Bengkoknya Tulang Rusuk, Bukan Untuk Diluruskan. Fahami Ni Bila Ajar Anak Perempuan!

Share

Jika dilihat  ibu bapa pada masa ini sangat mementingkan pendidikan anak-anak, ianya sangat wajar demi kita memikirkan masa depan anak-anak yang lebih terjamin.

Namun begitu ada sebahagiannya hanya  memberi fokus dan mengambil berat kepada aspek pendidikan akademik semata-mata berbanding pendidikan rohani dan sahsiah diri kepada anak perempuan bermula sejak lahir,
sehingga mereka berumahtangga kelak.

Justeru itu, ayuh difahami cara mendidik anak perempuan sebagaimana perkongsian Dr Taufiq Razif ini.

Didiklah anak perempuan dengan penuh hikmah

1. Anak perempuan asal ciptaannya daripada tulang rusuk yang bengkok

2. Bengkoknya tulang rusuk bukannya untuk diluruskan

3. Bengoknya tulang rusuk kerana struktur bengkok tersebut memberikan ia bentuk yang kukuh untuk menahan tekanan

4. Bengoknya tulang rusuk kerana struktur bengkok tersebut memberikan ia bentuk yang terbaik untuk melindungi jantung, hati dan paru paru di belakangnya

5. Anak perempuan dilahirkan dengan penuh emosi kerana ianya dicipta untuk memberikan perlindungan dan kasih sayang kepada orang di sekelilingnya

6. Janganlah terlalu bertegas andai mereka salah dan tersilap langkah.

7. Jangan terlalu membiarkan mereka bebas hingga hilang pedoman, tarbiah dan panduan kehidupan

Didiklah anak perempuan dengan penuh hikmah. Jika terlalu keras dan terlampau tegas secara keterlaluan, diri mereka akan mudah patah dan tersungkur rebah.

Sumber : Taufik Razif