Bila ditanya anak-anak, antara ibu dan ayah siapa lagi mereka selesa untuk berbual atau bercakap tentang sesuatu perkara.
Mungkin ada antaranya mengatakan ibu. Ini dek kerana sedari kecil hanya ibulah yang rajin melayan dan bersembang dengannya.
Berbanding sikap ayah yang tidak bercakap banyak dengan anak-anak kerana memikirkan biarlah isteri urus hal anak-anak.
Pun begitu, situasi ini bukanlah cara terbaik dan perlu diubah agar pihak suami juga tahu serba serbi tentang anak.
Berkongsi ilmu keibubapaan berkenaan pentingnya seorang ayah bercakap dengan anaknya dan cara bagaimana isteri dapat membantu pasangan untuk berubah ke arah itu, jom baca perkongsian daripada Dr Redza Zainol ini.
“Macam mana saya nak bagi pasangan saya faham pentingnya untuk bercakap dengan anak-anak?”
Bila ada follower mengeluh pasangan dia tak minat nak tahu ilmu parenting, saya sebenarnya teringat pada diri saya sendiri.
Dulu saya fikir dah cukup sangat kalau saya pergi kerja, bayar yuran itu ini, bagi anak makan minum dan sediakan tempat tinggal yang selesa.
Bahagian bermain dan bercakap dengan anak tu bukannya tak buat langsung, tapi kuranglah.
Pada saya remeh aje nak buat semua tu. Isteri kan ada. Itulah kesilapan saya.
Ads
Bila mula ada kesedaran, taklah terus bertukar 180 darjah jadi ayah yang tahu serba serbi. Saya mula belajar benda sekecil cara nak respon pada anak, cara puji anak, cara urus emosi negatif anak dan bermacam lagi.
Saya terus belajar sampailah satu hari isteri kata pada saya,
“Uniknya cara Allah susun perjalanan supaya awak belajar ilmu parenting.”
Waktu tu barulah saya tersedar apa impian isteri saya.
Dia berharap sangat saya sama-sama ambil tahu tentang ilmu keibubapaan. Dia berharap sangat kami besarkan anak dengan cara yang sama.
Kalau pasangan kalian tak minat dengan ilmu parenting, saya kongsikan 5 tips ni.
1. Tambah ilmu
Ads
Kalau nak pasangan sama-sama jadi Involved Parents, kita sendiri wajib tambah ilmu dulu. Barulah tahu di mana kekurangan diri sendiri.
2. Kena ‘lead by example’
Ini yang selalu isteri saya buat. Ilmu yang dia kongsi pada saya, dia amalkan di dalam atau luar rumah.
3. Tunjuk secara praktikal.
Ads
Kita tunjukkan praktikal cara nak uruskan anak yang meragam, skrip untuk ‘acknowledge’ perasaan anak, cara bermain dengan anak dan bermacam lagi.
4. Teruskan berkongsi.
Apa-apa tips atau video yang kita rasa bagus, hantarkan je pada pasangan kita. Jangan ada rasa yang pasangan kita takkan ambil tahu.
5. Teruskan berdoa. Ni yang paling penting.
Kena ingat yang hati manusia, Allah yang pegang. Kalau Allah nak bukakan hati pasangan kita, sekelip mata je Allah boleh buat.
Saya percaya, apa saja perjalanan hidup kita, tak ada satu pun yang Allah susun dengan sia-sia.
Daun kesum ini adalah antara sayuran yang mesti dibeli ketika pergi ke pasar. Harganya boleh tahan juga.
Daun ini boleh digunakan untuk masakan seperti asam pedas, ulam nasi kerabu, ulam laksa dan pelbagai untuk masakan.
Jika asyik beli daun kesum tapi tak sempat nak masak, daunnya pun hampir kering, apa kata cuba tanam dalam pasu. Ini caranya.
__________________________________
TIPS MUDAH TANAM KESUM DALAM PASU. Bahan:
1. Kesum
2. Tanah campuran
3. Baja TPF atau baja AB, atau mana mana baja yang sesuai.
4. Kawalan serangga terutama untuk kawal bena putih.
CARA TANAM:
1. Ambil beberapa batang pokok kesum. Boleh didapati sama ada dari lebihan yang beli di pasar, atau boleh didapati di mana mana sahaja, minta izin dahulu.
