Walau teruja macam mana sekali pun untuk meraikan Hari Raya ini, adab seisi keluarga sebagai tetamu jangan dipandang ringan. Apa yang pasti bukan anak-anak kita sahaja perlu dijaga adabnya, malah kita yang sudah berusia ini juga kadang-kadang tidak terlepas daripada alpa. Bimbang juga akhirnya mengundang rasa tidak selesa kepada tuan rumah. Kalau boleh, biarlah kunjungan keluarga kita menjadi suatu perkara yang menyenangkan hati tuan rumah.
Untuk itu, jom ketahui beberapa adab bila beraya di rumah orang yang dikongsikan oleh Firdaus Syakirin ini. Jom semak.
“Tips dan Adab-adab beraya di rumah orang”
Raya dah tak lama lagi dah, lagu-lagu raya pun dah berkumandang sana sini, so abam nak kongsikan tips dan adab-adab beraya di rumah orang :
1. Call dulu sebelum datang
Perkara ni bukan apa, untuk memudahkan tuan rumah…mungkin dia boleh suruh kita pergi rumah lain dulu, sebab rumah dia dah penuh…mungkin juga dia boleh prepare apa yang patut bila tahu kita nak datang…mana la tau, kot-kot ada makanan yang dah habis, dia boleh masak baru, topup baru sebelum kita sampai.
2. Berkunjung dengan niat untuk menziarah.
Bukan niat untuk nak tengok dia tukar kereta baru ke, dia tukar perabot baru ke, tahun ni langsir dia design apa dan warna apa, apa tema baju raya dia sekeluarga…dia tak tukar apa-apa pun tak pa, bukan menjadi sesuatu yang wajib bilamana raya je, kena serba serbi baru…nope…
3. Kalau ada anak kecik, tolong jaga, tolong kawal.
Pesan kat anak-anak kita sebelum sampai rumah orang tu, suruh diorang behave, jaga kelakuan, jangan buas, jangan melompat sana sini, jangan conteng sofa orang, jangan celup tangan dalam akuarium orang, jangan masuk ke dapur orang, duduk kat ruang tamu SAHAJA, makan apa yang ada, jangan merungut, jangan buat muka kalau tak ada benda yang dia suka makan…warning dia, kalau tak behave, abah cubit atau masuk je dalam kereta, kena dengan mak…jangan biar anak-anak kita melilau dalam rumah orang, pegang macam-macam atau rosakkan barang orang…alasan “ala, budak-budak, biasa la…” NO NO NO, Pasu aku yang ank kau pecahkan tu, aku beli kat Antartika beb…!!!
4. Jangan menyusahkan tuan rumah.
“Ala, air oren ke? Ada Teh Ais Cincau tak? boleh bancuh Teh Ais Cincau tak?” “Mee ni campur sayur eh? Boleh tak buat mee yang tak de sayur sebab I tak makan sayur, jangan lupa letak ayam dan daging…” Beb, ko sapa beb? PM Malaysia? Sultan Selangor? Ko marhaien gak beb, minum dan makan apa yang ada. Ko datang beraya, bukan ko pegi restoran 5 star…banyak cekadak plak dia nak tuan rumah ikut selera dia…
5. Minta izin ke tandas, atau ke dapur, atau nak solat.
Suarakan keinginan nak guna tandas, atau nak bawak pinggan yang dah habis makan tu untuk dicuci didapur, atau nak tunaikan solat. Jangan terus redah masuk rumah orang macam tu ja…ada tempat-tempat yang tuan rumah kurang selesa untuk tetamu masuk atau tengok, jadi sila hormati tuan rumah…
6. Duit raya bukan perkara wajib.
Duit raya ni sifatnya sedekah, bukan perkara yang diwajibkan dalam Islam, hukumnya juga harus…kita dibesarkan dengan budaya bagi duit raya pada hari raya, so kalau ada rumah yang tak bagi, JANGAN MINTAK…kalau ada rumah yang bagi, jangan ckp “ALA, 3 RINGGIT JER”…itu hak tuan rumah untuk bagi, takde nilai tetap, semuanya atas kemampuan tuan rumah…
7. Jangan duduk lama sangat.
Bila berkunjung ke rumah orang, jangan la duduk lama sangat…tuan rumah memang tak cakap apa, tapi common sense la untuk berpada-pada duduk rumah dia…dia mungkin nak kena mandi, mugkin nak kena masuk dapur mengemas, mungkin nak kena bersihkan rumah sebelum kedatangan tetamu lain…maka, perlu ada kesedaran untuk TAHU bila nak balik…mentang-mentang TV tayang citer best, 3 jam punya crita, hindustan, 3 jam ko duduk umah dia…tu umah orang, bukan panggung wayang…
8. Letak tepi la HP tu.
Raya ni, kalau boleh, ko letak la tepi hp Hawauwei P30 ko tu…simpan dalam beg…bersembang, meriahkan suasana rayatu…JANGAN #rayaumahsenah#lamatakjumpa #diabuatmeekuah #sedap #jemputdtg…bukan masanya ko nk ber-FB, ber-Insta bagai, Tweet2, berhashtag bagai..masa untuk beraya, untuk nak tanya khabar masing-masing…kalau datang untuk main HP, WI-Fi cemey, ko tak yah datang la dik…kita beraya melalui wassup ja…
9. Berterima kasih kepada tuan rumah.
Ucapkanlah terima kasih kepada tuan rumah sebelum balik kerana diorang sudi melayan kita sebagai tetamu mereka…puji makanan yang disediakannya…bagi tuan rumah gembira dengan kedatangan kita…
Deep pulak tips beraya abam kali ni…semoga bermanfaat ya, take note point-point penting ni to avoid ko kena kecam atau kena viral lepas balik dari umah dia..
sumber : Firdaus Shakirin