Bila ditanya antara beras putih dan beras perang, ramai antara kita beranggapan beras perang adalah pilihan paling sihat.
Pun begitu perkongsian fakta daripada doktor ini tentang perbandingan dua jenis beras ini, nyata ada yang tidak menduganya.
BERAS PERANG ATAU BERAS PUTIH?
AWAS BERAS TERCEMAR ARSENIK KARSINOGENIK, IBU PENYAKIT KRONIK.
—————————————————————
Perkara yang saya rasa sedih ialah bila kita nak beri makanan yang terbaik untuk anak-anak kita, rupanya makan itu meracuni kesihatan anak kita.
Beras adalah contoh terbaik. Selagi mampu, saya akan sentiasa mengutamakan beras basmathi kashmir untuk keluarga saya kerana risiko rendah pencemaran arsenik dalamnya.
Ada juga yang perkecilkan arsenik ni sebab bahan biasa dalam persekitaran termasuk dalam air minum kita. Tapi bila Environment Protection Agency EPA limitkan arsenik dalam air kita daripada 50ppb kepada 10ppb pada tahun 2001, ini kerana keracunan arsenik sangat serius.
Mengapa arsenik ni merisaukan saya?
* Mengikut sumber British Nutrition Foundation
Arsenik berkumpul di dalam nasi sehingga 10 kali ganda banyaknya berbanding bijirin lain. Arsenik ini banyak berkumpul di dalam lapisan bran dan germ sesuatu beras.
* Pencemaran arsenik tak organik ini tinggi dalam makanan:
1) Susu beras
2) Bran beras
3) Kraker beras
4) Sirap (gula) beras perang
5) Cereal pagi berasaskan beras
6) Cereal beras bayi
* Beras perang mengekalkan selaput bran, sebab itu beras perang merupakan antara sumber bijirin tertinggi dijumpai mengandungi arsenik. Mengikut kajian, beras perang mengandungi lebih 80% arsenik tak organik berbanding beras putih. (Sun et al., 2008). Data FDA juga menunjukkan paras arsenik tidak organik ditemui setinggi 160pbb di dalam produk beras perang. FSA seterusnya meletakkan limit 100pbb sebagai “paras dijangka selamat”.
* WHO mengiktiraf arsenik ialah penyebab kanser (karsinogenik), penyakit kulit, dikaitkan dengan masalah sakit jantung, darah tinggi, strok dan diabetes. Menurut WHO lagi, pendedahan sewaktu kandungan dan awal usia anak-anak memberi impak negatif kepada perkembangan kognitif, kebijaksanaan dan memori serta mati usia muda.
* Sesiapa yang baca artikel saya mengenai bahaya plumbum dan banyaknya ibu mengandung tercemar plumbum tentu risau kan bahaya bahan toksik ni pada darah, tulang dan buah pinggang.
Arsenik ini jauh lebih bahaya kerana ia menyerang semua sistem di dalam badan.
* Kesan pada bayi adalah lebih serius terutamanya kerana kesan arsenik adalah lebih ketara kerana berat badan mereka yang kecil berbanding risiko pendedahan arsenik dalam pemakanan mereka. Arsenik dalam kajian juga menunjukkan:
-Gangguan konsentrasi.
– Masalah pembelajaran
– Pengurangan IQ dan kompetensi sosial.
* Keracunan mengejut arsenik jarang berlaku. Apa yang kita lebih risaukan ialah keracunan kronik yang tak kita sedari. Kanser paru-paru disebabkan rokok, kemungkinan besar disumbangkan oleh kandungan arsenik di dalam rokok. Arsenik juga dikenali sebagai penyebab kanser pundi kencing dan kanser kulit. Berita baiknya, terdapat kajian observation yang menunjukkan makan nasi tak menyebabkan kematian.
* Malaysia tak terkecuali daripada pencemaran arsenik dalam tanah dan airnya. Sebab apa ini berlaku? Lebih 60 tahun pencemaran arsenik ke dalam air oleh najis haiwan pemakanan dedak bersuplemen arsenik di seluruh dunia. KKM menggantung penggunaan suplemen ini hanya pada tahun 2011 kerana isu arsenik tak organik yang berisiko kesihatan di samping pencemaran air minuman dan pertanian. Selain itu, terdapat juga pestisid yang mengandungi kandungan arsenik bahaya ini.
* Kajian UPM oleh Ong GH et al (2013) mengkaji pencemaran sampel tanah dan pengambilan toksik arsenik oleh daun pegaga.
Hasil kajian:
– 12 sampel tanah daripada seluruh semenanjung didapati mengandungi arsenik melebihi paras selamat kecuali di Kelantan, P. Pauh, and Senawang.
– Apabila pegaga ditanam di kawasan tanah tercemar selama 3 minggu, paras arsenik didapati lebih 50% paras asal.
.
.
Saya dulu tak ambil pusing pun bahan toksin persekitaran ni. Tapi bila tengok ramai anak-anak ada masalah alahan dan alergi, masalah autoimuniti, kanser waktu usia muda..Saya jadi lebih waspada. Bila dapat tahu bab ni, rasa berdosa pulak kalau tak share.
Bab seterusnya saya akan berkongsi bagaimana untuk mengurangkan pendedahan terhadap racun arsenik. Bagi mereka yang pilih juga makan beras perang, tips dan kaedah insha Allah membantu mengurangkan kandungan arsenik dalamnya.
.
Mohon SHARE supaya ahli keluarga dan rakan-rakan kita lebih waspada bahaya toksin persekitaran zaman moden ini.
Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini bermanfaat kepada yang memerlukan.Nauzubillah semoga Allah melindungi kita dan anak-anak kita daripada bahaya bencana penyakit. Ameen.
Sumber : Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan