Semenjak kes semalam, bayi lelaki Adam Raykal, 5 bulan yang dijumpai mati di dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya, buat semua ibu-ibu gundah gulana, gelisah dan bimbang untuk menghantar anak ke rumah pengasuh.
Rasa bimbang itu sentiasa menghantui namun apakan daya, ibu terpaksa bekerja demi memenuhi keperluan hidup. Tawakal dan berserah pada Allah adalah perkara yang mampu dilakukan.
Pun begitu perkongsian seorang wanita ini, Uyu Fatehah pasti buat ibu-ibu makin lega dan mengurangkan rasa bimbang. Usaha dan terus tawakal pada Allah.
Gambar hiasan
Buat ibu bapa yang mahu tinggalkan anak dengan pengasuh, boleh amalkan doa ini.
Ini doa yang guru saya, Almarhum Tuan Guru Ust Dr. Haron Din ajar dahulu.
Ads
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
Memastikan adanya masa berkualiti bersama pasangan, sebenarnya dapat memupuk perasaan kasih sayang dan menyuburkan rasa cinta seperti di awal perkenalan andai terus dipraktikkan dalam rumah tangga.
Namun diakui mencari masa untuk berdua-duaan dengan pasangan tidaklah mudah. Apatah lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan ditambah pula dengan kesibukan suami mencari rezeki, manakala isteri pula banyak habiskan masa dengan mengurus hal rumah tangga.
Walhal itu semua bukan alasan untuk anda berdua tidak ‘berdating’, hal ini perlu diseimbangkan dengan kesibukan anda bekerja dan juga tugas mengasuh anak, urusan keluarga dan rutin mengurus rumah tangga.
Peruntukanlah masa untuk berdua-duaan dengan pasangan. Walaupun sibuk dengan urusan masing-masing, masa bersendirian dengan pasangan sebenarnya adalah momen penting dalam perkahwinan.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Dr Taufiq Razif yang menghalang isterinya menjadi ibu 24 jam. Bahkan dia selalu ingatkan dirinya juga bahawa dia bukan cuma seorang bapa semata mata.
“Saya memang tak bagi isteri saya jadi ibu 24 jam walaupun dia rela. Saya tetap kena ingatkan dia bahawa dia tu bukan cuma seorang ibu semata tapi dia juga adalah seorang kekasih dan isteri pada suaminya.
“Jadi memang nak taknak saya akan ‘paksa’ dia dating dengan saya. Tak kisahlah ke kedai mamak ke, kopitiam ke mall ke atau di tepi sungai ke yang penting saya kena cari jalan untuk rehatkan isteri saya.
“Jadi tugas saya untuk sesekali ‘rehatkan’ isteri saya daripada tugasnya menjadi seorang ibu rumahtangga.”
Balanced Life
“Saya juga bukan cuma seorang bapa semata mata. Saya juga seorang pencinta dan suami kepada isteri saya.
“Jadi isteri saya pun akan ‘paksa’ saya untuk dating berdua dengannya semata mata untuk rehatkan saya daripada menjadi pencari nafkah sepenuh masa buat keluarga.
“Saya percaya pada Balanced Life. Buat apa pun kena seimbang. Bila hidup seimbang insyaAllah nak jadi ibu ke nak jadi isteri ke nak jadi pekerja ke nak jadi bos ke boleh belaka dan yang penting kena hidup seimbang dan bahagia!”
Meninjau di ruangkan komen, ramai antara netizen turut berkongsi coretan doktor ini dengan tag pasangan masing-masing dan rata-rata sedar betapa pentingnya meluangkan masa berdua-duaan dengan pasangan dan tidak kurang juga ada yang memuji cara dr ini melayan pasangannya.
“Baguslah camtu alhmdulillah anda sayang istri anda dan ibu kepada anak-anak anda. Tak ramai yang buat camni even isteri ajak keluar nak release kejap banyak alasan dikata mengada tak dilayanla dimarahla malah disuruh lagi isteri duduk rumah buat kerje rumah je jaga anak-anak, tulis Ummu Asmaa di ruangan komen.
Manakala Suree Chuah berkongsi cara dia dan pasangan menikmati masa berkualiti bersama, ujarnya “Saya dan husband akan coffee/dessert date sekurang-kurangnya seminggu sekali. Selalunya lepas dinner. Tak lama pun. Dalam 30 minit je. Kadang-kadang beli kopi dari speedmart duduk lepak kat bangku depan rumah and sembang. Quality time ”
Begitu juga komen daripada Nisrinah Tayib, “Saya pun suka dating dengan suami Biasanya memang dia la yang ajak.”
Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mendapat yang terbaik dalam hidup mereka. Dalam bab pendidikan misalnya, biar berhabisan duit demi memastikan kejayaan mereka.
