Perkongsian daripada Norafiza Mahmud ini tidak salah kiranya dicuba bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan. lni memandangkan, kebaikkan dan manfaat peria ini seakan sudah sedia maklum. Tinggal lagi kita ketahui resipi untuk menyediakan jus tersebut untuk diamalkan. Untuk itu jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Kau orang betul ke nak diet ni? Nak betul-betul hilang 10kg dalam masa 2 bulan bukan senang tau. Ini game diet ganas!
Betul boleh bawak ke, Menu diet ni boleh hilangkan berat badan kau orang 2kg seminggu.
Pagi : jus epal + telur setengah masak
Lunch : ikan + sayur
jus epal + peria katak
Petang 6.30 : jus epal + peria katak.
Dan ini cara penyediaan jus epal dan peria katak yang diamalkan olehnya hingga berjaya menurunkan berat badan hingga 2kg dalam masa seminggu.
Ads
Bahan-bahan :
1/2 biji peria
1 biji epal hijau
Ads
Cara penyediaan :
Ambil peria dan epal kemudian kisar hingga halus bersama sedikit air.
Kemudian masukkan ke dalam cawan. Tidak perlu ditapis.
Sedia untuk diminum.
Pun begitu, bagi yang sekadar hanya ingin menikmati peria yang dikatakan banyak khasiatnya untuk kesihatan dalam citarasa yang lebih enak, bolehlah menyediakan kerepek peria yang istimewa ini sebagaimana dikongsikan resipinya oleh Kak Pau di akaun fbnya.
Ads
PERIA KATAK GORENG KRISPI
Bahan A
2 ke 3 biji peria di potong nipis
1 sudu makan garam
Air secukupnya
* masukan garam ke dlm air dan kacau hingga garam hancur..potong peria nipis nipis dan rendam dlm air garam 15 minit. Lepas tu buang biji yg kat tengah tengah.Toskan
Bahan B
1 bj telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk kunyit
* gaul dan perap dgn peria dua ke 3 minit
Bahan C
Tepung Bestari ori atau pedas secukupnya
* panaskan minyak, ambil peria yg diperap tadi sedikit sedikit dan golek golekan atas tepung, terus masukan dlm minyak yg panas dan goreng hingga garing dan krispi..siap!
sumber : Kak Pau
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila ada teknik yang boleh diguna pakai bagi menjimatkan dan memendikkan tempoh pembiayaan rumah, kenapa tidak kita praktiskan?
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Nak Cepat habis bayar pembiayaan rumah?
Contoh buat pembiayaan rumah RM300,000 untuk tempoh pembiayaan 35 tahun . Monthly instalment bulanan adalah RM1,420 selama 420 bulan @ 35 tahun . Dengan bayar extra sebulan RM250 , pembiayaan rumah tersebut akan habis 120 bulan @ 10 tahun lebih Awal dari tempoh sebenar 35 tahun .
Kita keluar bayaran extra RM250 x 300 bulan = RM75,000
Kita jimat bayaran kehadapan RM1,420 x 120 bulan = RM170,400
Tak mampu banyak , kita mula dulu dengan extra RM50 . Ia akan memberi impak besar pada principal baki pembiayaan .
Siapa yang pernah merasai keenakan Sambal Hitam Pahang yang original mesti tahu betapa sedap dan enak rasanya bila dimakan bersama nasi atau boleh juga dimakan bersama roti. Rasanya memang buat makan bertambah.
Namun hendak membuat sendiri Sambal Hitam ini diakui bukanlah mudah, memakan masa yang lama lebih-lebih lagi apabila belimbing buluh yang dimasak perlu direbus berjam-jam lamanya. Memang leceh apatah lagi boleh menyebabkan kuali yang digunakan cepat rosak.
Tapi usah merungut, ada rupanya cara memasak Sambal Hitam ini dengan cara yang lebih cepat dan mudah. Tidak sampai 30 minit, Sambal Hitam sudah boleh dinikmati. Memang boleh sangatlah untuk dibuat sendiri.
Ini sebagaimana perkongsian resipi daripada Habib Izzah dan bolehlah dicuba.
Menurutnya, “Masak sambal itam simple 30 minit tapi rasa dia mables..sambal itam ni makan dengan nasi panas memang mables.. mak mertua lalu sebelah pun tak perasan”
Buat anda yang ingin mencuba, ini resipinya :
Bahan-bahan:
cili api
cili besar
belimbing
bawang besar
ikan bilis
Cara penyediaan:
Panaskan minyak dulu supaya bahan-bahan tidak terlalu lama berenang dalam kuali.
