Berat Badan Seperti Dipam-pam, Anak Beranak Boleh Minum Jus Peria Ni. Katanya 2 Kg Boleh Susut Dalam Seminggu!

Share

Perkongsian daripada Norafiza Mahmud ini tidak salah kiranya dicuba bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. lni memandangkan, kebaikkan dan manfaat peria ini seakan  sudah sedia maklum. Tinggal lagi kita ketahui resipi untuk menyediakan jus tersebut untuk diamalkan. Untuk itu jom semak perkongsian bermanfaat ini.


Kau orang betul ke nak diet ni? Nak betul-betul hilang 10kg dalam masa 2 bulan bukan senang tau. Ini game diet ganas!

Betul boleh bawak ke, Menu diet ni boleh hilangkan berat badan kau orang 2kg seminggu.

Pagi : jus epal + telur setengah masak

Lunch : ikan + sayur
jus epal + peria katak

Petang 6.30 : jus epal + peria katak.

Dan ini cara penyediaan jus epal dan peria katak yang diamalkan olehnya hingga berjaya menurunkan berat badan hingga 2kg dalam masa seminggu.

Bahan-bahan : 

1/2 biji peria

1 biji epal hijau

Cara penyediaan :

  1. Ambil peria dan epal kemudian kisar hingga halus bersama sedikit air.
  2. Kemudian masukkan ke dalam cawan. Tidak perlu ditapis.
  3. Sedia untuk diminum.

Pun begitu, bagi yang sekadar hanya ingin menikmati peria yang dikatakan banyak khasiatnya untuk kesihatan dalam citarasa yang lebih enak, bolehlah menyediakan kerepek peria yang istimewa ini sebagaimana dikongsikan resipinya oleh Kak Pau di akaun fbnya.

PERIA KATAK GORENG KRISPI


Bahan A
2 ke 3 biji peria di potong nipis
1 sudu makan garam
Air secukupnya
* masukan garam ke dlm air dan kacau hingga garam hancur..potong peria nipis nipis dan rendam dlm air garam 15 minit. Lepas tu buang biji yg kat tengah tengah.Toskan

Bahan B
1 bj telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk kunyit
* gaul dan perap dgn peria dua ke 3 minit

Bahan C
Tepung Bestari ori atau pedas secukupnya
* panaskan minyak, ambil peria yg diperap tadi sedikit sedikit dan golek golekan atas tepung, terus masukan dlm minyak yg panas dan goreng hingga garing dan krispi..siap!

sumber : Kak Pau