk berbual atau bercakap tentang sesuatu perkara.

Mungkin ada antaranya mengatakan ibu. Ini dek kerana sedari kecil hanya ibulah yang rajin melayan dan bersembang dengannya.

Berbanding sikap ayah yang tidak bercakap banyak dengan anak-anak kerana memikirkan biarlah isteri urus hal anak-anak.

Pun begitu, situasi ini bukanlah cara terbaik  dan perlu diubah agar pihak suami juga tahu serba serbi tentang anak.

Berkongsi ilmu keibubapaan berkenaan pentingnya seorang ayah bercakap dengan anaknya dan cara bagaimana isteri dapat membantu pasangan untuk berubah ke arah itu,  jom baca perkongsian daripada Dr Redza Zainol ini.

“Macam mana saya nak bagi pasangan saya faham pentingnya untuk bercakap dengan anak-anak?”

Bila ada follower mengeluh pasangan dia tak minat nak tahu ilmu parenting, saya sebenarnya teringat pada diri saya sendiri.

Dulu saya fikir dah cukup sangat kalau saya pergi kerja, bayar yuran itu ini, bagi anak makan minum dan sediakan tempat tinggal yang selesa.

Bahagian bermain dan bercakap dengan anak tu bukannya tak buat langsung, tapi kuranglah.

Pada saya remeh aje nak buat semua tu. Isteri kan ada. Itulah kesilapan saya.

Bila mula ada kesedaran, taklah terus bertukar 180 darjah jadi ayah yang tahu serba serbi. Saya mula belajar benda sekecil cara nak respon pada anak, cara puji anak, cara urus emosi negatif anak dan bermacam lagi.

Saya terus belajar sampailah satu hari isteri kata pada saya,

“Uniknya cara Allah susun perjalanan supaya awak belajar ilmu parenting.”

Waktu tu barulah saya tersedar apa impian isteri saya.

Dia berharap sangat saya sama-sama ambil tahu tentang ilmu keibubapaan. Dia berharap sangat kami besarkan anak dengan cara yang sama.

Kalau pasangan kalian tak minat dengan ilmu parenting, saya kongsikan 5 tips ni.

1. Tambah ilmu

Kalau nak pasangan sama-sama jadi Involved Parents, kita sendiri wajib tambah ilmu dulu. Barulah tahu di mana kekurangan diri sendiri.

2. Kena ‘lead by example’

Ini yang selalu isteri saya buat. Ilmu yang dia kongsi pada saya, dia amalkan di dalam atau luar rumah.

3. Tunjuk secara praktikal.

Kita tunjukkan praktikal cara nak uruskan anak yang meragam, skrip untuk ‘acknowledge’ perasaan anak, cara bermain dengan anak dan bermacam lagi.

4. Teruskan berkongsi.

Apa-apa tips atau video yang kita rasa bagus, hantarkan je pada pasangan kita. Jangan ada rasa yang pasangan kita takkan ambil tahu.

5. Teruskan berdoa. Ni yang paling penting.

Kena ingat yang hati manusia, Allah yang pegang. Kalau Allah nak bukakan hati pasangan kita, sekelip mata je Allah boleh buat.

Saya percaya, apa saja perjalanan hidup kita, tak ada satu pun yang Allah susun dengan sia-sia.

Sumber : Redza Zainol

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club