Tidak keterlaluan bila dikatakan di antara banyak-banyak buah ada satu buah ini boleh dikatakan cukup nampak menyelerakan bila dihidang di bulan puasa. Warnanya yang merah berseri dan rasanya manis berair, nampak cukup menyegarkan. Buah apakah itu?
Lain tidak bukan adalah buah tembikai. Cukup ramai menggemarinya apatah lagi bila dimakan sejuk. Pun begitu, tahukah anda selain buah tembikai ini digemari kerana keenakan rasanya sebenarnya buah tembikai sangat bermanfaat dimakan ketika berbuka.
Ini dijelaskan sendiri oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad dan bolehlah dimanfaatkan info yang dikongsikan olehnya.
MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR)
Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.
Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.
Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.
Ads
Mengikut kajian sains pula, buah tembikai ini sangat sesuai dijadikan hidangan pertama ketika berbuka puasa bersama dengan kurma. Satu atau dua ulas tembikai bersama beberapa biji kurma dan segelas air kosong cukup untuk memberikan tenaga segera bagi mereka yang berpuasa.
Tembikai mempunyai Glycemic Index yang tinggi, bermakna penyerapan gula ke dalam darah berlaku dengan pantas. Oleh kerana kita hanya mengambil beberapa ulas saja, ia tidak memudaratkan.
• Nasi putih GI: 72 (tinggi) 150 kalori/100g
• Tembikai GI :72 (tinggi) 30 kalori/100g
• Kurma GI: 42 (rendah) 282 kalori/100g
Semasa menjalankan ibadah puasa, beberapa perubahan fisiologi dalam tubuh akan berlaku. Antaranya enzim yang berada dalam tubuh dikeluarkan secara perlahan-lahan disebabkan kita tidak makan sepanjang hari. Lapisan lendiran yang menyelaputi dinding dalam saluran penghadaman (perut dan usus) menipis. Oleh itu apabila kita berbuka puasa, mulakanlah dengan makanan yang bersifat mudah (simple real food). Antaranya buah-buahan seperti tembikai, anggur, pisang dan betik.
Ads
Tembikai mengandungi Vitamin A, C, thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B6 dan folate. Vitamin-vitamin ini membantu menstabilkan mood dan menguatkan ingatan. Berbuka puasa dengan tembikai dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Ia mengandungi 92% air dan nutrisi yang tinggi, sesuai untuk menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa dan menggalakkan perpeluhan ketika musim panas.
Tembikai juga mengandungi sebatian lycopene iaitu sebatian antioksida yang boleh didapati dari buah-buahan berwrna merah seperti tomato. Satu gelas tebikai mengandungi 10mg lycopene, sementara satu gelas tomato mengandungi 5-6 mg lycopene. Lycopenen sangat baik untuk merendahkan risiko mendapat penyakit jantung dan osteoporosis, juga membantu mengelakkan penyakit kanser pada payudara dan prostat.
Lycopene juga merupakan antioksida yang bagus diamalkan bagi pesakit diabetes, katarak, kulit dan juga membantu dalam masalah kesuburan.
Ads
Tembikai juga mengandungi sebatian citrulline, yang merangsangkan pengeluaran bahan nitric oxide, yang berfungsi sebagai merehatkan, melembutkan dan mengembangkan saluran darah yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit yang mengalami mati pucuk (erectile dysfunction) dan tekanan darah tinggi. Bila salur darah mengembang ia mengekalkan perjalanan darah dalam saluran koronari pada jantung.
Tepung jagung tidak sekadar digunakan sebagai bahan makanan tetapi sesuai juga untuk digunakan sebagai bahan pembersihan.
