Mulai hari ini, dah ramai mengambil keputusan untuk pulang ke desa untuk menyambut hari raya. Ada yang awal-awal pagi sesudah subuh ‘tayar golek’ pulang ke kampung, malah ada yang selepas waktu berbuka baru nak mulakan perjalanan.
Bagi yang bergerak siang hari, walaupun di hari biasa yang boleh makan dan minum pun boleh mengundang rasa mengantuk untuk sampai ke destinasi. Begitu juga di bulan puasa ini, dah tak boleh makan dan minum, nak berhenti stesen hentian takut lambat pula sampainya.
Jadi, pernah dengar tak tentang apabila bermusafir di bulan Ramadan, ada keringanan diberikan iaitu tidak berpuasa atau berbuka puasa dalam perjalanan, dan wajib digantikan semula di kemudian hari.
Namun begitu, ada sesetengah orang yang keliru sama ada Nabi Muhammad SAW berpuasa atau tidak di bulan Ramadan ketika bermusafir. Bagi menjawab persoalan ini, Mufti Wilayah Persekutuan telah menyediakan penjelasan yang jelas agar kita semua memahami isu ini dengan baik.
Walaupun kita dibenarkan untuk tidak berpuasa ketika bermusafir tetapi ada syaratnya dan boleh jatuh haram jika tidak mengikutnya. Jom ikuti penjelasan Mufti WP seperti dibawah.
Soalan: Benarkah sunnah nabi untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ketika bermusafir?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para keluarga, sahabat, serta golongan yang mengikuti baginda sehingga hari kiamat.
Mukadimah
Kami mukadimahkan jawapan bagi persoalan ini dengan penjelasan seseorang itu bermusafir di Ramadhan dengan musafir yang jauh kira-kira 85 kilometer atau lebih, maka harus baginya untuk berbuka puasa dan ke atasnya qadha’. Ini berdalilkan firman Allah Taala:
Maksudnya: Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain
(Surah al-Baqarah, 2:185)
Disyaratkan hendaklah musafir itu kerana suatu perkara yang mubah, bukan maksiat, atau pun menolong suatu perbuatan maksiat.
Disyaratkan juga hendaklah musafir itu berlaku atau bermula sebelum terbitnya fajar sadiq. Justeru, jika dia berpuasa dalam keadaan bermukim, lalu dia melakukan musafir pada siang harinya, maka haram baginya untuk berbuka kerana telah disyariatkan ke atasnya untuk berpuasa. Puasa baginya adalah amalan ibadah yang tidak boleh dibatalkan. Ini berpandukan firman Allah Taala:
وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Maksudnya: Dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!
(Surah Muhammad, 47:33)
Pengecualian diberikan dalam kes jika seseorang itu berada dalam keadaan darurat untuk berbuka puasa maka boleh dia berbuka kerana darurat maka berbukanya kerana darurat dan bukannya kerana musafir.
Orang yang bemusafir dalam bulan Ramadhan harus untuk berpuasa. Dia diberi pilihan sama ada untuk berpuasa atau berbuka. Ini berdasarkan hadis Aisyah bahawa Hamzah bin Amr al-Aslami bertanya kepada Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Adakah (wajib) aku berpuasa ketika musafir?” – sedangkan dia seorang yang banyak berpuasa. Maka sabda Rasulullah SAW: “Jika engkau mahu engkau boleh berpuasa, jika engkau mahu engkau boleh berbuka.”
Riwayat al-Bukhari (1943)
Namun apabila safarnya itu tidak menyusahkannya maka afdal baginya untuk terus berpuasa. Ini berdalilkan hadis Anas RA yang berkata kepada orang yang bermusafir:
Maksudnya: Jika engkau berbuka maka itu adalah rukhsah daripada Allah, dan jika engkau berpuasa maka itu lebih afdal.”
Riwayat al-Baihaqi (8170) dalam al-Sunan al-Kubra
Ini juga dikuatkan dengan firman Allah:
وَأَن تَصُومُوا خَيْرٌ لَّكُمْ
Maksudnya: Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu
(Surah al-Baqarah, 2:184)
Afdal berpuasa bagi orang seperti ini agar tidak bertangguh puasa kerana lupa atau berlakunya perkara yang tidak dijangka pada waktu-waktu mendatang.
