
Pasangan selebriti sepadan dan serasi, Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafrel sering jadi perhatian ramai.
Terbaru perkongsian oleh suami Wawa sungguh sweet, Aeril Zafrel dengan mengatakan bahawa dugaan seorang isteri itu berat, maka hargai isteri.
Lebih-lebih lagi isterinya kini sedang hamil. Tentu banyak cabaranya dalam tempoh kehamilan ini.
Kata-kata inspirasi walaupun ringkas telah menarik perhatian netizen.
Ikuti perkongsianya.
View this post on Instagramberat sungguh dugaan seorang isteri/ibu… wahai lelaki…hargailah dia…. doakan wawa baik2 saja semua…
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
PASANGAN SWEET
Perkongsian yang sungguh inspirasi.
Sumber: Instagram Aeril Zafrel
Netizen Teruja Lihat Persamaan Wajah Neelofa Dengan Ibu Setelah Ameera Khan Muat Naik Sekeping Foto. Menarik!

Memang tidak dinafikan salah seorang anak akan menyerupai ibunya apabila meningkat dewasa.
Sebagaimana perkongsian yang dikongsi oleh adik Neelofa atau dikenali sebagai instafamous Ameera Khan dengan nama komersialnya, Little Miss Khan telah menarik perhatina netizen baru-baru ini.
Foto tersebut memaparkan gambar throwback bersama ibunya, Noor Kartini usai melahirkannya.
Biarpun hanya kapsyen ringkas, perkongsian ini telah mendapat ratusan komen yang teruja melihat wajah ibunya seakan neelofa.
“Fresh out of the oven”
Macam Neelofa
Perkongsian oleh adik Neelofa telah menarik perhatian netizen yang menyifatkan wajah ibunya ketika muda hampir sama dengan Neelofa.
Petua Mudahkan Urusan Rumah Tangga & Jaga Kesihatan, Ni Koleksinya!

Memahami tugas kita sebagai isteri dan ibu, tentunya banyak kerja-kerja rumah harus dilakukan dan tidak hanya sibuk memastikan semuanya sempurna, bahkan kesihatan dan kecantikan diri juga perlu diambil kira.
Oleh itu, apa kata amalkan petua yang disenaraikan oleh Farah untuk info bersama. Jom semak.
Petua-petua untuk diamalkan.
✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.
✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.
✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.
✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
*Jangan kedekut ilmu. kongsi untuk manfaat bersama..
sumber : Farah Nur Fadzil
6 Tahun Pertama Adalah Waktu Rumah Bersepah. Jangan Marah, Guna Peluang Ini Untuk Ajar Anak & Bonding Time Bersama.

Apabila melihat rumah bersepah, pasti ibu-ibu ‘naik hantu’. Apatah lagi jika baru saya mengemas. Bagi yang mempunyai anak kecil usia di bawah 6 tahun, perkara ini sudah menjadi kebiasaan.
Tidak perlu rasa lelah atau penat untuk menguruskan anak-anak begini. Nah ibu-ibu baca perkongsian yang dibuat oleh Ketua Paediatrik Occupational Therapy, Idzmir Shahril daripada Idzmir Kids Hub ini terlebih dahulu. Semoga bermanfaat ya.
6 tahun pertama adalah waktu rumah bersepah. Jika anda ada ruang lebih, boleh sediakan ruang khas hanya untuk bermain.
6 tahun sahaja. Selepas itu lebih susah nak minta anak peluk apatah lagi ucapkan perkataan sayang. Anak dah malu.. Kerana pada masa itu anak sudah mempunyai akal..
Bila nak didik anak berkasih sayang? 6 tahun ke bawah.
Kesan daripada didikan 6 tahun ke bawah akan memberi kesan terhadap sosio emosi anak pada 7 tahun ke atas. ?
Don’t trust me, but trust the process.
Dari segi kajian, didikan 6 tahun kebawah dengan Banyak bermain dan bonding time bersama Ibubapa banyak memberi kesan terhadap sosio emosi anak.
Selari dengan pesanan Rasullullah S.A.W, 6 tahun ke bawah Baginda berpesan berkasih sayang dan menyayangi anak tanpa batas. Tidak boleh dipukul walaupun mereka melakukan kesalahan walaupun ATAS DASAR MENDIDIK.
Akhirnya, kesan terhadap sosio emosi anak, mereka akan rasa dekat dengan kita dan merasakan kita adalah orang yang menjadi pelindungnya serta dianggap teman tempat rujukannya.
Ini akan memberi kesan untuk jangka masa panjang ya. Ia akan Bermula 7 tahun sehingga DEWASA! USIA EMAS anak adalah 6 tahun kebawah!
Ada Ibu bapa datang berjumpa saya, mereka merasa kecewa dan kesal apabila anak lebih menuruti perintah atuk nenek berbanding kita Ibubapa mereka.
Cuba tanya diri kita semula. Kenapa anak memilih atuk nenek dia berbanding anda sebagai ibu bapa mereka?
Jadi mulai hari ini dan saat ini, tanam satu azam. Peluk anak, cium anak, ucapkan perkataan SAYANG, pandang anak dengan kasih sayang, Tahan marah dan genggam tangan daripada naik ke kulit anak.
Ucapkan yang baik-baik, kata kan yang baik-baik, nasihat yang baik sahaja sehingga anak berusia 7 tahun walaupun TERPAKSA ulang perkara yang sama 1001 kali. Anak baru hidup, jadi dengan siapa dia akan belajar kalau bukan dari orang tuanya?
6 tahun sahaja. 6 tahun sahaja wahai ibu bapa sekalian.
Objektif bukan untuk mendidik, tetapi berkasih sayang sambil mendidik dengan kasih sayang dan kasih sayang.
Hanya Kasih dan Sayang.
Idzmir Shahril
Paediatric Occupational Therapist
Fb : Idzmir Kids Hub