Kajian di United Kingdom pada tahun 2017 ke atas 2000 ibubapa yang mempunyai anak berusia 4-16 tahun mendapati:
Walaupun ibubapa berada bersama dengan anak selama 8 jam sehari tetapi ibubapa BERCAKAP dengan anak hanya selama 44 minit sehari iaitu kurang dari 10% masa bersama anak.
10 minit sebelum anak ke sekolah
14 minit selepas anak balik dari sekolah
10 minit ketika makan malam
10 minit sebelum tidur (bedtime)
BERCAKAP bagaimana tidak dinyatakan.
———————————–
1) Berapa lamakah kita BERCAKAP dengan anak dalam sehari?
Cuba kira.
Cukupkah?
Wajarkah?
2) Adakah kita bercakap DENGAN anak atau bercakap KEPADA anak?
‘Talk WITH a child’ berbeza dengan ‘talk TO a child’.
3) Adakah kita banyak bercakap perkara positif seperti gurauan, nasihat, kata-kata semangat, pujian, bercerita ataupun percakapan kita dipenuhi teguran, kritikan, sindiran, sarkasm, bebelan dan tengking?
(Ingat lagi 5:1 Magic Ratio yang saya kongsikan?)
Mari kita renung bersama-sama.
sumber: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
“Dulu BFF Kini ‘Fiance’.” Akhiri Teka- Teki, Erni Zakri & Syamel Selamat Bertunang!
Peminat sebelum ini tertanya-tanya akanhubungan penyanyi Ernie Zakri dan pasangan duetnya, Syamel sama ada mereka bercinta atau tidak. namun hari ini segala persoalan ternoktah bila mana mereka selamat mengikat tali pertunangan.
Berita pertunangan tersebut dikongsikan sendiri oleh Syamel menerusi muat naik di Instagram memaparkan beberapa foto sekitar majlis pertunangan bersama Ernie.
Majlis ringkas tetapi meriah hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Berkongsi perasaan selepas bergelar tunangan orang, pemilik nama lengkap Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu bersyukur majlis berlangsung seperti dirancang.
“Alhamdulillah, saya gembira impian mahu menyunting Ernie sebagai bakal isteri akhirnya dimakbulkan. Saya gementar juga apabila mengenangkan alam pertunangan ini banyak dugaan seperti yang sering diperkatakan. Saya akui perkara inilah yang amat ditakuti.
“Namun, insya-Allah, saya dan Ernie akan menjaga diri dan batas pergaulan. Kami takkan berjumpa selalu. Apa yang diharapkan, doa peminat bukan sahaja hubungan ini sampai ke jenjang pelamin, malah kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.
Mengulas tarikh diijabkabulkan, penyanyi yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati dan Kau Pun Sama itu memberitahu, ia belum dibincangkan lagi.
“Untuk majlis pertunangan hari ini, tiada sebarang perbincangan menetapkan tarikh perkahwinan. Ia akan dilakukan kemudian. Bagaimanapun, saya tidak mahu bertunang lama-lama,” katanya.
Pada majlis itu, pihak Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang.
Perkenalan pasangan yang pernah dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-31 itu bermula ketika Syamel dan Ernie menyertai program realiti, Duo Star tiga tahun.
Walaupun kelihatan mesra dan sering digosip bercinta, namun Syamel dan Ernie menyimpan kemas kisah cinta yang sekian lama terjalin.
Bawa Bekal & Teman Suami Makan Dalam Lori, Tindakan Isteri Cantik Ni Raih Pujian Warganet!
Orang tua-tua dulu selalu pesan, nak jaga suami jaga perutnya dulu. Sibuk macam mana pun, kena ada masa untuk sediakan hidangan untuk suami dapat merasa air tangan isteri.
Berkongsi kisah berkenaan menyediakan hidangan untuk suami ini, seorang isteri iaitu Fatiha Mazlan menyedari suaminya sibuk dengan kerja-kerja di luar untuk penghantaran barang hingga kadang-kadang tiada masa untuk dapat makan bersama.
Ekoran itu dia telah mengambil keputusan untuk memberi bekal kepada suaminya agar menikmati hidangan tengah hari dengan menu yang disediakannya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Apa yang menariknya, Fatiha Mazlan berpakat dengan suaminya untuk bertemu di suatu lokasi dan memberikan hidangan untuk dinikmati oleh suami tercinta. Meskipun hanya makan di dalam kenderaan sahaja, namun momen tersebut cukup sweet dan mencuri tumpuan warganet.
Bekal Suami, Makan Dalam Lori
Menerusi rakaman video tersebut yang dikongsikan di TikTok, dapat dilihat betapa teruja si suami melihat kelibat isteri dengan membawa bekal di tangan. Apabila dibuka bekas tersebut, tiga hidangan yang menjadi kegemaran suami disediakan oleh isterinya, iaitu sotong masak cili padi, masak lemak labu, ayam goreng serta ulam timun.
Jelas terpancar kebahagiaan di wajah suami yang dapat merasai keenakan hidangan yang disediakan oleh isteri tercinta. Berkali-kali si suami ini memuji isterinya dan sekali gus jelas dilihat betapa cerianya si isteri bila suami menghargai setiap apa yang dilakukannya itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri ini.