2. Buang daun-daun yang kering, lurutkan sahaja. Boleh patahkan juga cabang-cabang muda.
3. Pastikan cabang-cabang tiada bena putih. Saya akan buat semburan terus untuk kawalan bena putih.
4. Sediakan tanah campuran. Sebaiknya jangan isi sebarang baja lagi. Cucuk batang kesum yang dibuat pada langkah 1.
5. Cucuk banyak-banyak, supya memenuhi pasu. Baru nampak banyak bila dah membesar nanti. Hehe.
6. Setelah cucuk, terus siram air kosong sampai lencun dan letakkan di bawah pokok lain atau bahasa mudahnya tempat redup selama 9-10 hari sehingga pokok tegak.
7. Kebiasaannya, 4 hari pertama pokok akan layu sebab baru dipindah ke tempat baru. Tunggu dahan yang dicucuk tadi tegak. Maksudnya, akar dah keluar.
8. Setelah pokok tegak, barulah siram air baja TPF mengikut sukatan oleh pihak penjual. Atau boleh tabur mana-mana baja yang dibeli, mengikut sukatan.
9. Jangan lupa bagi air yang cukup, jangan biarkan pokok kesum kering. Pokok kesum sinonim dengan pokok kuat “minum” air.
10. Kawalan seperti bena putih boleh dilakukan seminggu sekali sama ada menggunakan cuka kayu atau mana mana bahan yang sesuai.
Nahas jalan raya, Ayer Keroh, Melaka, dua beradik menangis diberitahu ibu bapa sudah tiada. Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas, telah dibenarkan keluar dari hospital.
Nahas Jalan Raya, Ayer Keroh, Melaka, Dua Beradik Menangis Diberitahu Ibu Bapa Sudah Tiada
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira, 4, akan menerima rawatan susulan oleh pakar ortopedik dan psikiatri di Hospital Serdang.
“Kedua-dua beradik itu akan diiringi ahli keluarga untuk pulang ke kediaman mereka di Bangi, dengan menaiki ambulans lewat petang ini,” katanya ketika dihubungi media, di sini hari ini.
Rabu lepas, dua beradik itu masing-masing menjalani pembedahan pada bahagian paha kanan dan kiri yang cedera.
Sementara itu Hee Sem berkata, Muhammad Uwais dan Nur Sofea jelas tidak dapat menahan perasaan sedih semasa menerima berita mengenai kematian kedua-dua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas berkenaan.
Beliau berkata, kedua-dua mereka menangis selepas dimaklumkan mengenai perkara itu oleh ahli keluarga mereka, dengan bantuan pakar psikiatri Hospital Melaka.
Sementara itu Hee Sem berkata, pemandu treler Mohamad Shafiq Mohd Zuki, 27, yang sebelum ini kritikal dan dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU), dilaporkan sudah sedar dan dijadualkan menjalani pembedahan di paha kanannya, pada minggu pertama Januari 2025.
Media sebelum ini melaporkan kedua-dua beradik itu adalah antara yang terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa lima ahli keluarganya, iaitu ibu bapa mereka Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan Fadzlenna Ramli, 32, serta adik bongsu mereka Muhammad Umar, 2, serta datuk dan nenek Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.
Dua lagi yang maut ialah pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56 dan penumpang warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66.
Syawal kali ini meninggalkan kesan yang cukup luar biasa buat kita semua. Dua tahun meraikan Syawal dengan kehadiran Covid-19, rata-rata terpaksa melalui nrma baharu. Biarpun sedih dengan apa yang berlaku, namun bagi sesetengah pasangan suami isteri terutama yang baru menimang cahaya mata, pasti ini momen yang cukup dinantikan.
Begitulah juga dengan pasangan sama cantik sama padan, Aiman Hakim Ridza dan isterinya Zahirah macWilson. Kehadiran si kecil Isaac Raees yang kini berusia lima bulan menyemarakkan lagi sambutan Syawal kali ini.
Menerusi ruangan instagramnya, Aiman berkongsi beberapa keping gambar raya bersama isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Malah aksi si kecil ini yang cukup comel menyebabkan ramai yang geram.Lebih-lebih lagi aksinya memasukkan tangan ke dalam mulutnya ketika gambar dirakam membuatkan ramai yang cair.
Memilih rona beige untuk raya kali ini, pasangan ini tampil sedondon. Paling mencuri tumpuan pastinya si kecil Isaac yang mengenakan baju melayu lengkap dengan samping.
Aiman menerusi kapsyennya mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfiti buat semua. Akui Aiman, biarpun sambutan raya kali ini hanya diraikan di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), namun sambutan tetap meriah apabila disambut dengan ahli keluarga yang lain.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...