Belum reda isu kenaikan dan kekurangan bekalan ayam di Malaysia, kini timbul pula masalah bekalan ikan yang dilaporkan turut berkurangan sekaligus berlaku kenaikan harga.
Menerusi laporan yang dibuat myMetro, kenaikan harga sebanyak 20% di Kelantan disebabkan nelayan di negeri itu tidak dapat turun ke laut berikutan keadaan cuaca buruk sejak seminggu lalu.
Keadaan itu membahayakan nyawa nelayan sekali gus menyebabkan mereka tidak boleh menjalankan aktiviti menangkap ikan di laut.
Harga ikan dilaporkan telah naik mendadak dengan selayang kecil berharga RM12 sekilogram berbanding RM8 sekilogram sebelum ini dan kerisi sebanyak RM16 sekilogram berbanding RM10 sekilogram sebelum ini.
Manakala Sinar Harian pula melaporkan, di Johor, bekalan ikan dan hidupan laut berkurangan sebanyak 50% berbanding sebelum ini menyebabkan harganya meningkat sekitar RM1 sehingga RM4 sekilogram.
Ads
Hal ini berlaku disebabkan faktor cuaca selain kos pengangkutan yang semakin mahal.
Ikan kembung, cencaru dan selar kuning mengalami masalah kekurangan bekalan yang ketara dan kini kebanyakannya hanya boleh diperolehi dari pembekal di Perak.
Ads
Sebelum ini, kembung dijual pada harga RM14 hingga RM16 sekilogram namun telah mula meningkat dan dijual antara RM18 hingga RM20 sekilogram.
Ikan selayang pula sekarang RM15.50 sekilogram berbanding hanya RM11 manakala cencaru pula naik ke RM11 berbanding hanya antara RM8 hingga RM9 sekilogram.
Umum mengetahui, Noh Hujan dan Misz Nina merupakan antara figura selebriti yang cukup dikenali dan dihormati. Pasangan romantis ini cukup bersederhana dalam segala aspek. Rupanya, ceritera cinta mereka mempunyai kisahnya yang tersendiri, sebelum membuat keputusan untuk meneruskan ikatan suci perkahwinan.
Ternyata, isteri adalah cerminan seorang suami. Perubahan ketara Misz Nina pada hari ini, ternyata hasil bimbingan dan didikan berhikmah seorang suami yang wajar dijadikan ikutan buat pasangan suami isteri yang lain.
Berikut merupakan perkongisan daripada Noh Hujan dalam satu slot motivasi:
“Saya tak berpeluang belajar di IPTA, tamat SPM saya memilih untuk cebur bidang nyanyian. Rezeki ikut musim ada permintaan, ada duit ada hari hanya makan nasi lemak pagi, tengahari dan malam berpuasa. Pernah pinangan ditolak sebab tiada duit.
Kemudian saya niat dalam hati,
“Ya Allah, aku tak kutip harta yang haram, aku nyanyi sekadar untuk cari rezeki halal, aku tidak buat benda-benda haram, mudahkanlah urusan aku”
Kemudian Allah buka pintu rezeki, masih merangkak kemudian saya berjumpa Misz Nina, saya pinang dia. Alhamdulillah, dia tak tolak padahal dia orang hebat, anak orang hebat. Dalam poket hanya ada RM8 ribu genap. Saya ulang, RM8 ribu genap sahaja dalam akaun untuk menikah.
Saya katakan pada Nina;
“Girl, if you want to marry me, i’m nothing… I have nothing. I could not promise wealth, but if you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, Insyaallah I’m able to do it” dan Nina terima.
Sekarang Alhamdulillah, dari niat yang baik dan niat Nina yang baik, menikah dengan saya hanya untuk kenal Allah, Nina berubah. Berhijab, sudah tidak make up, bajunya semua besar-besar, dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian.
Semuanya, LILLAHI TA’ALA. So ladies, if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him, he guides you to practise islam, do not let him go, marry him.
– Noh Hujan
Sumber: FB @Azfar Mohd
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan tidak semua berpeluang untuk bercuti bagi meraikan Hari Raya bersama keluarga. Ada yang terpaksa bekerja atas dasar menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.
Ini sebagai mana sedikit pengalaman yang pernah dilalui oleh pasangan doktor muda ini iaitu Dr. Sophia Yuhanis, 32 tahun bersama suaminya Dr. Mohd Rais Mokhtar @ Roselly,32 tahun.
“Menyingkap pengalaman dalam bidang perubatan sebelum ini, boleh dikatakan pengalaman kami tidaklah sehebat doktor-doktor pakar di luar sana yang telah lama berkhidmat dengan hospital kerajaan.
“Pada awal pembabitan dalam bidang ini, saya dan suami terlebih dulu menjalani latihan sebagai ‘houseman’ di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Ampang selam dua tahun.
“Selepas itu saya menyambung tugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Dungun, Terengganu dan menjawat jawatan sebagai doktor bius di Hospital Sungai Buloh dan suami pula doktor di bahagian wad perubatan dalaman.
“Ketika bertugas di Hospital Sungai Buloh adalah paling mencabar. Jumlah pesakit jauh lebih ramai berbanding hospital yang saya pernah berkhidmat sebelum ini. Apabila hospital sentiasa penuh, sudah pasti warga kerja termasuk doktor, jururawat medical asistant, pembantu am, kerani, pengawal keselamatan sentiasa silih berganti secara 24 jam bekerja. Kami bekerja tanpa mengira waktu siang ataupun malam malah hujung minggu pun kena bertugas.
