
Ada waktu kita boleh buat dua benda dalam satu waktu, namun ada masanya kita tak mampu lebih-lebih lagi bila melibatkan masa depan. Itulah yang dihadapi oleh penyanyi, Najwa latif di mana dia mengumumkan kepada peminat bahawa dirinya terpaksa berhenti bekerja sebagai pensyarah bagi memberi ruang kepada pelajarannya di peringkat doktor falsafah (PhD).
Menerusi laporan Harian Metro, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif berkata, dia menghadapi masalah untuk melakukan kedua-duanya dalam masa yang sama lalu memutuskan untuk mengorbankan pekerjaannya.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD sebab PhD saya tak bergerak, kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja.
“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan cuma pergerakannya sangat perlahan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya.
Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu menjelaskan keputusannya untuk berhenti kerja berhenti kerja adalah buat sementara waktu sahaja dan akan kembali jika diberi rezeki.
“InsyaAllah tahun depan saya akan kembali bekerja semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus PhD sekejap,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai penerimaan suami, wanita berusia 28 itu memberitahu bahawa Akwa Arifin sentiasa bertanyakan khabar selepas dirinya tidak bekerja serta memberikan sokongan penuh.
Untuk rekod, Najwa sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bertugas sebagai pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL).
Sumber: Harian Metro (Georgie Joseph), Instagram Najwa Latif
Pokok Bunga Tetap Segar Walaupun Tanpa Disiram, Ikut Cara Ini. Confirm Bunga Tak Layu!

Kesibukan dengan urusan kerja ditambah pula dengan anak-anak yang bakal memulakan persekolah, pasti banyak perkara yang perlu diuruskan terlebih dahulu.
Bagi anda yang suka bercucuk tanam, pasti tiada masa membelek pokok-pokok anda itu. Mungkin ada yang akan kekeringan dan layu jika tidak diberi perhatian.
Bagaimana nak memastikan tanaman sentiasa dijaga dan segar sentiasa? Kaedah ini juga sesuai dipraktikkan jika anda mahu bercuti panjang. Ikuti langkah mudah ini:
- Sebelum bergerak, pastikan kesemua pasu tanaman baik bunga-bungaan atau tanaman lain dilapik dengan pelapiknya. Paling utama, kesemua pelapik ini diletakkan air hingga parasnya. Ini bagi memastikan adanya bekalan air yang boleh diserap oleh pokok setiap masa.
- Letakkan air ke dalam pasu sepenuh-penuhnya. Kemudian tinggikan sebelah pasu dengan batu atau pelapik. Sebelah kiri pasu sebaiknya pilih bahagian yang berlubang supaya membolehkan air keluar melaluinya.
- Gunakan botol mineral yang sudah digunakan dan isilah air hingga penuh. Kemudian benamkan hujung botol ke dalam tanah. Cara ini membolehkan tanaman sentiasa dibekalkan dengan air. Jika balik pada tempoh yang agak lama, anda boleh sahaja menggunakan botol mineral yang besar.
- Tumbuhan jenis Cacti dan sakulen perlu diletakkan di tempat teduh dan disiram terlebih dahulu sebelum keluar bercuti.
- Sediakan DIY miniature greenhouse dengan menutup pasu menggunakan plastik. Pastikan plastik tidak tersentuh pada pokok.
- Gunakan ‘Humidity tray’ atau letakkan lapisan batu di dalam Loyang dan diisikan air sehingga paras batu. Kemudian letakkan pasu di atas lapisan batu.
- Basahkan keseluruhan tuala atau kain guni sepenuhnya. Lipat tuala mengikut saiz keperluan dan susun pasu di atas tuala tersebut.
- Sediakan sistem pengairan pokok automatik. Letakkan selembar nylon cord sebagai penyambung dari bekas berisi air ke dalam pasu. Letakkan bekas air ini bersebelahan dengan pasu.
- Lakukan penanaman semula menggunakan diapers sebelum keluar bercuti. Letakkan lapisan lampin pakai buang di bahagian bawah pasu sebelum diletakkan tanah bagi mengekalkan kelembapan tanah di dalam pasu.
Selamat mencuba!
Sumber:www.cilibangi.com
17 Tahun Dah Merokok, Paru-Paru Bernanah, Batuk Keluar Darah, Dr Ini Beri Nasihat.

Kesihatan amat penting bagi semua orang. Sejak kecil kita didik untuk memastikan kita mempunyai kesihatan tubuh yang baik.