Banyak cara kita boleh gunakan bahan dapur untuk tujuan pembersihan, berikut ialah dengan menggunakan tepung jagung:
1. Taburkan serbuk tepung jagung ke dalam kasut untuk menyerap peluh dan bau yang kurang menyenangkan.
2. Kotoran yang terdapat pada material fabrik seperti darah, dakwat dan kesan terbakar seterika dapat dihilangkan dengan menggunakan campuran tepung jagung dan air. Lapisi permukaan kesan kotoran itu sedikit tebal dan biarkan ia mengering. Kemudiannya tanggalkan lapisan tepung jagung.
3. Bersihkan kesan atau sisa air kencing bayi mahupun haiwan dengan melapisi permukaan tersebut dengan sebatian tepung jagung cdan juga air. Biarkan ia mengering dan sental atau gunakan vakum.
4. Semasa anda memberus atau membasuh periuk dan kuali, tambahkan sedikit dengan serbuk tepung jagung untuk mengembalikan kilatan perkakas.
5. Untuk kotoran degil seperti lumpur ataupun kulat gunakan campuran 1 sudu makan tepung jagung, 1 sudu baking soda, 1 sudu jus lemon dan ¼ cawan air. Sapukan ke kawasan tersebut dan biarkan seketika. Bilas seperti biasa.
6. Alternatif untuk menggantikan pelembut fabrik, campurkan 2 sudu tepung jagung dengan ¼ cawan baking soda dan beberapa titis minyak haruman essential mengikut citarasa anda.
7. Jika anda ingin membersihkan atau menggilap perabot kayu, tambahkan sedikit serbuk tepung jagung dan bahan cecair penggilap anda. Ia akan menambahkan kilatan pada permukaan perabot kayu anda.
8. Untuk menyingkirkan kesan minyak yang terpalit pada kertas dinding anda, sapukan sedikit dengan serbuk tepung jagung dan dicampurkan dengan sedikit air. Biarkan ia kering dan sental sehingga hilang.
9. Campurkan serbuk tepung jagung dengan air dan biarkan ia menjadi sebatian yang pekat. Bahan ini boleh dijadikan sebagai ejen skrub yang lembut dan praktikal untuk mencuci bahagian atas hud dapur, hob memasak dan sebagainya.
10. Jika terdapat contengan krayon pada dinding anda, gunakan sebatian yang sama iaitu serbuk tepung jagung yang dicampur dengan air dan sapu pada dinding yang terkena kesan tersebut. Biarkan kering dan lapkan sahaja.
Sumber: Petua ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pilu dan menyentuh hati. Itu yang boleh digambarkan tatkala membaca kisah yang cukup menyedihkan ini. Kisah ibu dan anak ini dikongsikan oleh Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor.
Dalam satu perkongsian, pihak skuad menerima info seorang pemuda yang telah terlibat dalam kemalangan dua bulan lalu. Pemuda ini berasal dari Sabah dan merantau seorang diri di Selangor untuk mencari rezeki bagi meyara keluarga di Sabah. Kemalangan berlaku 2 bulan lalu akibat terbabas ketika menunggang motorsikal semasa perjalanan balik kerja.
Sepanjang 2 bulan di Hospital, ayah dan ibunya dari Sabah datang menjaganya yang berada dalam keadaan koma. Mereka berdua hanya menumpang di Balai Pelawat Hospital.
Dua bulan bertarung nyawa
Oleh kerana keadaannya yang tidak menunjukkan perkembangan, doktor pakar memanggil pihak Zakat Selangor dan berbincang mengenai urusan memindahkannya ke Hospital di Sabah agar lebih mudah penjagaan dan kebajikan ibu bapanya mencukupi.
Namun, Allah lebih menyayanginya. Dua bulan bertarung naywa akhirnya lelaki tersebut kembali kerahmatullah.
Awalnya si ibu memilih untuk membawa pulang jenazah ke Sabah. Setelah perbincangan dan penerangan dari SSU, ibu dan bapa ini bersetuju untuk di uruskan jenazah ini di semenanjung pada hari ini.
Ciuman ibu buat kali terakhir
Saat anak dikapan dan diturunkan ke liang lahad, kelihatan si ibu ini mengambil kesempatan buat terakhir kalinya mencium anaknya dengan aliran air mata meredhai pemergian anaknya.
