
Sudah acapkan dilaporkan agar penunggang basikal berkumpulan tidak boleh menggunakan jalan raya atas faktor keselamatan penguna jalan raya.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video berdurasi 12 saat di mana sekumpulan penunggang basikal tenang berbasikal ditengah-tengah jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Video yang dimuat naik oleh @myjoe_ telah menarik perhatian netizen yang ternyata berang dengan tingkah laku mereka.
“Kalau tak menang emas Olympic aku tak tahu nak kata apa. Ada waktu tadi makan satu lorong,” tulis pengguna Twitter itu di bahagian kapsyen.
Di dalam video tersebut, kelihatan sekumpulan penunggang basikal menunggang ditengah-tengah jalan raya yang sibuk.
Tidak pasti di jalan raya yang mana, tetapi tindakan mereka ini boleh membahayakan pengguna yang lain kerana jalan raya tersebut sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan.
Video berdurasi pendek itu telah ditonton lebih 100,000 kali dan menarik pelbagai komen netizen yang mengecam tindakan mereka.
“Sekarang Saya Dah Rajin Solat.” Ramai Kagum Lihat Jebat Jayden Bersolat Dan Fasih Membaca Al-Fatihah

Siapa yang tak kenal dengan Jebat Jayden iaitu anak kepada pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dan ibunya pula adalah kakak kepada usahawan terkenal, Noor Nabila.
Sejak lahir sehinggalah Jebat kini sudahpun berusia 5 tahun, setiap videonya pasti akan mencuit hati pengikutnya. Wajahnya yang comel dan manja sering mendapat perhatian lebih-lebih lagi sekarang Jebat sudah mula bertutur. Pelbagai ragam dilihat setiap kali ibunya membuat posting mengenainya.
Gelagat lucu dan kebijaksanaannya berkata-kata sangat mencuit hati.
Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di Instagram yang memaparkan gelagat Jebat sedang berdiri di atas sejadah kecil berwarna biru kuning serta mempunyai tulisan namanya ‘Jayden’ telah berjaya mencuri perhatian ramai.
[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
Lebih-lebih lagi apabila Jebat kelihatan khusyuk ikut solat sambil mengikut membaca surah Al-Fatihah dengan cukup fasih dan yakin.
“Sekarang saya dah rajin soyat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kepintarannya dan turut mendoakan agar dia menjadi anak yang soleh.
“Anak soleh harus dilatih awal. Semoga jadi anak soleh Jebat.
“Alhamdulillah semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat, Aaamin.
“Yeay Jayden rajin soyat dah, Jayden strong.
“Anak yang harus dibanggakan, rajin follow mummy solat,” komen netizen
[MESTI BACA]
- Bantal Kepam Kini Seperti Baru. Guna 3 Bahan Ini Sahaja
- Berkat Kesabaran Berhadapan Dengan Suami Panas Baran, Lisdawati Kini Bersyukur Suami Lebih ‘Cool’
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bayi Lahir Pramatang! Doktor Kasi Bayangan Akan Meninggal. Ibu Bapa Harap Dapat Rai Aidilfitri Bersama

