
Dah menjadi kebiasaan buat orang ramai memberi kejutan atau meluahkan bait-bait indah buat yang tersayang terutamanya ketika pada hari-hari penting seperti ulangtahun perkahwinan atau ulangtahun kelahiran.
Hari ini, isteri kepada Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, iaitu Datin Dr Halina Mohd Yunos ada memuat naik perkongsian istimewa sempena hari kelahiran anak sulung mereka, Sophea Isabella yang ke 12.
Perkongsian yang memaparkan wajah Dr Halina dan puteri sulungnya itu menjadi perhatian orang ramai lebih-lebih lagi setelah membaca kapsyen yang ditulis oleh Dr Halina tentang permintaan Bella yang mengajaknya ke Sephora sebagai hadiah hari jadinya itu.
My firstborn turns 12 ystrdy…
I asked her what she wants for her birthday… dia kata dia nak ajak I pegi Sephora 😅 like mother like daughter! Hahaha….
Happy birthday B! Mommy loves you… 😘
Dalam pada itu, Dr Sheikh Muszaphar juga tidak lepaskan peluang turut memuat naik perkongsian di laman Instagramnya tentang puteri sulung mereka itu dengan menulis kata-kata indah buat Bella yang bukan sahaja anak pertama bagi mereka, tetapi seorang kakak sulung yang sangat bertanggungjawab dan menjadi contoh buat adik beradiknya yang lain.
Meninjau di ruangan komen kedua-dua perkongsian ini, rata-rata turut mengucapkan hari lahir buat Bella dan mendoakan yang terbaik buatnya. Malah, ada juga yang tidak menyangka secepat ini Bella membesar sampai dah jadi anak dara.
Sumber : Instagram Dr Halina & Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Hairul Azreen Umum Berhenti Berlakon, Pilih Untuk Fokus Masa Bersama Keluarga!

Hairul Azreen hari ini membuat pengumuman yang terbesar dalam hidupnya iaitu berundur daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada keluarga dan perniagaan.
Hairul membuat pengumuman itu ketika menjadi tetamu undangan segmen 3Pagi Era, radio Era yang dikendalikan Azad Jasmin, Radin serta dua penyampai jemputan Linda Onn dan Halim Othman, secara langsung, pagi tadi.
Mendengar pengakuan Hairul itu, penyampai radio Era berkali-kali bertanya adakah dia sudah membuat keputusan muktamad apatah lagi filem baharunya, Malbatt: Misi Bakara sedang dipromosikan.
“Saya hendak umumkan mahu berhenti berlakon sebab saya sudah buat semua perkara. Saya bermula sebagai ‘stuntman’ (pelakon lagak ngeri). Saya sudah jadi pelakon filem dan Allah makbulkan saya jadi hero filem aksi.
“Filem saya Paskal membuatkan orang hendak jadi anggota tentera. Filem Malbatt: Misi Bakara adalah penampilan terakhir saya sebagai anggota tentera. Saya rasa Allah dah bagi saya macam-macam melainkan saya jadi orang yang tidak reti bersyukur,” katanya.
Selain berlakon, tambah Hairul, dia pernah melakukan kerja belakang tabir, menjadi pelabur, pengarah dan penerbit.
Hairul berkata, dia sudah berbincang dengan isteri yang juga pempengaruh dan pelakon, Hanis Zalikha, mengenai keputusan itu.
Tambah Hairul, dia mahu berhenti berlakon kerana tidak mahu terlepas peluang melihat dua cahaya mata Yusuf Iskandar berusia enam tahun dan Alisa Aisyah, tiga tahun, membesar.
“Ada orang tidak sempat tengok ibu bapa kerana sibuk dengan kerja. Ada orang tidak sempat tengok anak-anak membesar. Alhamdulillah, emak saya masih Ada. Saya pernah tengok Radin cerita mengenai kehilangan ibunya.
“Saya buat kajian untuk diri dan keluarga. Macam saya, bila buat filem perlukan enam bulan untuk buat badan. Seminggu enam kali, pagi, petang dan malam, tahu-tahu anak dah besar dan pergi sekolah.
“Saya tak sempat buat semua itu. Jadi, saya fikir cukuplah apa yang saya dapat selama ini. Jadi, selepas ini, saya mahu fokus kepada perniagaan.
“Tetapi saya masih aktif di media sosial seperti di TikTok dan Instagram (IG) cuma saya takkan berlakon lagi,” katanya.
