Membesarkan anak-anak bukan satu tugas yang mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dilalui. Bohonglah andai dikatakan semua anak baik-baik belaka. Setiap seorang ada pelbagai karenah.
Nampak mungkin mudah, tetapi untuk melaksanakannya itu memerlukan komitmen yang tinggi.Justeru, tugas mendidik ini terletak di bahu si ayah. Dialah orang yang cukup penting yang bertanggung jawab mencorakkan masa depan anak-anak.
Andai si ayah mengabaikan tanggung jawabnya, maka itu memberi kesan kepada tumbesaran anak-anak. Bayangkan jika dalam keluarga hanya ibu yang berfungsi untuk membesarkan anak-anak. Tidak dinafikan mungkin mereka mampu, namun tetap akan terkesan di dalam jiwa anak-anak dengan ketiadaan si ayah.
Saudara Mohd Fhais berkongsi sedikit panduan buat mereka yang bergelar ayah.
9 tanda awal kanak-kanak yang bermasalah.
1 – Mudah Menangis Atau Marah
Sekiranya anak selalu menangis atau kerap kacau anda membuat kerja dengan sengaja itu tanda anak tadi kurang kasih sayang fizikal ( Physical Affection ).
Kalau begini, jangan tunggu lagi terus ambil anak tu peluk erat-erat dan cium dahi dia. Dia sangat perlukannya.
2 – Selalu Cakap Bohong
Jika anak selalu cakap bohong walaupun untuk perkara kecil seperti cakap dah solat tapi sebenarnya belum. Besar kemungkinan anda pernah menegur berlebihan ( overreact ) tentang solat sebelum ni.
Akibatnya anak akan terus berbohong untuk mengelakkan teguran dari anda. Jiwa anak ni sensetif, mereka tak suka di tengking dan di marah. Jadi tegurlah dengan adab ya.
3 – Harga diri yang rendah ( Low Self-Esteem )
Sekiranya anak anda pemalu atau susah nak bergaul dengan rakan sebaya itu tanda dia lemah keyakinan diri dan lemah harga diri. Ini mungkin di sebabkan oleh mak ayah yang suka tolong berlebihan sejak dia kecil. Anak baru nak panjat kerusi, ayah dah angkat naikkan atas kerusi. Macam mana anak nak pandai naik kerusi sendiri?
4 – Tak Boleh Bela Diri Sendiri
Jika anda rasa anak anda tak mampu untuk bela diri sendiri di depan adik beradik atau kawan-kawan, besar kemungkinan kerana anda tak pernah beri peluang pada dia untuk buat keputusan sendiri.
Akhirnya dia hanya ikut sahaja apa yang orang lain putuskan. Hilang ciri-ciri seorang leader kt sini.
5 – Suka Mengambil Barang Orang Lain
Pergi rumah kawan dia ambil mainan kawan dia. Padahal banyak dah mainan anda belikan untuk dia kat rumah. Ini tanda anak anda tidak puas atau suka dengan pemberian anda. Dia mahu buat pilihan sendiri.
Bawa anak sekali membeli belah dan benarkan dia memilih adalah satu aktiviti ikatan ( bonding ) dengan anak.
6 – Anak Terlalu Penakut
Adakah anda rasa anak anda mudah rasa takut? Bunyi guruh dia takut, bila gelap dia takut. Itu tanda anak anda kurang di beri pendedahan. Mungkin dia sudah terbiasa anda melindungi diri dia setiap masa.
Sekali sekala beri anak tengok guruh, duduk dalam gelap supaya mereka tahu bahawa tiada apa yang nak di takutkan.
7 – Kuat Cemburu
Pernah tak terjadi bila anak nampak kawan dia ada bag baru dia minta nak bag, atau nampak anak jiran ada basikal baru dia pun nak basikal baru? Itu tanda sifat cemburu mula terjadi.
Ada kemungkinan besar dulunya mak ayah suka membanding-banding anak dengan kanak-kanak lain. Bila mak ayah suruh anak jadi seperti kanak-kanak itu maka itu la yang dia buat.
8 – Kerap Tantrum
Sekiranya anak anda sentiasa melontarkan tantrum dan marah, ini mungkin kerana mereka tidak merasa cukup di hargai. Mereka jadi pencari perhatian ( Attention Seeking ) yang amat serius.
Mereka tahu bila buat baik mak ayah tak bagi perhatian, tapi bila buat tantrum mesti mak ayah pandang. Mak ayah sekalian, jangan la tunggu anak tantrum baru nak pandang ya.
9 – Tidak Ada Perasaan
Jika anda perasan bahawa anak anda tak peduli bila anda cakap anda sakit atau penat dia masih lagi meminta-minta itu tanda kurangnya empati dalam diri dia.
Boleh nampak kelemahan anak tadi bila dia nak bercakap dengan kawannya. Asyik dia sahaja nak bercakap, tak mahu dengar langsung apa kawan dia cakap. Kemahiran sosial pun secara tak langsung akan jadi lemah. Susah nak dapat kawan yang berkualiti nanti.
9 tanda awal ni boleh diperbaiki lagi, belum terlambat untuk selamatkan anak yang bermasalah. Ubat segala masalah ni ada pada mak ayah iaitu kasih sayang, belas kasihan, displin, ilmu, pelukan dan ciuman.
Selamatkan anak kita!
Mohd Fhais
Anak tak lahir hebat tapi di bentuk jadi hebat oleh mak ayah yang hebat!
Silakan share pada orang lain juga ya supaya mereka pun boleh jadi mak ayah yang hebat.
#notakekeluargaanfhais