Ibu bapa mana tak teruja bila anak kecil-kecil lagi sudah pandai berenang. Kebanyakan ibu bapa muda hari ini, sudah mempunyai kesedaran tentang kelebihan menghantar anak mereka belajar berenang seawal usia bayi lagi.

Pelakon popular Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar tak terkecuali telah menghantar anak sulung mereka, Wan Khair Amir belajar berenang sejak usia lima bulan lagi di sebuah pusat renang terlatih.

“Beraninya Amir Berenang” Comel Betul Gaya Confident Anak Mira Filzah Belajar Berenang

Dalam hantaran di laman Instagram, Mira berkongsi gelagat Amir yang sedang mengikuti kelas renang bersama mama dan papanya.

Dalam kapsyen hantaran tersebut menjelaskan Amir semakin bagus dalam pelajaran kayuh dan tendangan di dalam kolam renang.

Hari ini, saya semakin bagus belajar tendangan dan kayuhan. Yeay! Oh oh saya juga sudah boleh masukkan kepala dalam air sekarang!

“Beraninya Amir Berenang” Comel Betul Gaya Confident Anak Mira Filzah Belajar Berenang

Ads

Wajah comel Amir yang berani dan berkeyakinan semasa belajar berenang membuktikan beberapa tip dikongsi jurulatih berenang yang mengesyorkan ibu bapa untuk mengajar anak berenang seawal usia bawah enam bulan kerana pada usia ini bayi masih mempunyai refleks untuk menutup mulut saat berada di bawah air.

Refleks ini dinamakan sebagai Bradycardic Effect. Akibat refleks ini, bayi akan secara semula jadi menahan nafas dan membuka mata ketika berada di dalam air.

Selain daripada itu ketika usia bayi enam bulan, dia juga sudah ada kemahiran untuk mengangkat kepala.

Antara kebaikan berenang bagi bayi iaitu membantu perkembangan otak mereka kerana berenang merangsang kelima-lima deria (rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan bunyi).

Ads

Tip Ajar Bayi Berenang

1. Mulakan Dengan Tab Mandi

Ini cara mudah untuk membuatkan bayi anda terbiasa dengan air. Duduk sekali dengannya untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.

2.Cari Masa Yang Tepat

Anda boleh mula memperkenalkan bayi anda kepada air seawal mungkin mengikut keselesaan anda, asalkan pusat perutnya atau kemaluannya (jika disunat), telah sembuh. Lebih awal anak anda bermula, lebih selesa dia berada dalam kolam renang.

Ads

3. Periksa Suhu Air

Bayi tidak dapat mengawal suhu badan mereka seperti orang dewasa, jadi suhu kolam yang selesa diperlukan untuk memastikan suhu badan mereka tidak terjejas.

4. Bina Hubungan Dengan Bayi

Anda atau orang dewasa lain harus sentiasa berada dalam air, memegang bayi anda. Bukan sahaja untuk keselamatan, memegang bayi anda secara kulit ke kulit dan berinteraksi dengannya di dalam air akan menguatkan ikatan dengan bayi.

5. Elakkan Pelampung

Pelampung air memberikan rasa selamat yang salah. Selain itu, pelampung juga memastikan bayi dalam kedudukan menegak, sedangkan kedudukan mendatarlah yang lebih baik untuk berenang.

Sumber: Hello Doctor

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI