Bercadang Hantar Anak Ke SJKC, Dr Ni Tunjuk Pro & Kontra Ibu Ayah Perlu Tahu!

Share

Perkongsian tentang menghantar anak kita ke sekolah jenis kebangsaan cina SJKC.

Ada pro dan kontra menghantar anak-anak kita ke SJKC, antara pro yang amat jelas ialah, anak-anak kita dapat mempelajari 3 bahasa.

Kontranya ialah anak-anak kita hanya ada kelas agama 2 kali sahaja seminggu. Oleh itu ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas mengaji atau SAR selepas sekolah.

Berikut adalah beberapa tips berdasarkan pengalaman kepada mereka yang berhajat untuk menghatar anak-anak ke SJKC supaya dapat mengurangkan stress mengendalikan anak-anak kelak:

1. Hantar anak-anak ke tadika yang ditempatkan di sekolah cina yang hendak kita tempatkan anak kita di darjah 1 kelak. Contohnya, jika kita nak hantar anak kita ke SJKC Lai Meng, hantarlah anak kita ke Tadika Lai Meng dari umur 5 tahun. Ini memudahkan transisi ke darjah 1. Pengalaman mengajar menghantar anak ke tadika yang glamour konon nya mengajar mandarin tidak digalakkan. Tadika sedemikian nak duit aja silibus tah apa-apa.

2. Kenali cikgu-cikgu anak anda untuk mengenalpasti perkembangan anak-anak anda. Perlu kejar cikgu kerana cikgu di SJKC ni semuanya busy belaka kerana mereka akan periksa homework anak-anak murid hari-hari.

3. Tubuhkan satu kumpulan sokongan “support group” dengan ibu bapa yang lain supaya dapat bantu membantu. Oleh kerana sekolah Cina wajib dah harus buat homework yang banyak, kadang-kadang 10 ke 15 homework sehari, senarai homework (kongker) selalunya akan disalin atas papan hitam. Jika anak-anak kita lembab nak salin nanti dia tidak tahu homework mana nak dibuat. Semasa buku homework di “pass up” dan anak kita tak buat homework dia, dia akan dimarahi oleh guru secara kaw kaw. Bila guru marah bukan salah guru, dan guru marah kerana dia nak anak kita “improve”. Jika kita campur tangan bila guru marah anak kita, nanti anak kita bakal di boikot oleh guru. Selagi guru menghukum dengan tidak menjatuhkan maruah, kita tak sepatutnya marah. Oleh itu, pastikan anak kita buat SEMUA homework. Tolong menolong antara ibu bapa adalah kunci…whatapp group itu pasti membantu. Lantik seorang ketua ibu bapa dalam whatsap group yang “caring” dan suka membantu. Sebagai contoh dalam group parents kelas 2B, seorang ibu bernama Vivian Ngok selalu membantu anak-anak dan ibu bapa. Silalah bersedia untuk membantu anak-anak buat homework hingga larut malam.

4. Anak-anak darjah 1 hingga 2, perlu penglibatan ibu bapa yang lebih untuk memeriksa buku-buku yang perlu dibawa. Jangan tak bawa buku kerana akan dikenakan hukuman seperti berdiri di luar kelas dan ini akan memberi tekanan kepada anak kita. Salin jadual waktu dengan cermat and know what is going on. Jika ada ujian ejaan bahasa cina (ting seah) pastikan anak-anak buat hafalan. Kalau salah pasti kena!

5. Disiplin adalah keutamaan di SJKC. Peraturan adalah peraturan dan kelonggaran tidak diberikan. Oleh itu ibu bapa seharusnya peka terhadap peraturan sekolah. Jangan hantar anak-anak lewat. Rambut harus pendek seperti peraturan. Kuku kena pendek. Lencana dan tag nama harus dijahit kemas. Hari murid-murid pakai baju sukan MESTI pakai baju sukan. Hari Isnin sila datang awal kerana ada perhimpunan. Jika langgar peraturan anak kita akan dilabel bermasalah dan ini akan mengganggu prestasi akdemik mereka.

6. Bagi orang Islam, sediakan bekal jika was-was makanan kantin. Cari parents yang buat business bekalan halal untuk anak kita jika tiada masa.

7. Jika kita tak nak hantar anak kita ke tuition sekolah (sampai pukul 3) cari tuition untuk dia. Jika hantar anak kita ke SAR pastikan homework siap sebelum tidur.

8. Kena marah dengan cikgu adalah perkara biasa…terutamanya cikgu yang suka bising-bising….jadi jangan sensitif sangat dan minta sediakan mental anak kita untuk menerima keadaan tersebut.

9. Jika muslim, kenali Ustazah/ Ustaz di sekolah anda. Pastikan silibus agama diajar. Ajar anak anda sendiri baca fatihah, surah lazim dll.

Tolong lah jangan saja-saja nak letak anak-anak anda ke SJKC tanpa persediaan. Main hantar aja tanpa tahu apa-apa. Naya anak kita! Kesianlah kat dia….Cikgu juga stress nak uruskan anak-anak yang ibu bapa mereka lepas tangan.

InsyaAllah jika kita istiqomah, anak-anak kita akan mendapat kebaikan jika kita hantar ke sekolah SJKC ini. Mereka akan berdisiplin dan hormat kepada ibu bapa dan guru. Jika kita masukkan elemen agama setiap masa luar sekolah, lagilah baik, akhirat juga terbela. Cumanya saya lihat anak-anak jadi skema sikit kerana kadang-kadang SJKC ini terlalu strict. (tapi ini ada kebaikannya). Ini sajalah perkongsian yang saya boleh berikan.

Maaf jika penulisan ini panjang. Sebenarnya perkongsian ini merupakan pengalaman isteri saya Sharifah Suhaiza Tuan Sidek dengan anak kami Batrisyia Emilyn Bahari. Saya tukang tulis sahaja.

Sumber : Mohd Emil Azril  Bahari