Adapun jika berpuasa itu menyukarkan bagi orang yang bermusafir maka afdal baginya untuk berbuka, berdasarkan hadis daripada Jabir RA bahawa dia berkata yang Rasulullah SAW bertemu seseorang di bawah teduh pohon, dalam riwayat lain, dia sedang disirami air ke atasnya, lalu baginda bertanya orang ramai:
Maksudnya: “Kenapa dengan (sahabat kamu) ini?” Para sahabat menjawab: “Dia berpuasa wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Bukan daripada kebaikan, berpuasa ketika musafir.”
Riwayat al-Bukhari (1946)
Jika seorang yang musafir itu berpuasa, kemudian dia ingin berbuka, dia boleh melakukannya kerana keuzuran itu masih wujud. Begitu juga seperti hal orang yang sakit berpuasa, kemudian dia mahu berbuka, maka dia boleh berbuka, sama ada dengan niat rukhsah atau tidak.
Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/195-196)
Sifat Puasa Nabi SAW Ketika Musafir
Direkodkan juga di dalam kitab-kitab hadis akan sifat puasa Nabi SAW. Antaranya:
Maksudnya: “Kami keluar bersama Nabi SAW dalam salah satu permusafiran baginda, pada suatu hari yang panas, sehingga seorang lelaki meletakkan tangan atas kepalanya dek terlalu panas. Dalam kalangan kami tidak ada seorang pun yang berpuasa melainkan Nabi SAW dan Ibn Rawahah.”
Riwayat Bukhari (1945) dan Muslim (1122)
Anas bin Malik RA pernah ditanya tentang berpuasa ketika safar. Dia menjawab:
Maksudnya: “Kami (para sahabat) bermusafir bersama Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan. Tidak ada seorang pun yang berpuasa berasa aib dengan orang yang berbuka, atau orang yang berbuka berasa aib dengan orang yang berpuasa.”
Maksudnya: “Kami berperang bersama Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan. Sebahagian kami berpuasa dan sebahagian lain berbuka. Orang yang berpuasa tidak melihat keburukan dengan orang yang berbuka, dan tidak pula yang berbuka memandang buruk orang yang berpuasa. Mereka berpandangan siapa yang ada kekuatan silakan berpuasa, dan itu adalah kebaikan. Dan mereka juga berpandangan siapa yang berasa lemah kemudian berbuka dan itu juga kebaikan.”
Maksudnya: “Rasulullah SAW keluar daripada Mekah ke Madinah (ketika peristiwa Fath Makkah) dengan keadaan berpuasa (Ramadhan) sehingga sampai ke kawasan `Usfan. Kemudian baginda meminta air lalu dibawakan air ke hadapan baginda sehingga dapat dilihat oleh orang ramai, lalu baginda berbuka puasa sehingga baginda sampai ke Mekah. Ini berlaku dalam bulan Ramadhan.”
Ibn Abbas berkata lagi: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berpuasa dan juga berbuka. Barangsiapa yang mahu maka dia berbuka, dan barangsiapa yang mahu dia berbuka.”
Riwayat al-Bukhari (1948)
Kesimpulan
Justeru, kami berpendapat bahawa sunnah Rasulullah SAW dalam hal ini bukan satu bentuk sahaja, hukum berpuasa ketika musafir itu memiliki banyak keadaan. Kadang-kadang lebih afdal untuk berpuasa. Ini sesuai dengan kaedah fiqh yang disebut oleh Imam al-Qarafi:
كان ترك الترخص في كثير من العبادات أولى
Maksudnya: “Meninggalkan rukhsah itu dalam banyak jenis ibadat adalah lebih utama.”
Rujuk al-Furuq (1/120)
Terkadang pula lebih afdal untuk berbuka, khususnya dalam kes-kes melibatkan kesusahan dan mudarat. Hal ini kembali kepada matlamat asal rukhsah itu.
