“Berborak Macam Tengah Main Batu Seremban, Walhal Perut Kena Belah.” Nad Zainal Timang Anak Kedua. Tahniah!

Share

Pelakon Nad Zainal, 30, selamat bersalin cahaya mata keduanya kelmarim.  Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin melahirkan bayi seberat 2.9 kilogram pada sekitar jam 2.50 petang di sebuah hospital swasta, di ibu kota.

Menurutnya, dia bersyukur proses kelahiran dipermudahkan dan lancar. Bagaimanapun, dia belum memikirkan nama untuk bayinya itu.

Belian murah di SINI

“Alhamdulillah, segalanya lancar dan dipermudahkan. Insyallah, jantina anak akan dimaklumkan pada hari ketujuh kelahiran.

“Nama pun belum fikir lagi. Apapun, terima kasih atas doa dan ucapan daripada semua,” katanya.

Barangan bayi murah di SINI

Terdahulu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu berkongsi perasaan gementarnya kembali menjaga bayi selepas lima tahun.  Akui Nad, semuanya berjalan dengan lancar.

“Bila masuk OT (bilik pembedahan), berborak seolah-olah tengah main batu seremban dengan doktor tu.. walhal perut tengah kena belah.

“Tak rasa stress langsung dalam OT, lagi stress kena swab!” dedahnya.

Cuci mata barangan bayi di SINI

Nad turut memuat naik potongan video suaminya Muhammad Faliq Amiruddin bersama anak sulungnya Fahad Ibrahim difahamkan sedang memangku bayi keduanya.

Nad mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Fahad Ibrahim yang kini berusia lima tahun.

Sumber: nad.zainal,  Harian Metro & Gempak

Belian barangan menarik di SINI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club