Setiap keluarga pasti ada keunikan dan tradisi tersendiri. Setiap ahli keluarga yang lahir, pasti akan ditatang bagai minyak yang penuh dan dijaga sehingga manjadi insan yang berguna.
Tidak kisah lelaki atau perempuan, pasti ada keistimewaan tersendiri. Kehadiran mereka pasti mencuit hati.
Namun bagi sebuah keluarga yang tinggal di Michigan, Amerika Syarikat, sejak 138 tahun lalu keluarga mereka tidak pernah mendapat bayi perempuan.
Bukan mereka tidak mahu menerima bayi lelaki namun rezeki tidak berpihak kepada keluarga ini.
Tetapi baru-baru ini, susur galur unik itu telah dipecahkan apabila pasangan Carolyn dan Andrew Clark dikurniakan cahaya mata perempuan pada 17 Mac 2023 yang lalu setelah sekian lama menanti.
Menurut Carolyn, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa keluarga suaminya tidak pernah dikurniakan anak perempuan dalam susur galur keluarga berkenaan sejak 1885.
“Saya bertanyakan ibu bapa Andrew untuk mengesahkan maklumat tersebut dan mereka menjawab bahawa keluarga itu tidak pernah mempunyai waris perempuan.”
Tambah Carolyn, ketika dia dan Andrew berkahwin, mereka pada awalnya menyangka trend itu akan berterusan disebabkan anak sulung mereka ialah seorang lelaki.
Namun pada 2022, ketika hamil sekali lagi, Carolyn diberitahu bahawa mereka akan menimang cahaya mata perempuan.
Kini, pasangan itu gembira kerana berjaya memecahkan trend tersebut dengan kelahiran bayi mereka, Audrey Marie Clark.
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club