2.Bila minyak panas, masukkan bawang besar dan ikan bilis yang diblander kasar. Tumis sampai agak kekeringan.
3.Dalam pada itu, bland cili dan belimbing tadi. Tidak perlu bland halus sangat.
4.Bila bawang dan ikan bilis sudah hampir kering masukkan cili blander tadi.
5.Kacau lagi. Bila nampak sambal hampir kering tambahkan perisa dan sedikit garam.
Taraaa! Dah siap. Dia punya rasa memang mables.. yang ni tahan lebih lama daripada kita rebus dulu belimbing-belimbing tu.. Lagi satu kenapa mummy buat macam ni je simple.. sebab kalau kita rebus blimbing, biasanya kuali kita akan rosak.. tapi kalau buat ikut resepi mummy ni kuali memang suci murni je.
Hidup ini penuh dengan perkara yang berlaku secara ‘tiba-tiba’. Jika tiba-tiba terjadi sesuatu yang menggembirakan pasti hati kita rasa bahagia. Namun bila perkara sedih menimpa, pastinya hal tersebut akan menguji kesabaran dan ketabahan diri dalam mengharunginya.
Namun persoalannya, adakah kita sebagai isteri telah mempersiapkan diri untuk menempuh saat-saat tidak terduga? Sebagai contohnya, andai suami tidak lagi bekerja.
Melalui perkongsian daripada Puan Nurul Ilyani ini diharap dapat menyalurkan motivasi dan inspirasi kepada wanita bergelar isteri. Jom semak perkongsian penuh daripadanya untuk manfaat bersama.
9 tip melalui situasi andai suamimu tidak lagi bekerja..
Wanita bersuami perlu bersedia, suami diberhentikan kerja, berhenti sukarela atau berhenti dengan persetujuan bersama. Isteri perlu bersedia hilangnya tempat bergantung saat suami kembali kepada Tuhannya.
Beberapa hari lepas, suami saya membawa berita yang tidak berapa baik. Namun, kami sudah bersedia. Dari dulu sentiasa bersedia. Tiada yang kekal di tangan kita.
Firman Allah azza wa jalla
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
Al An’am ayat 32
10 tahun lepas, apabila kami mendirikan rumah tangga, kami sudah merancang kehidupan bagaimana yang kami mahukan. Ia bukan yang indah-indah.
❌Tiada percutian mewah. ❌Tiada rumah mewah-mewah. Malah rumah pertama kami beli, kondominium berharga RM142k pada tahun 2010. Ia bersesuaian dengan kemampuan kami. ❌Tiada kereta mewah. Di saat rakan-rakan seperjuangan saya di satu syarikat kewangan dulu memprovokasi saya membeli Toyota Camry untuk impress pelanggan (sangat normal jika kerja begini, mereka suka impress pelanggan, tapi bukan saya), kami memilih Toyota Avanza yang sekarang masih ada sehingga kini. ❌Tiada 2 kereta. Kebanyakan orang yang bekerja akan perlukan 2 kereta terutamanya yang tempat kerja tiada pengangkutan awam yang baik. Kami masih bertahan dengan satu kereta, dan suami hanya naik motorsikal yang dibeli cash pada tahun 2015. ❌Tiada barangan branded. Ini memang tagline kami. Pilih yang paling murah dengan kualiti. Biasanya suami akan tukar kemeja dan seluar bundle setahun sekali dengan yang lebih baik. Kos tukar semua paling tinggi pun RM50 dapat hampir 10 pasang baju dan seluar, ikut harga. ❌Tiada baju branded juga buat anak-anak. ❌Tiada juga kasut dan hand bag branded. Apa yang ada pakai.
Tapi, jangan salah faham. Bukan kedekut. Bukan tidak mampu. Inilah namanya hidup 50% di bawah garis kemampuan.
Contoh, sekiranya anda mampu membayar kereta dengan installment RM1200, maka pilih kereta dengan installment RM600.
Habis. Itu strategi ikat perut. Jadi kemana duit jika asyik ikat perut?
1) Pendidikan anak-anak. Kami sentiasa memastikan kualiti. Bayar mahal tak apa, janji sesuai, bagus dan demi kebaikan anak-anak
2) Ibubapa
3) Simpanan
4) Pelaburan semula-Bisnes, hartanah, emas
Cukup dulu.
