Belimbing Buluh Terlampau Banyak? Buat Sambal, Confirm Bertambah Nasi

Share

Sesiapa yang ada menanam belimbing buluh pasti tahu pokok ini berbuah dengan sangat lebat sehingga tak termakan. Selain itu, rasanya yang masam juga sukar untuk dimakan begitu saja.

Tapi, sekarang tak perlu bimbang kerana dengan resipi yang dikongsikan oleh Nanie Rosnani ini semestinya membuatkan anda berselera. Sambal bilis belimbing buluh ini sangat mudah dan sedap lagi-lagi apabila dimakan bersama nasi panas.

Sambal Bilis Belimbing Buluh

Bahan-Bahan: 

  1. Ikan bilis
  2. Cili merah & cili padi – ejas la nk pedas cmner
  3. Bawang merah
  4. Belacan (optional)

Cara-Cara: 

– Tumbuk belacan ikut suka nk kasar atau halus.

– Belimbing buluh hiris bulat-bulat, kalau suka masam boleh lebihkn.

– Petai hiris-hiris je (optional)

– Tumis bahan tumbuk, campak belimbing dan petai.

– Tumis sampai garing dan pecah minyak, perasakan garam dan gula, siap!

Sumber: Nanie Rosnani