Kita sudah maklum bahawa penggunaan gajet memberikan impak kepada perkembangan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan bahawa kekerapan menggunakan gajet boleh memberi kesan negatif pada fungsia otak kanak-kanak. Ia termasuk akan menghadapi masalah seperti kurang tumpuan, masalah kognitif dan gangguan pembelajaran.
Lantaran itu, ibu bapa dinasihatkan untuk melakukan aktiviti seperti bermain, membaca, dan bercakap dengan anak-anak mereka daripada membiarkan mereka bersama gajet.
Begitulah pendekatan yang dilakukan oleh pasangan yang sering menjadi inspirasi oleh warga net dalam mendidik anak-anak. Namun, menyedari keperluan gajet yang kini diperlukan untuk pembelajaran, Isteri kepada Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr Halina.
Beliau telah membuat surat perjanjian buat dua orang anak perempuannya dalam penggunaan gajet.
Perkongsian yang sungguh inspirasi untuk kita teladani dalam mengawal penggunaan gajet kepada anak-anak agar tidak memberi kesan negatif kepada perkembangan anak-anak.
SURAT PERJANJIAN YANG DITANDATANGANI ANAK
Akhirnya anak perempuan kami mendapat ipad mereka sendiri yang mereka telah meminta kami selama bertahun-tahun. Dulu kami tidak melihat keperluan untuk memiliki alat mereka sendiri tetapi sekarang sejak kelas diorg pagi sampai petang, kami bersetuju bahawa akhirnya mereka tiba masanya untuk memilikinya.
Ads
Sukar untuk tidak memberi mereka alat sekarang kerana semua rakan mereka memilikinya. Semua dah pakai telefon pintar .. dan anak perempuan masih menggunakan Nokia.
Memiliki tablet mereka sendiri tidak bermaksud mereka dapat melakukan apa yang mereka inginkan .. ia datang dengan persetujuan. Haha .. masing-masing mempunyai salinan perjanjian ini sendiri, ditandatangani dan dilaminasi. Mereka mesti belajar menepati janji .
KAWAL PENGGUNAAN APLIKASI
Selain itu, saya meletakkan kedua-dua ipad di bawah akaun icloud saya sehingga saya tahu aplikasi apa yang mereka muat turun di app store dan aplikasi youtube mereka dibuka di bawah akaun saya kerana saya dapat mengesan apa sahaja sejarah carian mereka di Youtube dan berdoa untuk yang terbaik.
Ketika berusia 9 tahun, saya masih merupakan tiang polis atau batu seremban dengan rakan-rakan saya tetapi keadaannya sekarang berbeza. Kami tidak dapat membandingkan masa kami dengan masa mereka. Kita sebagai ibu bapa harus menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran pada masa kini dan saya masih belajar juga.
Suami yang begitu sayang dan menghargai isteri akan sentiasa menjaganya walau dimana pun. Waima isteri jatuh atau sebaginya, dirinya tetap peluk dan cium isteri tanda kasih.
Begitu juga dengan perkongsian saudara Muhammad Hassan ini.
Seorang kakak keluar dari klinik. Tiba tiba dia tergelincir jatuh atas anak tangga. Cepat cepat suaminya pergi angkat.
Suaminya periksa kaki,mungkin tidak terseliuh atau luka. Dia bangun berdiri terus peluk isteri. 1 minit juga dia peluk. Lepas tu dia pandang wajah isteri dia dan berkata sesuatu. Saya agak suaminya minta maaf sebab tak jemput dia untuk turun tangga.
Setelah berkata sesuatu diciumnya pula dahi isteri dan terus dipimpinnya tangan dengan penuh erat.
Saya sedang minum di kedai makan bersebelahan klinik tak sedar yang saya sedut limau ais sehingga tertelan biji limau. Inilah kali pertama saya tengok babak romantis sepasang suami isteri.
Teringat pula wife saya pernah tergelincir atas anak tangga dirumah. Tapi saya tak angkat pun hanya bertanya ok atau tidak. Allah… tak romantis betul saya ni. Nanti balik kampung saya nak buatlah macam abang tadi tu buat. Mesti wife saya suka.
Tapi nak tunggu dia tergelincir atas tangga tu macam mana ek.. . Tapi takpalah saya buat buat terlanggar dia time dia dok angkat baju di ampian. Nanti bolehlah saya ikut aksi macam abang tu buat kan kan.
Moral Kat sini. Para suami ini kena beri tumpuan sepenuhnya kepada isteri hatta jika isteri mengadu kena gigit nyamok sekali pun kita kena peka dan buat buat marah kat nyamuk tersebut.