Pasangan mana yang tidak mahu cahaya mata. Malah kehadiran zuriat ini seakan mengikat lagi kasih sayang suami isteri.
Tidak kira, untuk kelahiran pertama atau seterusnya, keterujaan itu sangat dirasai. Setiap anak ada keistimewaan tersendiri.
Namun bagi pasangan ini, anak mereka Ayesha Nuha menjadi perhatian sejak kisahnya dikongsikan oleh ibunya. Ayesha Nuha adalah seorang bayi pramatang yang dilahirkan pramatang pada 9 Jun 2022.
Menurut ibu kepada bayi ini, Nor Faizah Ismail, dia dan suami Md Aidil Faat hanya mampu berdoa selepas doktor memberi bayangan bahawa si cilik itu mungkin tiada harapan untuk terus hidup.
“Sebelum bersalin, doktor pakar dah maklumkan bahawa baby akan meninggal. Tapi kuasa Allah yang maha hebat, baby Nuha berjaya membesar berkat doa orang sekeliling,” tulisnya pada kapsyen video di TikTok.
Faizah turut mengakui telah bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun terkejut anaknya terus bertahan.
“Sebelum ini saya pernah alami keguguran. Kali ini kelahiran pramatang. Anak saya lahir pada usia kandungan enam bulan. Doktor tak bagi kami harapan sebab organ penting baby sangat tak matang. Kami hanya mampu reda.
“Nuha dilahirkan secara normal walaupun dia berada dalam keadaan songsang. Keadaannya 50 – 50 masa tu, dia terus dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU). Doktor cuma minta kami bersedia dengan apa-apa kemungkinan.
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
“Dua bulan Nuha dalam NICU. Banyak komplikasi berlaku. Nuha juga jalani pembedahan saluran jantung selepas dua minggu dilahirkan. Pembedahan itu sangat berisiko. Kami suami isteri pasrah tapi yakin Nuha anak yang kuat,” ujarnya.
Menurut Faizah, dia dan suami tidak menyangka si comel itu mula menunjukkan reaksi positif selepas dua bulan dia ditahan di NICU.
Biarpun masih menjadi penghuni hospital, Nuha menunjukkan perubahan sedikit demi sedikit sehinggalah dibenarkan untuk pulang ke rumah, pada bulan ini.
“Selepas pembedahan dan keluar NICU, Nuha dipindahkan ke wad bayi tapi dia masih perlu dipantau oleh doktor. Dari situ doktor nampak peluang Nuha untuk terus hidup adalah cerah. Kami memang lega sebab di NICU dia sangat kritikal.
“Lapan bulan lebih Nuha dalam hospital. Saya dan suami berulang alik sepanjang masa dari rumah kami di Pontian ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terletak di Johor Bahru. Akhirnya Nuha dibenarkan balik ke rumah pada bulan ni, kami bersyukur sangat,” ujarnya.
Pada Rabu, Nuha sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana paras oksigen yang tidak stabil, namun Faizah berharap situasi itu tidak berpanjangan dan besar harapannya dia dapat pulang sebelum Aidilfitri tidak lama lagi.
“Nuha baru keluar hospital bulan ni. Hari ini (Rabu) dia dimasukkan ke hospital semula kerana oksigen menurun sikit. Mungkin dia belum sesuai dengan keadaan di rumah, ada risiko balik rumah.
“Kali ini saya tak pasti berapa lama Nuha akan dipantau oleh doktor. Tapi saya berharap dia cepat sihat. Saya yakin Nuha kuat. Raya tahun ini kami tidak merancang untuk ke mana-mana, cuma kami harap dia ada bersama kami,” ujarnya lagi.
Menurut Faizah, dia bersyukur dengan sokongan orang ramai, malah kembali bersemangat selepas ramai insan senasib dengannya turut ‘hadir’ memberi sokongan secara dalam talian.
“Saya kongsi di TikTok sebab nak cari semangat. Masa tu Nuha belum keluar hospital. Saya cuma mahu cari member yang boleh bagi semangat, terutamanya yang senasib dengan saya. Komen-komen mereka membuatkan saya rasa tidak berkeseorangan.
“Video-video TikTok itu juga menjadi kenangan buat kami sekeluarga. Selain mendoakan anak saya, ramai yang senasib turut berkongsi cerita yang mana ujian mereka jauh lebih hebat berbanding saya. Mereka sentiasa tanya perkembangan kesihatan Nuha.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang doakan kami. Saya juga nak berterima kasih kepada staff nurse NICU dan wad A4 di HSA,” ujar Faizah mengakhiri bicara.
[ARTIKEL PANAS]
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Tidak Peduli Emosi Anak, Antara Kesalahkan Ibu Bapa Yang Akan Buat Korang Menyesal Seumur Hidup

Ibubapa mana yang tidak mahu anak-anaknya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Oleh sebab itu, sedari kecil, mereka telah cuba mendidik anak-anak dengan caranya mereka.
Namun ada kalanya, ibu bapa tidak sedar bahawa didikan tersebut telah membawa kesan buruk pada anak-anak. Haruslah diingat, setiap anak-anak ada kalanya lain penerimaan mereka dan tidak boleh sama cara didikannya.
Di sini disenaraikan 15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak yang mungkin akan membuatkan anda menyesal seumur hidup jika melakukannya.
[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
15 kesilapan mengajar anak yang saya menyesal sampai sekarang. Jadikan pengajaran…
1. Terlalu garang masa mengajar, kesannya sampai sekarang anak takut kalau nak minta saya ajar.
2. Terlalu memaksa anak melampaui kemampuan dia, natijahnya anak selalu stress kalau belajar dengan saya.
3. Marah bila anak diam & tak nak jawab pertanyaan saya. Aduhai.
4. Terlalu nak perfect sangat, tulisan comot sikit tak boleh, senget sikit tak boleh.
5. Tak peduli kondisi emosi anak ketika itu, main marah je jika anak tak nak belajar.
6. Letak expectation yang tinggi melampau. Tanpa peduli kemampuan & keupayaan dia.
7. Banyak fokus pada nak hebat akademik sahaja, sedangkan adab & akhlak terabai.
8. Bila anak cakap “saya tak pandai” memang kena marah kaw kaw.
9. Asyik bagi arahan bukan ajakan motivasi, inspirasi jarang. “Pergi belajar sekarang!”
10. Lupa anak bukan belajar yang kita ajar sahaja tapi anak belajar juga sikap & emosi kita ketika mengajar dia. ( our action )
11. Hanya puji bila anak berjaya dapat result baik. Terlalu result oriented..
12. Jarang sangat memuji usaha anak sedangkan usaha tu la yang memberi result. ( Effort oriented )
13. Amalkan instant gratification. Sentiasa nak result cepat, hari ni ajar esok kena pandai.
14. Marah kalau kena ulang ulang cakap benda yang sama. Sedangkan ulangan itu mother of knowledge, bagus untuk anak..
15. Jadikan anak trofi. Memang tak boleh dengar kalau anak dapat tempat tercorot dalam kelas memang benggang habis.
Sungguh!
Menyesal sangat. Semoga nasihat & sharing jujur ini dapat la menyentuh hati hati setiap ibu ayah yang ikhlas sayang pada anaknya. Didik anak berpada-pada. Bukan hanya fokus pada cerdas IQ sahaja tapi sebaiknya cerdas sekali EQ & SQ dia. Itu lebih baik. Wallahu A’lam..
[MESTI BACA]
- Bantal Kepam Kini Seperti Baru. Guna 3 Bahan Ini Sahaja
- Berkat Kesabaran Berhadapan Dengan Suami Panas Baran, Lisdawati Kini Bersyukur Suami Lebih ‘Cool’
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club