Namun, salah satu masalah kesihatang yang menyerang manusia adalah akibat kesan suka merokok.
Biarpun telah didedahkan bahaya akibat tabiat suka merokok, namun masih ada yang anggap ia remeh.
Inilah yang dikongsilah oleh Dr. Mohd Syamirulah Rahim mengenai remaja 17 tahun derita akibat kesan merokok.
Sangka serangan asma
Lelaki ini berusia 24 tahun. Belum berkahwin. Bekerja sebagai pekerja am di sebuah kedai serbaneka.
Kita namakan dia sebagai “Ali”. Sudah tentu bukan nama sebenar.
Ali seorang yang rajin bekerja. Tinggal bersama ibunya dan adik perempuan, manakala ayahnya sudah meninggal dunia ketika Ali darjah enam.
Suatu tengahari, Ali mengangkat barang dari lori ke stor tempat dia bekerja. Bersama Ali, adalah dua orang rakan sekerjanya. Mereka bekerja di bawah terik matahari. Seusai barang dialihkan, mereka bertiga pun lepak dibawah pohon yang rendang berhampiran. Pemetik api dikongsi, tatkala masing-masing menghembuskan asap rokok berkepul-kepul.
Pulang ke rumah petang itu, Ali rasa badannya hangat. Seperti nak demam.
“Ah, mungkin sebab tengahari tadi aku berjemur panas agaknya”, getus hati Ali.
Keesokan harinya, Ali demam suam-suam kuku. Mula batuk juga. Tapi Ali bekerja seperti biasa.
Hampir dua minggu demam Ali tidak kebah-kebah. Selera makannya mula berkurang, dan beliau kelihatan letih dan tercungap-cungap. Batuknya semakin kuat dan kerap sehingga Ali kekurangan tidur di waktu malam.
“Engkau ni Ali, dah macam pesakit asthma dah mak tengok! Jom ikut mak pergi hospital petang ini!”
Emak Ali mula bertegas setelah dua hari Ali tidak bekerja kerana keadannya itu.
Sebaik sahaja tiba di Jabatan Kecemasan, Ali segera disorong ke ruangan asthma. Sangka MA bertugas, Ali mengalami serangan asthma.
“Tapi dia tak pernah ada asthma sebelum ini!” Ujar ibu Ali. Ali terlalu tercungap-cungap untuk bercakap pun. Doktor segera datang, dan MA mengambil tanda vital sign Ali.
Tekanan darah Ali, rendah. 100/70. Nadinya pula laju, 120 sedangkan Ali tidaklah demam mana. Suhu badannya 37.5 cuma. Namun berpeluh. Basah katil stretcher tempat Ali dibaringkan.
Kandungan oksigen didalam badannya (SPO2) nya rendah. 75% cuma. Ali segera dibekalkan oksigen melalui facemask. Beliau disandarkan menegak. Saluran intravena dipasangkan dan cecair normal saline (NS) disalurkan masuk.
Juruxray berserta mesin Xray mudah alih (portable xray) dipanggil.
Keputusan xray adalah seperti didalam gambar. Gambar yang saya lampirkan ini gambar dari carian Google, bukan gambar xray “Ali”.
Hasil keputusan xray menunjukkan paru-paru kiri Ali, dipenuhi cecair. Doktor segera membuat keputusan untuk “menebuk” paru-paru Ali. Prosedur tersebut adalah thoracocentesis, iaitu cecair di ruangan pleura yang menyelimuti paru-paru Ali, perlu dikeluarkan.
Cecair ini sedang menekan paru-paru Ali, menyebabkan ianya tidak dapat kembang sepenuhnya. Ali kini seperti orang kelemasan.
Apabila jarum ditusuk ke rongga pleura Ali, cecair berwarna keputihan kekuningan keluar. Bagaikan…teh tarik. Namun lagi pekat. Nanah. Ya, nanah.
Gambar yang saya lampirkan adalah gambar SEBENAR nanah yang dikeluarkan dari “Ali”.