Jika bertujuan untuk perkara yang melibatkan maslahah seperti peperangan dan misi kemanusiaan dan dakwah, lalu bertemu dengan kepayahan akibat puasa, maka afdal baginya untuk berbuka agar dia mendapat tenaga dan kekuatan bagi menyelesaika misi yang mulia. Begitu jugalah sebaliknya.
Demikianlah, kita lihat para ulama fiqh begitu teliti menyusun kefahaman daripada hadis-hadis itu sebagai pemudah bagi kita untuk beramal.
Kini memang sukar untuk mendidik anak minat membaca buku-buku. Maklumlah pengaruh gajet kini berleluasa mempengaruhi kanak-kanak jika tidak dikawal.
Oleh itu, amalan sikap suka membaca buku harus diamalkan sejak kecil. Lantaran itu, peranan ibu bapa sangat penting dalam menarik anak untuk membaca dengan bahan bacaan.
Sebagaimana yang dikongsi oleh Pengiat Industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Maryam Thoraya Arifin yang menjelaskan bagaimana tindakan yang sewajarnya ibu bapa lakukan dalam membentuk jiwa anak mencintai buku. Beliau berkongsi tip sharing daripada penulis buku kanak-kanak, Deborah Abela dari Australia mengenai How To Help to Child To Be a Better Reader.
14 tahun berpengalaman menulis buku kanak-kanak, ini saranan beliau agar kita dapat bantu anak CINTA membaca
Semalam, sharing daripada penulis buku kanak-kanak, Deborah Abela dari Australia mengenai How To Help to Child To Be a Better Reader begitu menginspirasikan saya.
Deborah, dari Austalia ni, sudah menulis selama 15 tahun, antara yang share beliau yang sempat saya tulis, mengenai bagaimana kita boleh galakkan anak suka membaca ialah:
1. Great books help you to understand and the help you to feel understood. Buku yang bagus mampu membawa anak menjiwai watak. Kadangkala mampu memahami apa yang anak alami.
2. Enjoying reading to your kids. Baca buku dengan seronok bersama anak-anak akan stimulate mereka turut seronok. Tapi berapa ramai sebenarnya antara kita yang membacakan buku pada anak ? Jangan push mereka membaca, selagi kita belum biasakan membaca buku cerita pada anak tau kawan-kawan. Kesian mereka tiba-tiba berada di alam yang mereka tak faham. Sebab tu perlu biasakan BACAKAN pada mereka dulu log before we teach them to read agar mereka familiar di alam membaca.
3.Make reading a habit . Kita juga biasakan membaca. Habit membaca ni, mengikut percubaan saya, anak akan terasa nak baca buku juga kalau kita baca. Pernah banyak kali saya baca buku untuk diri saya sebelum tidur, dan anak-anak masing-masing ambil buku mereka termasuklah ali yang 2 tahun setengah.
4. Ask your older kids to read to the little ones. Ini satu aktiviti yang amat menyeronokkan ! Cuba ajak anak kita lebih besar, bacakan buku pada si adik, pasti ada keterujaan di situ. Ammar,Raihan , Raudhah cuba buat ini dan si adiknya sangat suka. Siap manja-manja dengan kakak dan abangnya.
5. Let the kids read for interest. Kadang kala memng banyak cerita kita rasa tak best tapi anak memang suka. Silakan, beri peluang dia baca. (Tapi kalau as a muslim, kita tapis jugalah buku tu samada sesuai tak)
6. Books around the home. Pokoknya di mana mana ada buku. Bukan sahaja di mana-mana tetapi senang nak capai dan senang nampak.
7. Encourage a curiosity of story . Ada banyak cara kita boleh engcourage curiosity. Mulakan dengan perbincangan santai tentang gambar!
8. Make author talks. Deborah Abela sejak jadi penulis, memang sudah merata-rata ke sekolah dan berikan talk untuk berkongsi mengenai bukunya. Ada satu cerita beliau semalam, menginspirasikan, tentang bagaimana penglibatan beliau di projek buku dan book fair di sebuah sekolah sukan, membantu menjadikan anak-anak disekolah tersebut lebih beradap. Buku sangat sangat sesuai untuk menanamkan value yang baik pada anak.