Harap beri perhatian ya para suami jika nak jadi suami romantis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak yang hebat adalah impian setiap ibu bapa. Namun, peranan ibu bapa dalam mendidik anak masa kini amat memcabar. Ini kerana, kadang-kala kita tidak menyedari akan kesilapan dalam mendidik anak-anak.
Memang tidak dinafikan semua inginkan cahayamata yang cemerlang dan memberikan kebanggaan keluarga. Namun, apabila ibu bapa berjaya mendidik anak dengan sempurna, mudah untuk mereka mendengar cakap.
Sebagaimana perkongsian oleh Ibu Rose ini. Begitu bermanfaat untuk dikongsi bersama.
5 CARA DIDIK GENERASI MILLENNIA
1 – BAWA ANAK-ANAK BERMAIN DENGAN AKTIF
Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor.
Lebih baik outdoor.
“BILA MEREKA BERMAIN, MEREKA DAPAT MENGEKSPRESI DIRI MEREKA.
MEREKA BOLEH MENJERIT-JERIT, MELOMPAT DAN BERPELUH”
Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.
Cucu sulung ibu, semasa itu baru berusia 2 tahun suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kaji balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang.
Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.
2 – KURANGKAN GAJET
Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV.
“BILA ANAK-ANAK BERMAIN VIDEO GAMES, MEREKA AKAN MENGALAMI ADRENALIN RUSH”
Bila mereka tidak dapat bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka.
Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu.
“PILIH GAMES YANG BAIK DAN CUBA GAMES ITU DAHULU SEBELUM DIBERI KEPADA ANAK-ANAK KECIL ANDA. JIKA ANDA SENDIRI RASA TAK MENENTU SELEPAS BERMAIN GAMES ITU, APATAH LAGI ANAK-ANAK KECIL”
3 – KURANGKAN GULA
Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak.
“GULA YANG TAK NAMPAK, MAKSUDNYA KITA SENDIRI YANG MEMASUKKAN GULA ITU.
GULA YANG TAK NAMPAK, CONTOHNYA MINUMAN SODA, FAST FOOD DSB”
Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang.
Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging. Tenaga dan ‘state’ kita semasa memasak adalah amat penting kerana itulah tenaga yang sampai kepada anak-anak kita.
Jika keadaan diri kita semasa masak banyak menyumpah-nyumpah, maka ke manalah perginya tenaga negatif itu kecuali keada makanan yang dimasak dan kemudiannya dimasukkan ke dalam badan anak.
Tenaga tidak boleh dimusnahkan atau dicipta. Ia hanya berubah bentuk.
4 – ELAKKAN MENJERIT-JERIT DAN KERAP MARAH-MARAH
Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu.
Contohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb.
“BILA TERLALU SUKA MEMARAHI, MARAH KITA ITU SUDAH TIDAK ADA MAKNANYA.
MALAH IA MENJADI CARA HIDUP YANG ANAK-ANAK AKAN IKUT”
Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu.
Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah.
Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.
5- KAWAL DIRI BILA NAK MARAH
Jika anda nak marah sangat, jika anda sedang berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit sambil memekup muka ke bantal …
atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.
Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apa yang Allah takdirkan pada kita ni ada yang kita tak mampu ubah pun.Kadang pergilah ceramah Dr Fazilah Kamsah bersama suami ke, Ustaz Ebit lew ke kalau tak berubah..tak berubah jugak lah. Communication perbaiki la macamana pun sama saja. Doa sajalah yang kita masih mampu buat sebab hanya Allah saja yang pegang hati manusia kan?
Demikian perkongsian dari ibu bernama Syahirah Omar menerusi laman facebooknya.
Panjang la sikit ni.
Harini masa aku sedang memandu hantar anak-anak pergi sekolah, teringat balik zaman lana luqman kecil dulu. Rutin aku sama saja setiap hari. Setiap pagi berperang nak siapkan anak ke sekolah. Sudahlah lana tu istimewa, memang aku menangis setiap hari sebab penat handle seorang diri. Waktu tu daddy mereka di luar negara( Alhamdulillah semalam akhirnyaaaa balik Malaysia for good dah) balik setiap 3 bulan dan hanya 2 minggu.Hidup aku memang pada mulanya kelam kabut sebab menguruskan anak seorang diri.
Kisah hidup kita tak sama. Ada yang memang direzekikan suami untuk hidup bersama. Ada yang berpisah hidup.Ada yang kematian suami atau isteri.Ada yang berkongsi suami. Ada yang bersuami tetapi kaki PUBG.