Hampir 200ml cecair dikeluarkan namun tiada tanda-tanda ia akan habis. Doktor memutuskan untuk menukar prosedur thoracocentesis dan memasukkan chest tube. Sebuah tiub berdiameter hampir sebesar jari telunjuk, dimasukkan ke dalam rongga pleura Ali. Tiub ini akan dipasang ke sebuah bekas vakum, yang akan terus terusan menyedut nanah dari ruang pleura paru-paru Ali.
Hampir satu liter nanah dikeluarkan. Ali semakin stabil. Bacaan oksigennya sudah meningkat ke 98% dengan bantuan wayar oksigen (nasal prong). Ali juga sudah tidak sesak nafas dan tidak lagi tercungap-cungap.
Ali dimasukkan ke wad untuk pemantauan. Chest tube tersebut akan dikekalkan sekurang-kurangnya tiga hari, setidaknya sehingga habis nanah dikeluarkan. Ali pula, perlu berada di wad untuk diberikan antibiotik kuat, Ceftriaxone, melalui saluran intravena untuk tempoh sekurang-kurangnya empat minggu.
Bermaksud, empat minggu Ali perlu berada di wad. Rujuk gambar rawatan antibiotik yang dipetik dari National Antibiotic Guideline Malaysia.
Beliau perlu menjalani latihan physioterapi yang intensif bagi memastikan paru-paru beliau kembali kembang dan berfungsi seperti sediakala. Jika tidak, beliau bagaikan manusia yang hidup dengan sebelah paru-paru sahaja. Berjalan 100 meter, sudah tercungap kebiruan.
Jangkitan kuman pada paru-paru
Penyakit yang Ali hadapi ini, namanya Lung Empyema. Atau Empyema Thoracis. Ia berlaku kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Orang sihat, kebiasannya mampu “mengalahkan” kuman ini dengan mudah.
Namun bagi orang tertentu, mempunyai sistem imun yang lemah, jangkitan kuman yang biasa mudah sahaja merebak pantas, akhirnya membentuk koloni kuman yang besar seperti empyema.
Ali tidak pernah dijangkiti Batuk Kering (TB). Beliau juga tiada penyakit kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, atau jangkitan HIV
Beliau cuma seorang pemuda berusia 24 tahun yang sihat tubuh badan, bekerja buruh dan hidup bersama keluarganya.
Oh ya, beliau cuma merokok. Sekotak tiga hari. Sejak umur 17. Itu sahaja.
Merokok, menyebabkan sistem imun badan terutamanya di kawasan paru-paru, lemah. Kerana itulah perokok, lebih berisiko mendapat empyema berbanding orang lain.
Tanyalah mana-mana doktor, pasti pernah menjumpai dan merawat pesakit seperti Ali. Pesakit seperti Ali, muncul sekurangnya sekali dalam dua bulan. Di hospital besar khasnya, mesti ada at least seorang pesakit empyema at all time. Ini kerana pesakit seperti Ali ini, perlu duduk lama di hospital. Empat minggu.
Penyakit empyema, menyerang pesakit majoritinya lelaki berusia 20 hingga 40 tahun. Most productive age, kita kata. Kesian kan, muda-muda sudah kena tahan wad sebulan. Kerja entah ke mana. Anak bini adik emak entah siapa yang sara.
Majoriti kes empyema ini, akan berulang. Puncanya adalah kerana risk factor masih ada. Iaitu pesakit masih merokok, tak serik-serik. Recurrent empyema, akhirnya akan menjadi chronic lung disease. Umur 50 dah perlu bantuan oksigen sepenuh masa.
Rawatan untuk empyema ini agak sukar. 15 ke 50 peratus pesakit empyema, gagal dirawat dan meninggal dunia. Atas pelbagai faktor.
Ali? Tiga hari didalam wad, demam Ali masih tidak mahu kebah. Ali masih batuk- batuk kuat walaupun penatnya berkurangan.
Batuk dengan darah
Pada pagi hari ketiga, Ali batuk kuat. Macam nak tersembur paru-paru dari mulutnya. Tiba-tiba, tersembur darah bercampur kahak yang banyak.
Ya, secara literal, Ali mengamburkan paru-parunya dengan batuk. Ali mengalami komplikasi yang dinamakan bronchopleural fistula. Jangkitan yang ada, memamah isi paru-paru Ali sehingga ke bronkus (saluran pernafasan).
Dalam masa beberapa minit, Ali pengsan. Pucat. Doktor berhempas pula cuba menyelamatkan. Masuk tiub pernafasan. Tekan dada. CPR.