9. Write to authors: Boleh buat projek tulis surat kepada penulis buku , bagi cadangan, bagi pandangan mengenai buku.
10. Investigate further. Biasanya disebalik cerita tu, ada banyak maklumat yang best yang boleh kita dan anak explore. Saya sendiri rasa banyak sangat perkara boleh di explore lebih banyak dari satu cerita.
Beliau ada satu kisah peribadi yang pada saya cerita ini mungkin antara salah satu yang menyebabkan beliau sangat bersemangan berkongsi ilmu. Ayah beliau adalah seorang migrant lepas world war 2, yang berasal dari negara nama Molto, pergi ke Australia. Masa pi sana, still ayahnya masih kanak-kanak , cikgu selalu marah ayah dia sebab ayah dia tak pandai English.
Jadi, selalu kene rotan. Ayah dia sampai umur teenage pun tak tahu membaca. Hanya tahu sign-sign yang penting untuk survive di negara orang. Deborah terkejut bila discover yang ayah dia tak tahu membaca pun semasa umur remaja.Deborah, ni terfikir, kalau dulu guru kepada ayah dia boleh highlight kelebihan-kelebihan lain pada ayah dia, which membantu ayah dia discover kelebihan diri, instead of menghukum, pasti ayah dia mungkin lebih banyak membawa manfaat pada ayahnya.
Dan masalah membaca ayahnya, mungkin boleh polish setelah gurunya highlight kelebihan-kelebihan lain ayahnya, setelah tu, bila ayah dia dah nampak kelebihan diri yang lain yang positif. Negara Molta ini sangat hebat dengan hasil bangunan batuan mereka . Kerja tangan mereka sangat hebat.
Apa yang saya dapat belajar disini bahawa, kita sebagai ibu ayah atau pendidik, berperanan sangat besar untuk memberi pengharapan pada anak dan anak didik . Tindakan kita semasa mereka kecil, memberi impak yang besar semasa mereka dewasa kelak. Walau seorang anak itu kita nampak ada masalah, kita bantu mereka lihat dan discover dulu potensi-potensi dan minat mereka kerana ini memotivasikan . Selepas itu , kerja-kerja polish kekurangan mereka akan lebih dimudahkan dengan syarat kita guna approach yang betul dan tidak berkasar.
11. Make the story relevent to them. Anak-anak kalau baca melulu, memang kadang tak faham. Tapi bila kita relatekan dia, faham kan dia, mereka akan nampak apa kene mengena cerita ni dengan diri dia. Kadang mereka belum nampak. Tugas kita sebagai ibu ayah atau pendidik, ialah buka pintu pintu ini. Pintu ini sangat penting untuk membantu anak melihat kelebihan dan peluang yang ada di dunia ini untuk diri mereka yang kadang kala mereka tak sedar .
Contohnya, penulis ni cerita tentang ada seorang banduan yang sangat tallented, bijak dalam organisasi tetapi buta huruf, dipenjarakan kerana banyak membuat kecurian. Banduan ini semasa dipenjara, sangat banyak memberi manfaat kepada management penjara kerana kelebihannya dan kebijakannya. Beliau akhirnya diberi peluang menyambung pelajaran dan akhirnya dilepaskan oleh pihak penjara. Beliau kini membuat gerakan/support group supaya orang yang lepasan penjara supaya tidak lagi dihantar kembali ke penjara. Apa point yang nak disampaikan disini adalah tindakan pihak pegawai pengurusan penjara yang melihat kelebihannya , menyatakan , highlightkan pada beliau yang akhirnya beliau nampak bahawa beliau adalah seorang yang boleh memberi banyak manfaat. Begitu jugalah peranan sebuah buku, agar ia mampu membuka mata seseorang tentang kelebihan dan peluang yang ada.
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak malas, tak mahu buat bantu kerja apatah lagi bersihkan rumah bukan salah mereka. Sebagai mak ayah, kitalah yang patut memberi arahan malah mengajar anak jadi ‘pembersih’ sejak kecil lagi.
