Berbeza Kantung, Berbeza Uri.” Terkejut & Excited, Ainan Tasneem Bakal Timang Anak Kembar, Mohon Doa Semua!

Share

Penyanyi Ainan Tasneem baru-baru ini memuat naik sekeping gambar bersama suami dan anaknya. Dalam perkongsian tersebut, dia mendedahkan kini sedang berbadan dua dan usia kehamilan sudah melebih empat bulan.

Dalam keterujaan bakal menimang cahaya mata kedua, Ainan turut bersyukur kerana dia dan suami bakal dianugerahkan anak kembar.
Selamat Hari Raya AidilAdha everyone
Btw ramai yg tanya haritu tentang pregnancy Ainan kali ni. InshaaAllah It’s gonna be a fraternal twin! Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.
Twin ni kembar tak seiras. DCDA type. Dorang berbeza kantung & berbeza uri. So gender pon boleh jadi antara boy and girl, both boys or both girls.
Syukur sangat. Tak sangka juga ada rezeki boleh dapat twin. Mula2 dapat tau news ni mcm terkejut sangat tapi excited! Salsabiela pon excited bila dpt tahu dia bakal dapat 2 adik


Dalam pada itu, Ainan turut berkongsi alahannya yang dialaminya.

Haritu 1st trimester loya teruk sangat, tapi Alhamdulillah dah masuk 2nd ni dah beransur okay. Now dah 4 bulan lebih. Selera pon dah makin banyak sampai berat naik mendadak
Ainan nak mohon doa daripada semua supaya kandungan Ainan sentiasa sihat & selamat. Ada ke followers Ainan kat sini yg pregnant twin? Jom share pengalaman spanjang pregnancy dgn Ainan.

Sumber: IG ainantasneem92

 

 

IKLAN