Dari kecil hinggalah dewasa, kita sering mendengar bahawa jika tidur selepas makan, badan akan menjadi besar. Malah orang yang berbadan besar juga sering dilabel sebagai orang yang sering tidur selepas makan.
Namun yang menjadi tanda tanya kerana ada juga orang yang suka tidur selepas akan tetapi tidak mengalami masalah berat badan. Ada pendapat mengatakan bahawa ini kerana tahap metabolisme setiap orang adalah berbeza.
Tampil meleraikan tanda tanya ini, Dr Ahmad Samhan telah tampil memberikan penjelas di laman twitternya.
‘Normal ke kalau rasa mengantuk selepas makan?’
Bagi yang tertanya-tanya mengenai hal itu, Dr Ahmad Samhan Awang berkata terdapat dua jawapan kepada persoalan tersebut.’
[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam
“Jawapannya, boleh jadi normal dan tak normal,” ciapnya di Twitter sebelum menyenaraikan empat perkara yang dikaitkan dengan situasi itu.
1. Tindak Balas Sistem Pencernaan
Selepas makan, sistem pencernaan memecahkan nutrien dari makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi tenaga.
Tubuh akan melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK).
Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang dan menghasilkan insulin yang akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi tenaga kepada mereka.
Pada masa yang sama, otak mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
2. Jenis Makanan
Makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi dan makanan yang kaya dengan protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, tofu, keju dan kacang soya, mengandungi asid amino tryptophan.
Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin, yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk!
3. Tabiat Tidur
Corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan.
Selepas makan, badan berasa kenyang dan relaks, menjadikan tubuh terasa seperti sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur anda tidak berkualiti pada malam sebelumnya.
4. Tahap Kesihatan
Sekiranya anda sering berasa mengantuk,mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit celiac, anemia, food intolerance, alahan, sleep apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif.
Pesan Dr Ahmad Samhan, mereka yang mengalaminya masalah ini boleh merujuk kepada doktor sekiranya mengalami keadaan itu secara berterusan.
[MESTI BACA]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club