Lepas makan terus basuh pinggan. Plastik makanan terus masuk dalam plastik sampah. Semua ini harus diingatkan anak-anak. Bila tidak dipesan atau dididik sejak kecil, semestinya anak tidak tahu.
Gambar tular yang dikongsikan di facebook, Ameera ini benar-benar belaka. Jangan asyik salahkan anak bila keadaan tidak baik dan kotor seperti yang dikongsikan. Kitalah perlu jadi pembimbing, biar anak jadi pembersih.
Ini bukan sebab ada anak ramai, tapi ni sejenis penyakit “pemalas”.
Berhentilah guna alasan anak nak tutup kesalahan sendiri, rumah bersepah guna alasan anak, dinding rumah conteng guna alasan anak, kereta macam tongkang pecah guna alasan anak. Kesian anak asyik dipersalahkan.
Tu sebab kena jadi ‘garang’ supaya anak-anak semua tahu menjaga kebersihan dirumah.
Kelima-lima anak aku semua tahu buat kerja rumah. Dorang tahu dah tanggungjawab masing-masing didalam rumah mahupun di dalam kereta. Dari kecil aku dah melaung, melaung untuk jadi manusia bukan jadi monyet.
Lepas guna kereta ajar anak-anak susun kasut elok-elok, kutip semua plastik jajan ke plastik air ke, buang masuk ke dalam tong sampah, bukan biarkan mereka meninggalkan kereta dan kita pula kena buat semua. Jangan sesekali.
Bila kita gunakan ayat “masih kecil” dalam tak sedar kita manjakan anak-anak menjadi raja dirumah.
Elakkan kalau boleh. Kecil tak kecil. Perempuan ke lelaki ke, sama je.
Aku cukup pantang kalau dah guna kereta biar jadi macam ni. Lepas dah guna cuci, lepas dah guna simpan, lepas dah guna bersihkan semula, jangan ternanti-nanti.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kalau dah nama ibu bapa, pasti semua sanggup berkorban apa saja hatta nyawa sekali pun demi untuk anak yang disayangi.
Demikian juga pada pasangan suami isteri yang mana sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkan anak perempuan mereka dari dijilat api selepas flat kediaman mereka terbakar.
Dalam kejadian yang berlaku di daerah Liwan, Guangzhou itu, suami isteri itu menjadi ‘benteng’ dengan memeluk kanak-kanak berusia empat tahun itu selepas mereka terperangkap di tepi tingkap yang berjeriji besi.
Difahamkan, pasukan bomba Guangzhou dengan kekuatan 16 jentera dan 99 anggota dikejarkan ke lokasi kebakaran untuk menyelamatkan mangsa dengan meletakkan sebuah tangga yang besar untuk sampai ke tingkat lima flat tersebut.
Malangnya, sebaik sahaja anggota bomba berjaya mendapatkan mangsa, mereka mendapati ibu kanak-kanak itu sudah meninggal dunia sementara bapanya kritikal akibat melecur.
Kanak-kanak itu pula selamat dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala.
Menurut pihak bomba, kebakaran bermula di tingkat enam flat tersebut sebelum merebak ke tingkat bawah yang didiami keluarga mangsa.
Sementara itu, saudara mangsa yang dikenali sebagai Zhang berkata, dia bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja mendapat tahu mengenai kebakaran tersebut.
Bagaimanapun, api sudah menjadi terlalu besar menyebabkan usahanya untuk menyelamatkan mangsa gagal dan dia kemudiannya meminta bantuan pihak bomba.
Menurut Zhang, kanak-kanak yang terselamat itu merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, yang mana dua lagi tidak berada di rumah ketika kejadian berlaku.
Berita tersebut membuatkan warganet tersentuh hati dan sebak. Rata-rata memberikan ucapan takziah dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Syakir EhhBesar betulkan kasih sayang mak ayah ni…… tapi lebih besar kasih sayang Allah pada hambanya…
Nor Haidah HaizulAllahu..itulh hakikat kasih seorg ibu ayh kpd ank2 mrk
Rohana TahirPengorbanan ibu dn ayah. Sangup bergadai nyawa ?
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.