Kadang-kadang baca di KRT ke page yang kisah rumahtangga tu memang la kalau korang duduk situ membawang tak jadi kerja. Tapi kalau korang tengok betul-betul, ramai sangat orang kat Malaysia ni berpotensi sakit mental kerana pelbagai tekanan. Ada yang isteri di latih untuk menjadi ibu tunggal sejak mengandung lagi sampai kesudah penat menguruskan keluarga. Suami? Ada la siapkan diri sendiri. Lepak-lepak main PUBG. Macam nak gila si isteri setiap hari.
Tapi kita mampu ubah diri kita untuk sesuaikan diri dengan situasi. Macam aku, sampai sekarang tak selalu pun suami ada sekali atas komitmen kerja dan lain-lain. Jadi selama mereka kecil sampai ke harini aku perlu jadi independent.
Teringat cerita kakak yang hampir langgar kami sefamily waktu pagi tu. Dia penat mental fizikal 4 bulan menguruskan 3 orang anak seorang diri sebab suami tak selalu ada. Tengok dia tu teringat diri sendiri sebenarnya. Sebab tu aku faham sangat apa dia rasa. Aku tahu bukan senang pun nak buat semua tu.
Tapi aku nak kongsikan dengan semua yang sekasut dengan aku ni, tak kira la perempuan atau lelaki. Kalau bab ni kita struggle, memang tak mustahil rumahtangga kita akan kucar kacir kalau emosi kita tak stabil. Silap-silap kita tempik dan belasah anak hari-hari.
Satu yang kita kena faham, anak-anak pun ada emosi mereka. Rindukan ayah atau ibu, kurang kasih sayang, rasa insecure tak disayangi. Sebab tu emosi mereka pun tak ketahuan setiap pagi sebab mereka pun manusia kan?
Orang kata aku sejenis overthinking.Sejenis detaillllll semua benda. Sejenis yang kena PLAN betul-betul. Rilek rilek sudah la? Cuba ikut flow?
Aku memang dilatih untuk menjadi seorang yang detail sejak Lana umur 3 tahun. Sekarang dia 11 tahun. Aku MESTI plan hidup aku dengan baik walaupun memang Allah is the best planner tapi aku perlu atur masa aku supaya everything smooth InsyaAllah. Kalau tak, aku menanggung kesedihan dan kepenatan seorang diri. Tak semua orang direzekikan ada support system yang baik. Kau mungkin ada mak ayah duduk dekat.kau mungkin ada pembantu rumah. Kau mungkin ada jiran baik hati bantu hantar anak sekolah. Betul?
So, untuk kekalkan hidup kau sentiasa positif dari pagi sampai ke malam hari, pertama sekali kau kena
*RANCANG AKTIVITI HARIAN* Aku tak suka benda last minute. Semua ada dalam kalendar hp aku ni. Apa nak buat untuk seminggu aku dah rancang. Rancang bila kau nak kemas rumah, kemas rumah pun kau bahagikan mana yang harian mana mingguan. Kemudian bila kau nak buat laundry, bila kau nak siapkan baju sekolah anak-anak.
Contohnya baju sekolah iron seminggu siap. Setiap malam make sure anak check beg sekolah dieorang. Siapkan bekal anak botol air biskut semua siap-siap. Yang baby pulak baju diaper pun semua siap-siap. *Sebab tu aku tak suka kalau orang datang mengejut. Nak datang cakap awal-awal sebab banyak benda nanti berubah tak seperti yang dirancang.?
*HIDUP TERSUSUN* Bab makan contohnya. Kalau kau larat dan ada rezeki lebih nak makan luar, makan la jika lalu. Macam aku, bila aku terlalu penat aku memang makan kedai. Tapi ada masa aku memang masak je kat rumah. Siapkan pes frozen hujung minggu untuk mudahkan kau. Blend siap bawang cili kering. Ikan sayur pun kau dah asingkan ikut portion sekali masak. Selalunya weekend la kau kena buat semua ni.
Kalau nak keluar sabtu, malam jumaat tu kau dah siap buat laundry baju sekolah anak. Sabtu merambu, ahad iron baju.
*DIDIK ANAK UNTUK BANTU* Ajar dieorang ni dari kecil buat kerja rumah.dari baby besar cinonet mayraa pun kau dah ajar kemas mainan. Lepas makan kutip nasi tumpah. Lepas tu ajar angkat buang sisa dalam tong sampah, ajar basuh pinggan. Baju kotor letak mana, sidai towel lepas mandi.Tempat tidur kemas. Nak ajar ni memang berbuih mulut tapi ajar je setiap hari.Remind je setiap hari. Macam budak-budak ni kalau bilik semak aku memang tanya je ” nak kawan dan tidur dengan tikus ke?” Terus kelam kabut kemas bilik?
