Belum Ada Bajet Buat Kabinet Dapur, Gunakan Teknik Pasang Langsir Begini. Mudah & Nampak Kemas!

Share

Memiliki ruang dapur yang praktikal dan lengkap dengan kabinet dapur tentu sahaja memberi rasa kepuasan buat seorang isteri. Apabila ruangan dapur nampak sempurna, memasak pun lebih rasa seronok dan pastinya ruangan penyimpanan pinggan mangkuk lebih tersusun rapi di dalam kabinet. Sedap mata memandang, tidaklah berserabot!

Namun tidak dinafikan untuk menyiapkan kabinet dapur yang sempurna memerlukan bajet yang besar. Disebabkan ada kekangan bajet, biasanya ada yang merancang untuk membina table top sahaja sebagai memenuhi keperluan di ruangan dapur.

Jika itu penyelesaian yang dibuat untuk ruangan dapur, usah kecewa. Anda boleh lakukan cara ini untuk menampakkan table top tersebut nampak sempurna dan barangan yang tersusun di bawahnya tidak terlihat.

Caranya seperti mana  yang dikongsikan oleh  Syuki Cuki ini. Cukup praktikal dan bajet pun tidak mahal mana. Selamat mencuba!


DIY Langsir Tabletop

Buat masa sekarang, tak mampu lagi nak buat pintu kabinet. Hanya ada table top je, kalau nak letak barang bawah table top tanpa ditutup memang akan nampak bersepah kan. So, saya buat langsir untuk table top.

Step untuk Langsir Tabletop:

1: UKUR! First step kena ukur dulu berapa ketinggian dan panjang table top. Sebelom pergi kedai kain, pastikan dah ada ukuran. Kalau nak buat langsir jenis ropol-ropol,lebihkan sikit panjang kain, jangan beli ngam-ngam soi! Tapi kalau nak buat langsir yang straight je, boleh beli kain ngam-ngam.

2: TENTUKAN MATERIAL! Kain boleh pilih nak jenis yang mcm mana. Cth: kain jenis jersey,kain langsir blackout,kain cotton n etc. Bergantung pada minat masing-masing. Kalau nak langsir yang jenis flowy/nampak beralun cari kain yang lembut. Kalau sis boleh jahit sendiri,jahit je sendiri,jimat! Kalau tak mampu,upah je tukang jahit.

3: VELCRO TAPE! Barang seterusnya yang diperlukan ialah velcro tape (refer gambar). Velcro tape ada dua side,satu side kasar,satu lagi side lembut. Yang kasar kena gam/tampal kat table top. Yang lembut,jahit pada kain. Mana nak dapatkan velcro tape?? Uolsss boleh beli kat kedai-kedai alat jahitan,kedai barang pengantin,nagoya dan lain lain. Saya beli kat nagoya. Harga 1 meter Rm2.50 je,murah kan? Beli ikut ukuran table top rumah uollss ye..dan lagi satu tape ni ada banyak saiz, ada yang kecik dan ada yang besar. Pilih ikut kesesuaian,jangan kecik sangat,takut tak  kuat nak tampal pada kain nanti.

4: GAM DUNLOP! Barang seterus nya ialah gam untuk lekatkan tape velcro yang kasar tu pada table top. Ada orang guna double tape,tapi saya suggest better guna gam Dunlop. InshaAllah boleh menampung berat kain. Tak de lah nanti pakai sekejap,dah jatuh langsir tu ? gam ni boleh beli kt kedai hardware. Contoh gambar kat bawah k!

5: Bila da lekatkan bahagian tape velcro yang kasar tu,pastikan gam tu da kering dulu. Tekan-tekan siket dengan benda yang berat supaya tape tu betol-betul lekat. Dah lekat dan gam betul-betul kering,ambil kain langsir yang dah ditampal tape velcro side lembut/berbulu tu lekatkan pada table top.

 

Dah SIAP!!!

Mudah kan? Kalau nk letak renda2,riben,lace pon boleh. Ikut ats kreativiti ye. Kalau ada yang tak paham comment je di bawah. InshaAllah saya akan cuba membantu dan selamat mencuba guysss.

sumber : Syuki Cuki

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club