Bagus isteri dia, cantik, pandai masak x memilih pon suami keje apa. Respect awk sis
bukaan stakat untung dpt istri pandai masak. tp beruntung klaau dpt suami yg tak berkira klua duit beli bahan masak
Alhamdulillah kenyang somi awk bnyak pahala awk🥰
Awk mmbuka mata Saya la fatin.. awk cantik.. x kesah pun suami kje biase2 je.. Semoga Saya pun boleh jdik mcam
Geng isteri abang j&t hadir🤣❤️
Alhamdulillah semoga kekal hingga ke jannah amin 🥰🥰🥰🥰🥰🤲🤲🤲🤲
Sumber : TikTok @fatihamazlan1997
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Begini Caranya Nak Pastikan Hubungan Suami Isteri Sentiasa Romantik! Barulah Makin Sayang
Setiap pasangan yang sudah lama berkahwin, pastinya hati mulai terasa bosan dengan pasangan. Namun, kenalah pupuklah kembali rasa kasih sayang itu agar kehangatannya seperti anda baru berkahwin. Ikuti antara tip menjadikan anda pasangan yang kembali romantik!
1. Makan diluar bersama tanpa kehadiran anak-anak
Makan di luar tanpa kehadiran anak-anak akan membuatkan pasangan yang telah lama berkahwin rasa muda kembali. Malah, akan teringat pula masa zaman bercinta dahulu. Rancang satu hari tertentu untuk makan bersama pasangan anda. Tidak perlu ke restoran yang mahal. Cukuplah dengan warung-warung atau restoran makanan segera.
2.Mandi bersama
Jika anda mandi bersama tidak mendatangkan apa-apa manfaat, anda silap. Mandi bersama akan menerbitkan rasa kasih sayang yang sungguh luar biasa antara anda dan pasangan.Jika anda ingin tahu sejauh mana keberkesanan mandi bersama, cubalah hari ini. Ajak pasangan anda mandi bersama. Anda sabunkan dia dan dia pula syampu rambut anda. Cubalah!.
3. Telefon pasangan untuk menyatakan kasih sayang
Anda boleh menelefon pasangan di pejabatnya hanya untuk menyatakan perasaan kasih sayang anda kepadanya. Nyatakan dengan penuh perasaan dan minta dia bereaksi dengan perasaan anda itu.
4. Tolong pasangan mencuci pinggan dan kemas meja makan
Suami boleh membantu isteri mencuci pinggan. Selepas makan, ambil punggan di meja dan nyatakan pada isteri bahawa anda akan membasuh pinggan. Ketahuilah bahawa sikap anda itu akan menerbitkan rasa yang sungguh bermakna di hati isteri.
5. Rasa cemburu perlu ada untuk eratkan kasih sayang
Pasangan suami dan isteri tidak boleh terlalu melepaskan pasangan mereka tanpa ada sedikit rasa cemburu. Cemburu perlu ada. Namun, biarlah ia bertempat. Cemburu sebenarnya boleh mengeratkan kasih sayang jika kena caranya.
6. Serikan katil dengan cadar yang menarik, jambangan bunga dan langsir yang menarik.
Mungkin ramai yang bersetuju bahawa keharmonian hubungan suami dan isteri bermula dari kamar beradunya. Justeru, isteri perlulah bijak menghias bilik tidur. Kamar tidur pasti menjadi lebih menarik jika dihiasi dengan jambangan bunga yang segar dan paduan langsir yang berwarna-warni.
7. Hiasi bilik dengan lilin
Lilin sering dikaitkan dengan suasana yang romantis. Ada pasangan yang sukakan kehangatan lilin menghiasi bilik mereka.
8. Jangan merokok depan pasangan
Jika pasangan tidak suka akan abu asap rokok, jangan merokok di hadapannya atau di dalam rumah. Anda perlu menghormati keselesaannya. Lagipun, bahaya perokok pasif sama dengan bahaya perokok aktif. Tapi jika anda tetap meneruskan tabiat itu, pastikan anda memberus dahulu gigi dan berkumur dengan ubat kumur sebelum bermesra dengan isteri, Takut nanti ada yang pitam tiba-tiba.
9. Tidak bercakap kasar dan keras
Sebagai seorang yang waras dan matang anda tidak wajar bercakap dengan suara yang keras dan kasar. Jika anda marah sekalipun, bawalah bertenang. Bercakap tanpa dikuasai oleh emosi. Baik suami atau isteri, tiada siapa yang gemarkan pasangannya membentak atau menengking.
10. Setiasa berbau wangi ketika bersama pasangan
Jika anda berbau busuk di hadapan pasangan, anda akan dapat melihat reaksinya yang tidak senang dengan anda. Sudah tentu anda rasa malu dengan tegurannya. Jika anda tidak mahu ditegur begitu, maka ubahlah sikap anda. Pakailah haruman apabila berhadapan dengan pasangan.
11. Berpegangan tangan sewaktu berjalan-jalan
Kenapa malu-malu hendak berpegangan tangan dengan suami mahupun isteri jika berada di khalayak ramai? Ambil tangan pasangan anda dan genggamlah dengan erat. Berjalan berpegang tangan akan tambah mengeratkan lagi kasih sayang anda. Percayalah!
sumber: tieyaworld.blogspot.com