
Setiap orang memiliki minat dan hobi masing-masing. Ada yang hobinya memerlukan modal ribuan ringgit, ada juga yang tak perlu keluar belanja mahal.
Biasanya kalau sebut barangan kemas, ia cukup sinonim dengan kaum wanita. Ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan. Namun perkongsian ini agak ‘unik’. Yang suka mengumpul barangan kemas adalah sang suami.
Menurut Noraina Raena, sebelum berkahwin dia langsung tidak berminat dengan emas. Semuanya berubah selepas mendirikan rumah tangga memandangkan suaminya sangat suka dengan emas.
Menerusi perkongsiannya di laman facebook, empat tahun mendirikan rumah tangga, Noraina berjaya mengumpul pelbagai rekaan barangan kemas.
Suami sy kata cukup 1kg stop tau , no more gold transaction ! 🤣🤣🤣 . Storynya kumpul dr hasil perkahwinan dekat 4 tahun . Belom ada rezeki nak dpt baby , tetapi ada rezeki boleh kumpul emas .
Sebelom kawen sis lgsg tak minat dgn emas pon , di sebabkan suami suka dgn emas , so inilah hasilnya ❤️ …
Seronok kan kalau dapat suami yang suka menghadiahkan isteri dengan barangan kemas sepertimana perkongsian ini, tetapi bagi pasangan yang tidak boleh berbuat demikian, jangan cemburu atau kecewa.
Kebahagian dalam rumah tangga bukan terletak pada kemewahan wang ringgit atau emas, sebaliknya bagaimana suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Kalau mampu, bolehlah manjakan pasangan dengan emas kan.
Kredit: Noraina Raena
Kanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip.

“Anak tingkatan pun tak secantik tulisan macam ni,”
“Jelas dan kemas.”
“Darjah tiga, tulisan cantik sangat!,” antara komen warganet setelah melihat hasil perkongsian puan Noor Shahidah Zainuddin , ibu kepada adik Muhammad Hadif Hakim Bin Mohd Jukhairi yang tular dengan tulisan cantiknya.
Tidak sampai 6 jam perkongsian ini telah mendapat lebih 11K like dan 1.6K komen daripada warganet menerusi group TcherCollection – TC.
“Assalamualaikum..Anak sulung saya ni darjah 3 siap kan pdpr subjek BM , dan terus hantar tugasan kat cikgu . Cikgu pun terperanjat tengok tulisan anak Dia saya.hehe Dari dia tadika , sampai skrg darjah 3 tulisan dia memang selalu dapat pujian dari cikgu2 yg mengajar dia.Syukur alhamdulillah.”
Siapa sangka murid darjah 3 ni mampu menulis dengan kemas dan tersusun dengan cantik. Hasil penulisan yang membuatkan ramai yang teruja. Malah ada yang mengakui mengalahkan penulisan pelajar sekolah menengah!
TAK SANGKA TULAR
Menurut puan Noor Shahidah yang dihubungi KELUARGA hari ini menjelaskan, bahawa dia tidak menyangka tulisan anaknya menjadi tular sehingga mendapat pujian ramai. Malah ada yang DM nya di facebook untuk bertanyakan petua dan tips menulis dengan kemas.
Jauh disudut hati Noor Shahidah, melahirkan rasa syukur anaknya mempunyai keistimewan begitu, namun beliau mengakui hanya memberi kata-kata nasihat dan teguran supaya anaknya membaiki tulisan.
“Sejak dahulu lagi sebelum PKP, saya akan sentiasa menyemak homework anak saya. Ketika menyemak latihan anak, ketika itulah saya akan menegur tulisan anak. Saya akan tanya kenapa huruf ‘a’ tak macam ni.
“Saya suruh anak saya Hadif, baiki tulisan. Jika tak cantik saya akan padamkan. Suruh dia tulis semula, Jadi dengan cara ini, untuk mengelak kerjanya dipadam, Hadif akan memastikan tulisan kemas dan cantik. Ok ummi, saya buat cantikkan.’, jelasnya.
Katanya lagi, tidak memegang tangan anaknya untuk betulkan tulisannya tetapi hanya memberitahu tulis dengan kemas dan cantik serta betulkan huruf.
Dalam pada itu, beliau juga sering memberi dorongan dan nasihat kepda anak sulungnya, agar menjadi contoh kepada adiknya, Muhammad Muqri Umar Bin Mohd Jukhairi yang kini darjah 1.
“Saya bagi nasihat kepadanya jadi teladan kepada adik. Juga saya bersyukur Hadif dengar cakap dan tak memberontak seperti baling pencil atau merajuk jika ditegur. Dia akan buat apa yang saya suruh.”
Bukan sahaja memiliki tulisan rumi yang cantik, tulisan jawi dan arab tetap mendapat pujian guru-guru di sekolahnya. Menariknya Hadif merupakan pelajar yang mendapat Anugerah Cemerlang ketika darjah satu dan darjah dua sebagai ikon pelajar di kelasnya.
Murid Sekolah Kebangsaan Dato’Demang Hussin ,Bukit Katil Melaka ini bercita-cita ingin menjadi guru seperti ayahnya, Mohd Jukhairi Bin Md.Said nyata ini mempunyai jati diri yang tinggi.
PENCIL YANG DIGUNAKAN
Ramai warganet bertanya mengenai pencil yang digunakan oleh Hadif. Inilah pencil yang digunakan oleh adik ini.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat ibu bapa untuk mendidik anak. Mana tahu kan bermula tulisan cantik, anak-anak akan lebih berdisplin untuk cemerlang dalam pelajaran.
Mesti baca: Patutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Nasi Goreng Tak Guna Perencah Pun Sedap, Ni Caranya Mak-mak Kita Dulu Buat. Memang Legend!