Kenapa saya cerita di atas, ini untuk kita betulkan mind setting. Hidup seadanya supaya berlaku sesuatu kita tidak terduduk lesu.
Tip ini, jika sudah diamalkan boleh teruskan, jika belum, mulakan untuk tahun-tahun seterusnya.
Tip 1 Kereta
Beli kereta berharga setahun gaji. Jadi kalau anda baru bekerja, kira. Gaji 3000×12=36,000. Beli kereta harga 36,000.
Kalau kahwin, tiba-tiba ada dua kereta, fikir apa nak buat dengan salah satu. Kereta ini bebanan. Bukan aset.
Tip 2 Rumah
Beli rumah 3 kali gaji tahunan. Kalau gaji 40000 setahun x 3= 120,000. Kalau bajet cukup beli rumah flat, beli sajalah. Ukur baju di badan sendiri.
Tip 3 Urus wang
Urus wang suami isteri, kena urus sama-sama. Bukan akaun awak, akaun awak, akaun saya, akaun saya.
Pastikan suami bayar semua kewajipan dan tanggungjawab dia sampai habis duit gaji dia (minta maaf, ini mesti suami ramai kecam), baru isteri masuk tolong. Top up mana yang tidak cukup. Ini supaya suami tidak salah faham dan lepaskan tanggungjawabnya kepada isteri. Kes begini saya biasa jumpa semasa saya jadi perunding kewangan. Suami culas.
Isteri pula jangan kedekut tahi hidung masin dengan suami. Kalau suami tidak cukup, bantulah. Begitulah saya buat. Dulu pendapatan saya 2 kali ganda suami. Saya bayar majoriti, tapi saya masuk lepas suami habis bahagikan duit untuk pembayaran tanggungannya. Bukan saya masuk dulu.
Dari situ suami saya sentiasa berazam mahu naik gaji, naik pangkat dan mahu memikul tanggungjawab kewangan. Sehingga saya boleh duduk di rumah dan buat bisnes. Suami masih jadi investor bisnes saya.
Tip 4
Tahu anda di didik dengan parenting bagaimana dan bagaimana anda parenting anak anda?
Sekiranya anda dari keluarga kelas pertengahan atau atasan yang banyak ibubapa manjakan, hati-hati anda mungkin tidak mampu survive tanpa anda meningkatkan survivaliti anda.
Ibubapa saya dari kelas B40, ibubapa susah. Saya susah dari kecil. Saya sudah bisnes dari kecil. Setiap sen sangat bernilai, jadi lebih mudah adjust dengan kegawatan dan kesusahan.
Jadi, biasakan anak-anak hidup susah. Bukan serba kekurangan makan sihat, pendidikan, tempat tinggal, tapi susahkan dari segi proses untuk mereka mendapatkan sesuatu. Perlu kerja, perlu berjualan, perlu bisnes supaya mereka faham susahnya cari duit.
Tip 5
Mulakan dari sekarang turunkan gaya hidup.
Sedikit-sedikit buang lifestyle, ambil yang perlu saja. Apakah lifestyle? Hobi mahal yang perlu kos, entertainment, percutian dan sebagainya sehingga anda dapat mengumpul satu amount kecemasan sebanyak 3 bulan gaji dana kecemasan.
Kemudian, tambah lagi kepada 6 bulan. Kemudian hiduplah macam biasa dan tidak berlebih-lebihan.
Tip 6
Mula tambah pendapatan dengan bisnes. Tiada cara lain memang perlu bisnes. Juallah apa saja dengan modal kurang dari RM2000. Lagi kecil lagi baik. Untuk orang yang tidak pernah bisnes, jika salah langkah terbakar duit. Cari pengalaman.
Tip 7
Belajarlah. Menuntutlah. Membacalah. Itu saja membezakan orang yang tahu dan tidak tahu.
Tip 8
Hentikan alasan. Itu tidak boleh. Ini tidak boleh. Dia bolehlah. Aku ni macam mana?
Semua kata-kata negatif, hentikan. Bertindak dengan satu langkah pertama.
Tip 9
Doa. Allah azza wa jalla seperti sangkaan hambaNya. Kita sangka baik, inshaAllah. Yang teruk, yang buruk, yang sengsara pun boleh diharungi.
Ya, saya mengingatkan diri saya. Dunia tidak pernah tidak memenatkan. Kita semua penat. Jadi ambillah seadanya. Jangan sampai lupa akhirat.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...