Jika sebelum ini ibu-ibu akan memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli produk skrub untuk tujuan penjagaan kecantikan kulit wajah dan badan agar lebih bersih dan halus, pujian harus diberikan kepada ibu-ibu yang cukup konsisten menjaga tubuh dari anak dara hingga kini.
Untuk itu, apa kata kali ini ibu-ibu cuba pula dengan menggunakan skrub yang boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan yang sedia ada di dapur.Ini sebagaimana yang telah diamalkan oleh Aya dalam memastikan kulit wajah dan tubuhnya halus mulus dan berseri.
Jom kita cuba, cara jaga kulit yang super jimat ini.
“Jom gaiss try tips ni. Guna barang2 dapur jurrrr. Aya buat pakai hari2. Best giler kulit lepas pakai!”-Aya
Ini kesan yang Aya rasa:
Bahan-bahan:
Segenggam beras ( basuh dulu)
Garam
Barli
Barli banyak sgt khasiat dia. bagus untuk kulit cerah, anjal dan awet muda!
Cara penyediaan :
1) Basuh beras dan kemudian toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering.
2) Dah kering masuk dalam blend kering
3) Blend beras bersama garam sampai halus
* Garam untuk matikan kuman. Hehe nyah nyah jerawat!
4. Ketepikan.
6) Kemudian blend barli sampai halus macam beras.
7) Kemudian campurkan beras + garam + barli yang telah dikisar tadi. Campur semua sampai sekata.
8 ) Dah siap boleh lah pakai dekat kulit muka dan badan.
Tip ketika menggunakan scrub ini
2. Untuk org yang ada jerawat teruk jangan scrub kawasan jerawat. Nanti lagi teruk jerawat. Just tempek je scrub ni kawasan jerawat.
3. Untuk kulit yang xde jerawat boleh gosok slow2 dan manja gittew.
4. Nak biar lama mana pun boleh, nak pakai sampai pagi esok pun tak ada masalah.
Lepas dah cuci rasai la kulit rasa bersih dan licin sangat! Pastu nampak cerah dan berseri.
sumber :Aya Zuki