Siapa sangka setelah 30 tahun lebih dalam industri seni tanah air, ini kali pertama Pelakon dan pelawak Bell Ngasri tercalon dalam sebuah anugerah yang sering menjadi impian para selebriti sebagai bukti keringat mereka akhirnya menunjukkan hasil bila mendapat anugerah.
Baru-baru ini, Bell tercalon dalam Top 5 kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35).
Rentetan daripada itu, Bell tau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri telah diwawancara dalam satu stesen radio dan tidak mampu menahan sebak apabila bercerita tentang ibunya yang bersedih sejak lima hari lalu tercalon dalam kategori tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok radio Kool 101, Bell menitipkan ucapan agar ibunya tidak terlalu memikirkan tentang pencalonan sulungnya di anugerah berprestij itu.
“Mama jangan sedih-sedih..saya tahu dia terlalu fikirkan anak-anak dia.
“Relaks sahaja mama, jangan difikirkan sangat ini semua perkara kecil sahaja. Bintang popular ke bintang tak popular ke..anugerah ke tak perlu fikir-fikir.” katanya.
Dalam pada itu, aktor berusia 42 tahun ini sama sekali tidak pernah menyangka sepanjang penglibatannya dalam dunia seni dia akan berjaya membolos Top 5 bagi kategori tersebut.
@keluarga.my Betul ke OCD ini akan membuatkan kita pening? Ini yang dihadapi oleh Awal Ashaari yanb menghidap OCD #keluaga #majalahkeluarga #awalashaari #ocd ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo
“Ini adalah satu tahap yang saya sendiri tak pernah terfikir. Sebelum ini saya tak jadi macam ini pun saya tetap okay, Alhamdulillah.
“Saya masih boleh hidup, janganlah mama sedih. Termasuk juga adik-beradik saya lebih-lebih lagi yang seangkatan dengan saya..untuk Darling, Anne.” tambahnya.
@keluarga.my Ibu mana tak nak lihat anak-anak berjaya. Selagi dia hidup, selagi itulah doa dan usaha untuk melihat anak-anak berjaya takkan putus. #bellngasri #bellngasthebest #keluarga #majalahkeluarga #trending #abph35 ♬ Sad and lonely – MoppySound
Penyampai segmen Pagi On Point, Haiza dilihat turut mengalirkan air mata apabila Bell mendedahkan bahawa hasil lakonan dia dan adik-beradiknya pernah dijadikan sebagai punca pendapatan keluarga.
“Pernah sampai satu tahap kami berlakon untuk menyara hidup. Alhamdulillah saya dan adik-beradik saya sudah berjaya.
“Kami tak pernah meminta lebih dan saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana membawa saya ke Top 5.” jelasnya.
Sekadar info, ini merupakan pencalonan pertama Bell di dalam ABPBH setelah lebih 30 tahun berada di dalam industri hiburan. Antara calon lain yang bakal berentap adalah Zizan Razak, Johan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran.
Undian kini masih dibuka buat peminat untuk mengundi selebriti kegemaran melalui laman web rasmi www.abpbh.com.my.
Sumber: TikTok