Dalam pada itu, Zakat Selangor turut membantu sepenuhnya bagi urusan ini sehingga dikebumikan. Selain itu, pihak zakat turut bermurah hati menerbangkan ibu dan bapa arwah untuk pulang terus ke Sabah dengan bantuan wang zakat kerana mereka dari keluarga yang tidak berkemampuan.
Inilah sebahagian fungsi wang zakat, diagihkan sebaiknya. Marilah sama – sama kita doakan agar pemuda ini dikurniakan keampunan dari Allah, dirahmati rohnya dan ditempatkan di kalangan orang yang beramal soleh. “bersama kami membantu mustahiq”
Umum mengetahui hubungan baik antara pasangan pelakon Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi. Ke mana sahaja dan apa jua aktiviti keluarga pasti dilakukan ebrsama. mereka berangkat menunaikan umrah bersama-sama semalam.
Ini dikongsikan oleh mereka menerusi di laman sosial Instagram (IG). dalam masa yang sama, mereka memohon pengikut di IG mendoakan perjalanan mereka ke tanah suci, Makkah. Turut serta dalam romobongan tersebut, anak-anak Danish Hakim, Marissa Dania, Maria Danisha, Muhammad Darwisz Hakim, Muhamad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha dipermudahkan.
Bagaimanapun dua orang anak angkat Abby dan Faizal, Muhammad Daiyan dan Maisara Dayana Fathia tidak turut serta.Mereka juga berharap agar urusan sepanjang mengerjakan umrah bersama.
Tinggal sekejap ye jantung hati Mama Abah Abang Kakak.. @daiyandayana .
Perancangan awal memang nak bawak tp tulah.. ALLAH lebih tahu yg terbaik. Semoga anak2 ini selalu dalam lindungan & kasih sayang ALLAH @jaiezzany
Dalam pada itu, Abby turut memuat naik perkongsian kerana terpaksa meninggalkan bayinya yang masih kecil. Setelah berkira2, Stok susu yg ditinggalkan ni cukup utk Baby Danial selama lebih 10hari, InshaALLAH .
TQ tau Mummy @memeysuhaiza bantu Mama. Mama dapat kumpul 27, Mummy usahakan 10. Ada yg2oz, ada yg 3oz, yg 4oz pun ada. Baby Danial minum 13cc skrg. 1oz bersamaan dgn 30cc. Katalah 1plastik beg buleh minum 5/6kali, cukupkan? Lebih lagi utk 10 hari inshaALLAH.
Dah 69hari dah hero kecil mama abah ni. Walaupun beratnya turun balik 974gram kerana ada komplikasi pada hati, tapi Mama yakin Baby Danial Mama sangat kuat kan sayang. Mama Abah,Mummy, Papa, Atuk, Nenek, Abang Kakak semua akan mendoakan Baby Muhammad Danial Firman Mama di depan kaabah nanti agar mendapat Aafiyah dari ALLAH.. Mohon juga doa berterusan dari Sahabat2 disini juga ye.. Amin
Ini juga merupakan kali pertama keluarga besar Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi dan Muhammad Faizal serta anak-anak mengerjakan umrah bersama-sama. “Bismillah. Doakan perjalanan kami sekeluarga dan para jemaah @widadtours selamat sampai dan dipermudahkan segala urusan kami sepanjang mengerjakan umrah.
“Di kesempatan ini saya mewakili keluarga besar kami mohon ampun dan maaf kalau ada salah silap terkurang terlebih dalam apa jua perkara,” tulis Memey di IGnya.
Sebelum ini, keakraban hubungan Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi sering dipuji netizen.
Malah keakraban mereka semakin kukuh apabila isteri kepada Norman, Memey Suhaiza turut menjadi ibu susuan kepada anak Faizal dan Abby Abadi yang baru lahir.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus comel, gebu dan sihat. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.