Berani Betul! Zain Saidin Jual Baju Che Ta RM5 “Bagus Dia Kurangkan Hisab Nanti Jenuh Menjawab”

Share

Dah jadi kebiasaan zaman sekarang ni menjual semula barangan yang terpakai tetapi masih elok dengan harga murah. Bahasa omputehnya, ‘pre-loved’. Kebanyakan pakaian sebegini dijual di bundle atau di kawasan car boot sale atau secara atas talian.

Turut berbuat perkara yang sama dengan membuat kemunculan kelibat aktor kacukan Melayu-Inggeris, Zain Saidin yang juga suami kepada aktres jelita, Rozita Che Wan di car boot sale di Kota Damansara hari ini membuatkan ramai terkejut dan tidak menyangka.

Mana tidaknya, Zain atau nama penuhnya Mohamad Zain Mohd Saidin dilihat menjual dan membuat lelongan semua baju terpakai milik isterinya di hadapan kereta dalam keadaan longgok.

Apa yang membuatkan orang ramai, terutama warganet terkejut adalah aktor berusia 39 tahun itu menjual pada harga yang tidak masuk akal iaitu serendah RM5 sahaja.

Dalam pada itu, video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @fybaharuddin sempat berseloroh dalam coretan kapsyen hantarannya.

“Suami jual baju isteri,”selorohnya berserta emoji ketawa.

@fybaharuddin Suami jual baju isteri🤣 #carboot #preloved #carbootsale #barangpreloved #carbootkotadamansara ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet seakan masih tidak percaya melihat pelakon siri hiburan pendidikan Oh My English! menjual pakaian milik isterinya secara lelong.

Sumber : @fybaharuddin