Beberapa jam. Ali disahkan meninggal dunia. Pulmonary hemorrhage. Pendarahan dari salur darah arteri pulmonari yang cedera ketika Ali batuk kuat tersebut.
Lagi kita nak benarkan rokok dijual dengan lebih mudah didapati?
Sumber: Dr. Mohd Syamirulah Rahim, Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
“Allah Salurkan Hidayah Pada Saya.” Peminat DS Siti Nurhaliza Peluk Islam Lepas Dengar lagu ‘Aisyah Isteri Rasulullah’

“Saya minat CTDK (Siti) ini. Sejak mendengar lagu ini, saya memeluk Islam. Saya baru saja tiga hari memeluk Islam. Saya tanya ustaz adakah lagu ini punca saya memeluk Islam.
“Ustaz berkata, lagu nyanyian CTDK ini adalah ‘asbab’ saya memeluk Islam. Allah salurkan hidayah pada saya melalui indah pada maksud lagu ini dengan nyanyian CTDK.
“Semoga saya terus kuat mencintai sosok nama yang dimaksudkan dalam lagu ini. Terima kasih CTDK,” tulisnya.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Penyanyi nombor satu negara mengatakan setiap apa yang berlaku pasti ada ‘asbab’ yang tersembunyi.
Peminatnya dikatakan memeluk agama Islam selepas mendengar lagu Aisyah Istri Rasulullah yang dinyanyikan semula dan dimuat naik secara santai menerusi aplikasi Smule, baru-baru ini.
Selepas lagu berkenaan dikongsi peminat dalam laman YouTube, Siti kemudiannya memuat naik rakaman yang sama di YouTube rasminya, Siti Official Video.
Dalam pada itu, ada yang mengucapkan rasa syukur dan mendoakan semoga saudara baru itu terus istiqamah.
Ibu kepada Siti Aafiyah Khalid itu berkata, dia menyanyikan semula lagu Aisyah Istri Rasulullah atas permintaan peminat ketika lagu berkenaan tular selepas dinyanyikan penyanyi Indonesia, Sabyan.
“Secara jujur, saya tak menyangka ramai yang suka lagu Aisyah Istri Rasulullah dinyanyikan semula. Hingga kini, sudah hampir mencecah 1.9 juta tontonan di YouTube.
“Lebih mengejutkan apabila dimaklumkan ada peminat memeluk Islam selepas mendengar lagu yang dimuat naik di YouTube sejak 10 April lalu. Saya mendapat tahu menerusi ruangan komen di bawah video lagu itu.
“Bagi saya, Allah SWT sudah pun memberikannya hidayah. Menjadi ‘asbab’ lirik lagu berkenaan mempunyai kebaikan dan keistimewaan yang menggerakkan hatinya. Segala-galanya aturan Allah,” katanya kepada BH Online.
Penyanyi yang tujuh kali menjulang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) itu berkata, dia bersyukur ada perkara dilakukan memberi dorongan kebaikan kepada insan lain atas sebab apa sekalipun.
“Saya mendoakan peminat berkenaan terus istiqamah kerana menjadi insan terpilih mendapat hidayah Allah.
“Sebagai penyanyi dan manusia biasa, saya berusaha menerapkan nilai baik dan positif dalam setiap lagu dendangan.
“Inilah yang diusahakan sejak dahulu. Tak kira siapapun, kita ada peranan mendorong orang lain menjadi insan lebih baik, bersemangat, tidak mudah putus dan bangkit dalam kehidupan,” katanya.
Lagu Aisyah nyanyian asal Projector Band pernah dinyanyikan semula dalam versi lirik Islamik menerusi sentuhan Ustaz Hasbi Muh Ali pada 2017 menggunakan judul Aisyah RA.
Selain Siti dan Sabyan, antara penyanyi yang turut menyanyikan semula lagu berkenaan termasuklah Via Vallen dan Khai Bahar dengan cara tersendiri.
“Kepada peminat yang ingin mendengarkan saya menyanyikan lagu Aisyah Istri Rasulullah dengan versi lirik baharu yang disarankan secara langsung, jangan lupa menonton Live PKP Siti Nurhaliza di saluran YouTube saya.
“Sambil berhibur, bolehlah menderma apa yang termampu,” katanya.