Mahu meninggalkan pentas seni dengan cara bermaruah menyebabkan Hairul sentiasa memberi yang terbaik untuk setiap naskah dilakonkan. Hairul mahu penonton menghargai pengorbanannya sebagai pelakon.
“Saya buat yang terbaik untuk semua filem aksi yang saya jayakan. Biar orang Malaysia dan dunia nampak dan hargai pelakon kita. Macam mana susah senang kami sebagai pelakon, sehingga patah-patah (anggota badan).
“Sama juga untuk filem berunsur ketenteraan. Saya harap orang Malaysia bangga dengan tentera Malaysia, walaupun jika suatu hari nanti, saya sudah tidak ada lagi,” katanya yang akan muncul dengan filem terakhir iaitu The Original Gangster arahan Syamsul Yusof.
Sumber : Instagram era.je
Ini Ujiannya Jika Beranak Ramai, Jangan Buat Main-Main Ye. Surirumah Ini Kongsi Cerita Anak Sembilan

Bila ada anak ramai tentu pelbagai cabaran nak membesarkan anak-anak ni. Jangan buat main-main ye sebab bukan semua ujian ni Allah bagi pada hambanya. Hebatkan mereka yang terpilih ni.
Ikuti perkongsian ibu beranak sembilan ni di laman facebooknya Juriah Halimatun Ahmad.
………………………………………………………………
Selalu mama fatim perhati, almost setiap kali pergi ke restoren menjamu selera bersama 9 anak-anak dan satu suami tu, mesti ada mata-mata yang melirik- lirik mengira jumlah budak-budak ni..
Apa? Tak pernah tengok orang beranak ramai ke? Tak pun pelik sebab tengok mummynya ni dan ayahnya muda kot? Kahkahkah!
Alhamdulillah, bukan senang ada anak ramai-ramai oii.. Tapi Allah dah bagi kami begitu. Ujian kami begitu bentuknya. Sungguh, memang mama fatim tak terjangka pun ada anak seramai ini masa baru kahwin.
Anak-anak kami bukannya setahun satu, tapi ada juga yang awal tahun contohnya Januari 2003, kemudian keluar adik nya November 2004. Ada yang Februari 2007, kemudian hujung November 2008. Tapi secara puratanya dalam 2-3 tahun selang.
Terus terang mama fatim cakap, bukan senang ada anak ramai. Kena ada persediaan mental dan fizikal. Bukan duit semata-mata, tapi hati dan perasaan pun kena kuat. Bila setiap anak lahir, mulalah tak tidur malam, anak-anak nak berkepit 24 jam. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan pun tak kenyang ye. Ingat tu!
Dah start sekolah dan mula remaja, lain pulak cerita nya.
SUAMI TURUT BANTU URUSKAN ANAK
Memang setiap anak-anak tu ada rezekinya masing-masing, tapi kena ingat, kita lah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Sebab itu amanah Allah tau! Banyak sangat tanggungjawabnya. Nanti kalau kena tanya kat akhirat esok, mama fatim tak tau.. Haha.
Alhamdulillah, dah beranak 9 ni, mama fatim ada bagitahu pada suami, sebenarnya dia sangat ok, suami yang bertanggungjawab, makan minum jaga, anak jaga sama-sama, register pindah sekolah, atau nak bersekolah, dia yang register, malam pun bangun juga buatkan susu, basuh berak anak, mandikan anak, anak buat perangai dia pun jaga sama, malahan setiap kali bersalin pun sama-sama duduk dalam bilik bersalin, tak tidur malam juga tunggu mama fatim nak bersalin, malahan 8 daripada anak-anak mama fatim ni lahir di hospital swasta. Anak-anak pun setakat ni alhamdulillah, kami jaga sedaya upaya. Tak kisah lah upah bibik atau hantar taska. Bila macam tu, ok lah kan, mama fatim beranak ramai?
BERHENTI KERJA
Dulu, mama fatim makan gaji, mama fatim berhenti bila anak masuk 5 orang. Sekarang ni kerja sendiri dengan masa yang lebih flexible, supaya pada masa yang sama, dapat juga tengok-tengok kan anak-anak tu. Dan pada yang sama, ada la juga elaun jadi suri rumah ni. Dan mama fatim tak sabar ni nak tunggu kwsp untuk suri rumah pulak ni. Bila la yek. Hahaha ! Jadi, ok lah kan beranak ramai pun. Jaga anak pun sama-sama.