“Dan saya ingat lagi ketika di Hospital Dungun, saya kena berkhidmat di Hari Raya. Walaupun beraya di hospital bersama pesakit, kami tetap juga meraikan Lebaran seadanya dengan membawa hidangan seperti ketupat, lemang dan kuih muih di tempat kerja,” terang Dr Sophia yang juga ibu kepada 3 cahaya mata ini dengan tenang.
Turut diakui oleh suami yang ada di sisi sambil menambah bicara, “ Apatah lagi bila menyentuh bab cuti Raya, ada sistem giliran. Jika tahun ni dapat cuti, tahun hadapan tak dapatlah. Makna cuti Raya bagi doktor bukannya cuti panjang hingga seminggu lamanya, sekadar sehari dua sahaja.
“Kena bertugas oncall ketika Raya pun adalah perkara biasa yang dilalui oleh sesiapa pun bergelar doktor. Anak-anak dan ahli keluarga harus faham dengan tuntutan kerja sepertinya ini. Jika bertugas oncall maka saya atau isteri tidak dapat turut serta bersama sanak saudara untuk melakukan amalan ziarah di Hari Raya,” ujar Dr. Mohd Rais graduan dalam bidang perubatan di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUMCS) dengan jujur.
Berbicara tentang persiapan raya tahun ini, bagi pasangan doktor ini juga tidak jauh bezanya. Tetap memilih untuk bergaya sedondon.
“ Saban tahun bila tibanya raya, boleh dikatakan sayalah yang akan menentukan tema warna untuk digayakan pada tahun tersebut. Daripada pakaian anak hinggalah saya dan suami, semua saya uruskan. Alhamdulillah suami bukanlah jenis memilih dalam bab warna dan fesyen, jadi memudahkan saya untuk buat perancangan. Apa yang suami tahu semuanya sudah ready.
“Pada tahun ini kemeriahan merai lebaran lebih teruja kami rasakan apabila anak-anak semakin pandai bergaya. Puteri sulung Zara Humaira, 5, Sara Raissa, 2 dan Lara Yasmeen, 8 bulan seakan tidak sabar untuk menggayakan enam pasang baju raya yang disediakan bagi menceriakan raya tahun ini,” ujar Dr.Sophia lagi sambil tersenyum manis.
Beralih tumpuan
Tempoh pengajian yang panjang, persekitaran kerja yang mencabar dan penuh tekanan membuatkan kerjaya doktor memerlukan banyak pengorbanan. Bukan sahaja tenaga malah masa bersama keluarga dan anak-anak.
Ini adalah persepsi biasa yang wujud di kalangan kita apabila bercakap mengenai kerjaya sebagai seorang doktor. Pun begitu, setelah bergelumang dengan cabaran siapa sangka kini kedua-duanya berjaya menjadi pengasas Klinik Dr Sophia Y di Desa Alam, Shah Alam.
“Saya akui, pilihan untuk menjadi doktor kecantikan sudah tertanam sejak kecil lagi di dalam hati saya. Alhamdulillah ibu, Raja Ruziah menyokong pilihan saya sejak belajar di dalam bidang perubatan lagi hingga kini,’ jelasnya lagi.
Manakala diajukan persoalan impian dan harapan Dr. Mohd Rais, lain pula sasarannya.
“Jujur saya akui, setelah adanya klinik sendiri masa lebih banyak bersama keluarga. Dan ini sangat-sangat berbeza keadaannya sebelum itu. Pun begitu, minat yang mendalam dalam bidang perubatan mendorong saya untuk menyambung pelajaran untuk bergelar doktor pakar,” ujarnya lagi dengan penuh bersemangat di akhir perbualan.
Sumber : Majalah Keluarga Isu Jun 2018.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Insiden menyayat hati di mana kanak-kanak dilanggar van sekolah sehingga mengakibatkan kematian baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.
Kecuaian pihak pemandu van menyebabkan ramai melahirkan rasa tidak puas hati dan meminta pihak berkuasa melakulan sesuatu bagi mengelak kejadian sebegini berulang lagi.
Titik buta adalah salah satu punca kemalangan jalan raya berlaku. Setiap kenderaan mempunyai titik buta tersendiri. Semakin besar saiz sesebuah kenderaan, maka makin luas kawasan titik buta atau blind spot ini.
Sangat penting peranan ibu bapa penting bagi menerangkan kepada anak-anak supaya lebih berhati-hati apabila berada berdekatan dengan sesebuah kenderaan.
Justeru, Public Health Malaysia (PHM) menerusi Facebooknya berkongsi keadaan zon bahaya van atau bas sekolah yang patut diketahui anak-anak.
Jarak 10 kaki dari kenderaan adalah zon bahaya terutamanya kawasan titik buta (zon merah) iaitu di hadapan dan sisi belakang kenderaan.
Perkara ini bukan sahaja penting untuk ibu bapa tahu, tapi paling penting kena beritahu dan pesan pada anak 🙏🏻.
Jarak 10 kaki dari kenderaan adalah zon bahaya terutamanya di kawasan titik buta (zon merah)iaitu di hadapan kenderaan dan sisi belakang.
Selepas kenderaan berhenti, lihat kiri dan kanan dan terus keluar dari zon bahaya (lihat zon hijau). Sama juga ketika hendak naik bas/ van.
Ingatkan anak anak untuk elak dari mengutip barang yang terjatuh. Apabila mereka tunduk mengutip barang, pemandu tidak akan nampak langsung.
Peranan pemandu juga penting. Ingat, ada puluhan nyawa anak anak kecil dibawah tanggungjawab anda.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.