’Benda Kecil Tapi Sangat Bernilai Bagi Seorang Ibu.’ Renungkan.

Share

Sudah tentu ketika dalam tempoh PKP ini kita rindu kepada ibu ayah dikampung. Ketika ini kita semua tidak dibenarkan keluar rumah melebihi 10KM tanpa alasan munasabah. Jika ingkar akan dikenakan hukuman setimpal lantaran untuk menghalang penularan covid-19.

Jadi ketika ini, renung-renunglah layanan kita terhadap ibu ayah kita sebelum ini. Inilah antara hikmah disebalik wabak virus ini. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi anak yang baik kepada ibu ayah.

Ikuti perkongsiannya ini.

Benda kecil tapi sangat bernilai bagi seorang ibu.

1. Ikhlas mendengar walaupun cerita yang sama diulang-ulang

Menurut Nigel Gopie memori manusia ada dua bahagian iaitu source memory ( contents) dan destination memory ( kepada siapa content itu disampaikan)

Bila menjagkau umur 60 hingga 83 tahun, fungsi destination memory akan berkurangan sebanyak 21 peratus.

Mak baru nak buka mulut kitapun cakap.

” Mak nie.. Tadi dah cakap.. Orang tak nyanyuk la.. “

Harap rasa menyesal.

Kitapun akan lalui fasa yang sama. Kecik hati mak bila anak cakap macam tu. Bukan sengaja, tapi dia lupa dengan siapa dia pernah cerita. Bila mak seronok nak bercerita dengan kita, itu tandanya mak happy kita ada.

Balik kampung jangan terperap dalam bilik. Sibuk melayan phone, game, fb, ig dan sebagainya. Mak kat luar tertunggu-tunggu nak bercakap dengan kita. Selagi masih ada, raikanlah ibu dalam hidup kita. Sabarlah sikit walaupun mak kita tak up to date, duk cerita pasal Covid 19 tak habis-habis.

Sesekali rakam la suara Mak. Bila berjauhan dengarkan selalu, mudahan kita tak lupa Mak walau satu hari.

Syukurlah hari ini masih dapat dengar suara Mak.. Esok belum tentu lagi.

2. Muliakannya di hadapan kawan-kawan kita

Depan kawan sekerja atau sekelas, puji dan hargai ibu kita. Mesti senyumnya tak lekang dari bibir. Bangga sangat ada anak macam kita.

Pandangan kita terbatas sebab tu kita tak nampak nilai sebenar seorang ibu di sisi Allah.

Pintu syurga yang tengah adalah milik seorang ibu.

Rasulullah ﷺ bersabda : “Orang tua adalah pintu surga yg paling tengah, maka jangan sia-siakan pintu itu atau jagalah ia.” (HR. TIRMIDZI)

Jika kita ada cita-cita nak masuk syurga, jagalah hati ibu kerana dialah kuncinya.

Ada seorang sahabat menangis depan saya kerana menjaga ibu yang sakit. Dia rasa terlalu penat dan bebanannya tak tertanggung.

Saya jawab..Bukan senang nak dapat kunci syurga. Manangis tak salah, rasa penatpun tak salah tapi mesti disusuli dengan rasa redha. Barulah usaha kita akan bernilai di sisi Allah SWT.

3. Penuhi permintaannya sebelum terlambat

Orang yang bahagiakan hidup maknya, akan beroleh kemuliaan dari Allah Ta’ala. Hidupnya sukses, perjalanan hidupnya lancar, kerja buatnya jadi berkat dan rezeki yang diperolehi adalah rezeki yang diredhai.

Subhanallah Walhamdulillah..

Maha Suci Allah, segala puji bagiNya.

Cuba tanya Mak, teringin nak makan apa, nak pakai apa, nak pergi mana.

Mulianya ibu seperti gambaran yang telah diberikan oleh Habib Salim Assatiri Syekh yang berasal dari Yaman.

Setiap orang yang datang untuk minta doanya akan ditanya dengan satu soalan.

“Apakah kamu masih memiliki permata (Ibu ) di rumahmu? “

“Tahukah, bahwa doa ibu untukmu, lebih mulia dan makbul dari pada Doa seorang Wali Besar sekalipun ? “

Penuhi permintaan mak.. Allah akan penuhi semua permintaan kita.

4. Call bila mak rindu bukan tunggu kita perlu

Tahu tak bila mak rindukan kita?

Setiap malam mak rindu kita. Terkenang zaman kita kecik-kecik dulu.

Mata bulat kita, body montel kita, suara kita. Kita tak tahu sebab kita lebih fokus kehidupan baru. Mak kuat dan terus bersemangat kerana kenangkan anak-anak masih ada.

Kita call Time ada hajat, nak mintak Mak doa, ada masalah rumahtangga atau nak sampaikan berita. Sebab tu jarang-jarang.

Kalau ikutkan hati, hari-hari Mak nak call kita. Nak tahu khabar berita kita, nak dengar suara kita.

Tidak pernah lupa untuk doakan kita setiap kali solat fardhu.

5. Tolong potong kuku mak

Benda simple tapi paling susah pada Mak kita ialah potong kuku sendiri. Mata tak nampak, tenaga makin kurang.

Ambil kesempatan sementara kita ada dengan mak, tolonglah dia potong kuku, syampu rambut, basuh dan jemur baju, dan sesekali urut mak.

6. Beri duit belanja walaupun Mak hanya simpan atau beli hadiah untuk cucu

Ada seorang ibu terpaksa curi duit anak untuk beli barang keperluan. Nak minta nanti anak cakap ” Mak nak buat apa.. Nanti saya belikan”

Mak nie perempuan. Orang perempuan memang banyak keperluan dan permintaan. Kalau takde duit kat tangan memang kesian. Terpaksa pendam segala keinginan. Dia bukan nak mewah tapi sesekali nak memberi. Nak beli baju untuk cucu atau nak beli sesuatu untuk anak.

Kita beri Mak duit.. Tapi barangnya dapat kat kita.

Tanpa doa dan redha mak, kita tak jadi macam hari ini.

Terima Kasih mak.

Sumber: Aminah Mat Yusoff