Jadikan mereka seorang manusia bertanggungjawabbbb. Apa yang aku buat selalunya,dieorang ni ada kumpul point. Kalau berjaya follow semua rules aku, aku akan bagi reward time weekend. Bawak pegi kedai eco RM2.10 ambil 1 mainan pun dieorang dah happyyyyy terukkk?
Kalau dieorang tak follow rules aku takyah ngamuk. Aku tanya je ” mama rasa macam kena deduct je point lana luqman ni sebab tak sidai towel”.
*BIASAKAN ANAK RASA HIDUP SUSAH* Didik anak supaya dia belajar dari kesusahan. Jangan manjakan anak sentiasa. Biar mereka tahu yang hidup ni Allah akan sentiasa beri ujian. Kalau nak apa-apa minta dari Allah. Kalau sedih nangis istighfar kat Allah. Jangan semua benda anak nak kau bagi. Semua benda kau buatkan untuk dia. Biar dia nangis biar dia rasa dia tak boleh bergantung kat manusia kalau dia nak apa-apa. Actually kalau aku menangis dieoranglah ingatkan aku suruh istighfar sambil tenangkan aku?kau bukan kuat sentiasa kan?
*JAGA EMOSI DIRI DAN ANAK* Emosi kita ni kena cantik. Aku ada share sebelum ni macamana nak kekal positif kan. Emosi kita cantik emosi anak akan cantik. Bila kau stress emosi anak kau huru hara sangat tau? Meragam melekat merengek.
Setiap malam kau peluk anak-anak, cium mereka. Beritahu kau sayang sangat mereka. Beritahu esok semua kena happy dan behave. Baca doa bersama. Kemudian make sure mereka tidur awal jam 9.30 malam supaya tidur mereka cukup. Beritahu mereka esok mereka kena bangun awal solat subuh dan bersiap ke sekolah.
Beritahu mereka siapa siap awal boleh tengok tv kejap 10 minutes tapi sebelum tengok beyblade ke apa ke kau kena dengar surah hafazan berulang kali dulu. Kemudian beritahu tepat jam sekian-sekian kita semua akan turun untuk pergi sekolah. Kau tanam siap-siap dalam kepala mereka.
Kemudian kau tanam pulak dalam kepala kau.
Lepas kau dah maafkan semua orang, kau dah buat list buang semua masalah kau( rujuk post aku yang sebelum ni) kemudian kau imagine diri kau bangun pukul berapa kau nak. Imagine siap-siap kau mood happy, ceria, kau bersiap..anak-anak semua happy. Sekarang ni kau tengah cuba beritahu otak kau begitu sebab InsyaAllah otak kau akan menggerakkan badan kau untuk buat seperti apa yang kau fikir. Sebab tu kena fikir bebaik je. Jangan kau fikir ” yaAllahhh esok pagiii confirmm anak aku ngamukkk”. Ngamuk la jadinya?
And imagine jugaklah kau sabar kalau anak kau meragam. Macam aku..Mayraa tu ada hari berangin taknak pakai kasut lah, taknak stroller lah. Contohnya harini, aku kena dukung dia turun bawah sambil bawa banyak barang? tapi takpelah sebab mood aku stabil aku berjaya control kemarahan tu. Alhamdulillah?
*KURANGKAN SCREEN ( GADGET )* Aku tak tahulah maybe ramai yang tak setuju. tapi gadget ni memang buat jiwa anak aku kacau bilau. Serius cakap, bebudak ni tak main wey hp. Mayraa tu ada kalanya masa driving aku bagi kejap 10 minutes sb dia dah nangis nak menyusu. Sementara aku nak stop ketepi aku bagi.tapi lagi 2 ketul aku memang tak bagi.
Sebab? Dieorang tak focus masa belajar. Dieorang mula bebai bebai bila aku suruh buat kerja. Kepala tu asyik ingat hp je kan? Asyik fikir game jer. So aku memang jaga bab ni sebab kalau dieorang mood tak baik memang habislah kehidupan aku seharian tu sebab marah-marah anak.
Orang kata bagilah sebagai reward, aku rasa banyak lagi benda yang boleh dijadikan reward? Dan untuk diri sendiriii..kalau tengah stress penat kau jangan la asyik mengadap hp. Tu lagi mengundang emosi tak stabilllll?