Dalam banyak-banyak menu sarapan yang mak-mak kita dulu biasa buat, nasi goreng adalah salah satu daripadanya. Boleh dikatakan nasi goreng yang dimasak walau ringkas tanpa menggunakan perencah istimewa tetap sedap dan menyelerakan rasanya.
Bahkan hingga ke hari ini, jika mak dapat sediakan nasi goreng tersebut memang makan tidak pandang kiri dan kanan. Sungguh sedap tidak pandang menu yang lain!
Pun begitu, jika mak jauh di kampung atau ibu sudah tiada lagi dan teringin hendak merasa nasi goreng sebegitu, bolehlah mencuba resipi yang dikonsikan oleh Har Ryea ini agar terubat rindu pada ibu tercinta.
Nasi Goreng Legend
Bila sebut Nasi Goreng Lagend inilah dia, tak perlu susah-susah hendak fikir perencah itu dan ini.
1. Tumbuk sahaja bawang merah, bawang putih, lada kering yang telah direbus sekejap dan ditambah dengan ikan bilis.
2. Kemudian tumbuk sampai macam ini, tidak perlu lumat sangat.
3. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumis bahan-bahan tadi hingga garing. Masukkan garam dan ajinomoto.
4. Pecahkan telur, kemudian ratakan perlahan-lahan.
5. Masukkan nasi dan gaul rata sehingga berwap.
6. Siap. Mudah dan sedap confirm makan bertambah.
Sumber : Har Ryea
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Hidap Tumor Di Kepala & Koma Selepas Pembedahan.” Ibu Ini Bersalin Dalam Keadaan Tidak Sedarkan Diri, Doktor Anggap Bayi ‘Ajaib’

Jika wanita lain bergembira saat mengetahui diri sedang berbadan dua, namun berbeza dengan Kamareeah Arwae, 36. Saat itu, dia disahkan menghidap ketumbuhan tumor dalam kepala disember lalu.
Akibatnya, dia terpaksa melalui proses rawatan termasuk proses imbasan sekali gus memberi kesan kepada janin ketika itu. Namun, tiada apa yang berlaku pada bayi tersebut.
Malah, ia dianggap satu keajaiban oleh pengamal perubatan, bayi perempuan itu pada awalnya dijangka tidak mampu diselamatkan namun ternyata kuasa Tuhan tiada siapa mampu menandingi.
Justeru, seawal usia dua bulan dalam kandungan, bayi perempuan ini hanya bergantung kepada susu yang dimasukkan melalui tiub di leher ibunya.
Suami Kamareeah, Fairol Haziri Rahim, 44, berkata, rawatan berterusan terpaksa dibuat terhadap isterinya yang berada dalam koma selepas kejang dan sawan kerana tumor semakin membesar Disember lalu.
Sebaik dilahirkan menerusi proses pembedahan, bayi pra matang yang diberi nama Farah Hanis Fairol Haziri yang kini berusia 41 hari belum merasa setitik pun susu daripada ibu kandungnya, kerana wanita itu koma sejak tujuh bulan lalu.
“Pada awal usia kandungan, saya sudah mengetahui isteri mengandung dan ketika menerima rawatan, doktor memaklumkan bahawa janin mungkin tidak dapat bertahan.

“Selepas menjalani dua pembedahan termasuk membuang tempurung kepala, isteri dibenarkan pulang dan dalam tempoh itu kandungannya masih tiada tanda negatif.
“Sehingga usia kandungan 33 minggu, dia semakin membesar dengan normal dan pembentukan sifat yang sempurna sekaligus menimbulkan rasa tidak percaya di kalangan pegawai perubatan dan mereka mengambil keputusan untuk melahirkan anak kami melalui pembedahan.
“Bayi perempuan pra matang kami ini menghadapi sedikit komplikasi ketika proses kelahiran dan ditahan di wad kira-kira tiga minggu sebelum dibenarkan pulang,” katanya yang sebelum ini menguruskan kedai makan sebelum premis itu ditutup selepas kejadian yang menimpa isterinya.
Farah Hanis sempat diberikan susu ibu oleh seorang ibu tumpang (susuan) selama dua minggu dan kini bayi ajaib itu bergantung kepada susu formula khas untuk bayi pra matang.
Selain Farah Hanis, pasangan itu mempunyai seorang lagi anak, Farras Hazim, 19 bulan, dan menurut Fairol Haziri, sebelum isterinya koma, anak sulung mereka masih menyusu badan.
“Selepas isteri koma, Farras terus terputus susu ibu dan dia juga enggan minum susu formula kerana sebelum ini dia memang menyusu badan sepenuhnya… mungkin ia berlaku dengan mengejut menyebabkan dia tidak mahukan susu formula,” katanya yang kini tidak bekerja dan hanya mengharapkan ihsan orang ramai serta beberapa pihak bagi pembelian susu khas dan lampin pakai buang isterinya.
Fairol Haziri berkata, mereka ada menerima bantuan kewangan dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan bantuan bulanan sebanyak RM200 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedikit sebanyak meringankan bebannya.
Kepada yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Fairol Haziri iaitu 0300141000081183.
Sumber: Harian Metro