Lihatlah bila anak-anak besar, bagaimana pula cara mereka membalas jasa dan pengorbanan orang tua mereka.
Demikian yang cuba dikongsikan oleh pelakon dan hos terkenal, Norman Hakim. Menerusi perkongsiannya di instagram, suami kesayangan Memey Suhaiza memuat naik video pendek dan sekeping gambar berkenaan anak sulungnya Danish Hakim.
Apa yang membuatkan pelakon ini tersentuh hati bila mana anak sulungnya memberikan sejumlah wang kepadanya dan bekas isteri iaitu Abby Abadi.
Menurut Danish, wang tersebut diperoleh dari hasil bisnesnya. jadi, Danish berniat untuk memberi belanja kepada kedua orang tuanya kerana dia percaya rezeki yang diperoleh bakal bertambah.
Papa tak pernah mintak,tapi abang @danishhakimofficial cakap,dia percaya pada ‘miracle’ bila rezeki dia makin bertambah2 bila bersedekah & bagi duit belanja pada parents
Semoga usaha & bisnes abang melalui platform @d_ngajiofficial dengan menurunkan ilmu Al-Quran sentiasa dipermudahkan & dirahmati
Sekadar berkongsi,saya tidak pernah ajar anak2 untuk bagi duit pada parents,tapi mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan pada mak ayah kita.We lead by example.In shaa Allah sentiasa percaya pada ‘miracle’ melalui jariah kita pada mak ayah kita.Itu semua janji Allah yg mmg dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 261-262 m/s 44).Yang penting kena sentiasa ikhlas & istiqomah.Semoga kita sama2 sentiasa dipelihara dibawah jagaanNya🤲🏻❤️
Mohon doakan jugak untuk exam SPM abang @danishhakimofficial in shaa Allah kalau takde aral start pada 22 Februari 2021 ni nanti🙏🏻
Seorang kanak-kanak berusia 19 bulan disahkan oleh doktor menghidap kanser ovari tahap tiga pada Rabu lalu.
Kanak-kanak itu, Daneen Auni Riksi kini sedang menjalani rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) dan bakal menjalani rawatan kimoterapi dalam masa terdekat.
Menurut ibunya, Fallarystia Sintom, 25, semuanya bermula selepas tangisan berpanjangan Daneen selain sukar membuang air besar yang dialaminya.
Ujarnya lagi, dia mengakui agak terkejut dan sedih dengan ujian yang dihadapi sebaik mengetahui anak bongsunya itu yang belum pun berusia dua tahun disahkan menghidap kanser tersebut.
“Saya sangat tidak sangka sebab kanser ovari jarang kita dengar dihidap pada usia begini, biasanya kena pada usia 40 tahun ke atas atau sudah datang haid.
“Doktor ketika ini sedang meneliti kes anak saya sebab jarang ditemui. Sebaik saja dimaklumkan, saya sedih sebab anak saya masih kecil lagi sudah dibuang ovari sebelah kanan,” katanya berkongsi.
Kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu
Ditanya lanjut bagaimana mula dikesan mengenai kanser tersebut, Fallarystia mengatakan anaknya mengalami kembung perut dan sembelit sejak Ogos lalu.
“Anak saya tidak selesa dan memandangkan dia belum pandai bercakap, dia hanya menangis apabila mengalami sakit bahagian perut. Selain itu, perutnya juga kembung dan agak sukar untuk membuang air besar.
“Malah dia juga sudah tidak aktif seperti sebelum ini dan tidak mahu berjalan sebaliknya hanya mahu didukung. Kami mula membuat pemeriksaan di Hospital Kota Marudu namun belum dapat dikesan mengenai sakitnya.
“Kemudian, satu hari bacaan darah anak saya jatuh mendadak dan menyebabkan dia terus dirujuk ke HWKKS pada 28 September lalu dan disitu barulah dapat dikesan ada ketumbuhan serta mengalami pendarahan.
“Bagi mengeluarkan ketumbuhan sebesar 13.50 sentimeter tersebut, anak saya perlu dibedah segera. Pada Rabu lalu, selepas pembedahan dilakukan barulah doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser ovari,” katanya sebak.
Dia dan suaminya yang bekerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat bergantung harap kepada Allah dan juga usaha daripada pihak hospital.
“Buat masa ini, anak saya dalam tempoh penyembuhan selepas dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Jadi selepas itu barulah dia boleh memulakan rawatan kimoterapi.
“Doktor berpesan bahawa sakit anak saya ini ada ubat, maksudnya kimoterapi. Selagi ada ubat maksudnya ada harapan dan dalam masa sama saya juga berdoa supaya diberikan kesembuhan kepada anak saya,” katanya.
Sehubungan itu, Riksi berkata, untuk menampung kos perbelanjaan dan rawatan beliau memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai bagi meringankan beban keluarganya itu.