*SOLAT BERJEMAAH DAN WUJUDKAN ENVIRONMENT MENGINGATI ALLAH* Kalau ada bapak dieorang memang kami ke masjid bersama-sama.Kalau takde aku akan bawa je mereka ke surau rumah ni. Tak hari-hari pun tak apa. Kemudian, aku solat bergilir dengan Lana. Bila aku solat dia jaga Mayraa.
Kat rumah luqman akan jadi imam untuk lana dan mayraa. Aku monitor je mereka solat bersama. Kemudian buat hafazan bersama mereka. Cari satu waktu yang paling sesuai. Kadang-kadang sambil aku iron baju kami buat hafazan bersama.
*BUAT SURPRISE UNTUK ANAK* Sesekali kau buat kejutan kat mereka. Beli la apa yang murah-murah tu. Masuk kereta je bagi kejutan kat mereka.Kau akan ingat selalu muka happy mereka tu tau. Kadang-kadang bagilah masa nak tidur. Tak payah mahal -mahal pun tak apa. Mereka sudahlah kurang kasih sayang, buat la mereka selalu rasa disayangi. Alaa..kadang-kadang petik je bunga lalang tu.anak aku punya seronok tak kira dapat bunga?
*BIASAKAN LETAK ALLAH YANG PERTAMA DALAM SEGALA HAL* Dari pagi lagi kau bagi salam masa kejut mereka. Pagi pastikan mereka solat subuh dulu sebelum ke sekolah. Pagi pastikan mereka baca doa naik kenderaan bersama. Pagi pastikan kau cakap kat mereka..kalau mereka behave dan follow semua cakap cikgu dan mama, Allah, Rasulallah, mama sayang sangat mereka. Buat baik masuk syurga. Kau kena banyak bercakap dengan mereka 2 kali ganda banyakkk sebab mereka hanya bercakap dengan kau saja di rumah.
*RAPATKAN YANG JAUH* Mereka ni bila ada masa aku videocall la supaya mereka cakap dengan daddy mereka.zaman lana luqman kecik dulu kena pakai webcam lagi? kalau bapak dieorang busy, time zone dah tak sama sepasal, anak tidur bapaknya baru petang.. kau pujuk la mereka untuk sembang dengan daddy esok pulak. Beritahu harini ada hal tak dapat elakkan. Mintalah bapak dieorang hantar gambar ke voice msg ke.
Tapi untuk pasangan yang dah meninggal..Allah.. kau peluklah mereka selalu. Aku selalu kuat bila aku fikir yang satu ni. Bila aku nak rebah aku fikir apa la anak-anak aku rasa kalau tak jumpa bapak mereka sampai bila-bila. Yang lalui situasi begini aku nak cakap korang memang sangat hebat.Allah sayang sangat korang. Allah uji sebab korang memang hebat dan sangat kuat?
*RAWAT DIRI SENDIRI* Kau makan la supplement untuk antibodi. Madu ke habatussauda ke terpulang. Ada masa kau pergilah lepak masjid dengar kuliah. Kemudian kau carilah masa untuk kau minum sorang, makan sorang. Kau belilah apa-apa untuk reward diri kau. Kau beli la scrub and lotion.cari masa untuk diri kau sendiri. Serius la wey nak sapu lotion pun tak sempat tau kalau dah semua sendiri. Ada masa kau nak tonyoh daki pun tak sempat? mandilah lama-lama sikit sejukkan diri?
Kau bukak la ceramah kat youtube tu.cuba kau dengar apa-apa yang boleh menaikkan motivasi diri. Carilah ilmu bagaimana nak kawal emosi. Kau kena rajin membaca.
Sesekali kalau boleh kau berjalan la keluarkan peluh.aku tak tahulah bila masa kau nak bersenam.tapi kalau dengan berjalan tu buatkan kau mengeluarkan peluh, kau jalan lah?
Aku harap membantulah apa yang aku share ni. Semua orang buat benda yang sama pun rasanya. Tapi kalau kau rasa kau dah cukup susah, fikirlah insan yang jauh lebihhh susah.
Kalau kau rasa penat diuji ada anak special sorang..kau fikirlah orang lain yang diuji ramai anak istimewa dan ibu tunggal pulak tu?
Kalau kau rasa suami kau sibuk, fikirlah kau masih ada suami banding orang lain.
Apa-apa pun kita saja boleh ubah diri kita.Cara kita berfikir. Sesekali confirmmmm kau terjatuh dan penat terduduk. Sebab kau bukan robot. Tapi bangkitlah demi anak-anak. Seiring dengan motto kehidupan kita, “Kat dunia ni lah tempat kau berpenat lelah. Kat Syurga nanti kau rehatlah sepuasnya.”
Sekian ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.