Tapi mama fatim bagitahu dia juga, kalau lah anak-anak ni mama fatim yang jaga semua, siang malam mama yang buat, malam tak lena tidur, siang lagi asyik menempel si baby nya, klinik pun kita yang nak hantar cucuk, makan minum pun cukup-cukup aje, perangai anak pun kita yang nak jaga, sampai satu peringkat kita minta emak ayah pulak tolong sebab dah tak mampu dari segi upah pengasuh dan sebagainya, mama fatim bagitahu, mama hanya sanggup beranak 3 orang je paling ramai. Kalau semua-semuanya kita yang buat, biarlah tak payah ramai-ramai.
Itu pun, kadang-kadang mama fatim termengeluh juga sebab penatnya tak terkata. Astagfirullahala’zim.. Dan sekarang cukup lah 9 orang. Mental dan fizikal takat tu je. Badan sendiri pun nak kena jaga juga kan.
Jadi, jangan main-main. Beranak lah ramai-ramai pun, yang penting suami isteri kena bertanggungjawab sepenuhnya segala-galanya. Bukan satu pihak sahaja yang kena bertanggungjawab. Nanti Allah tanya kita semula.
Kalau rasa tak mampu nak beranak ramai, sebab tanggungjawabnya kena kuat mental, fizikal dan kewangan, pandai-pandai lah jaga diri. Zaman sekarang dah tak sama macam dulu-dulu.
Yang penting, beranak ramai tu memang awet muda.. Kuang-kuang-kuang! Yang ni, memang tak boleh blahh… Haha!
#Mamafatim
Si mummy 9 anak
~tailor baju budak
Cara Supaya Suami Lebih Romantik, Barulah Makin Intim!

Memang tidak dinafikan ramai wanita suka jika suaminya seorang yang romantik. Bukan kata-kata aje tau, tetapi dengan melakukan perkara yang romantik. Boleh dikatakan ramai wanita suka jika suami membuat perkara romantik. Jom ketahui cara supayaa suami lebih romantik.
- Beri pasangan 12 bunga mawar dengan sentuhan gubahan kreatif. Contohnya dengan menggabungkan kreativiti bermain dengan elemen warna. Beri sebelas mawar merah dan satu mawar putih. Sambil itu sertakan lampiran nota yang berbunyi: “. Terdapat sahaja bunga cantik yang banyak tetapi ada satu istimewa yang berdiri di luar dan awaklah yang satu itu”
- Belikan pasangan anda sebuah jam tangan. Tidak perlu terlalu mahal, bersesuaian dengan badget. Sertakan nota dengan tulisan: “Saya sentiasa mempunyai masa untuk awak.”
- Lampirkan bil not RM 100-200 atau giftcard, voucher membeli-belah, bersama-sama dengan nota kepadanya, dengan berkata, “Pilihlah, itu semua untuk awak.”
- Raikan peristiwa penting hidup anda. Kenal pasti satu peristiwa penting anda berdua bersama-sama. Raikan peristiwa itu setiap tahun.Biasanya hari penikahan anda.
- Amalan hari ganjil dan genap percintaan. Ianya adalah amalam setiap hari. Contohnya anda memilih hari genap untuk menjadi romantik, dan pada hari-hari ganjil seterusnya tiba pula giliran pasangan anda untuk menjadi romantik.
- Mandi bersama-sama dengan isteri. Balutkan dirinya dan bantulah mengeringkan rambutnya.
- Tulis kepada pasangan surat cinta atau puisi pada satu lembaran kertas.Boleh sahaja besar atau kecil . Ataupun buat puzzle .Gamkan pada kadbod nipis, potong ia menjadi kepingan berbentuk teka-teki, kemudian kirimkan semua kepingan tersebut. Ataupun, untuk kesan romantik lagi, emel sekeping potongan teka-teki setiap hari! Biar dia ternanti-nanti.
- Tulis banyak perkataan ‘ciuman’. Potong ia kecil-kecil dengan gunting. Isi dan letaknya dalam kotak perhiasan. Tulis satu sijil menjelaskan bahawa kupon boleh ditebus dan hadiahnya adalah ciuman daripada anda.
- Beri hadiah trofi atau pingat kepadanya. Pergi sahaja kedai trofi untuk mendapatkan pelbagai idea. Contoh hadiah yang dapat diberikan adalah seperti plat, pingat, reben, tanda nama, sijil dan sepanduk.
Sumber: www.bidadari.my