Belimbing buluh kalau tak habis, janganlah dibuang. Daripada buah belimbing buluh ini dibiarkan luruh dan busuk, apa kata anda manfaatkan menjadi manisan. Rasanya sedap seperti kismis.
Kalau memang banyak terlebih dan masih ada di pokok boleh praktikkan apa yang dikongsi Mia Mia ini. Wanita ini juga turut berkongsi cara membuatnya.
Belimbing Buluh Kalau Tak Habis, Boleh Buat Manisan
Cara membuat:
1. Sediakan bahan ini;
-2 kg belimbing buluh yang tua, bagus tidak terlalu masak
-Gula 1/2kg jika kurang manis boleh ditambah sesuai selera
-1 sudu teh kapur sirih
-Air secukupnya
2. Bersihkan hujung pangkal belimbing buluh, cuci lalu rendan dalam air kapir sirih lebih kurang 2 jam. Kemudian bilas bersih dan tos.
3. Rebus sebahagian gula dengan 1 liter air sampai mendidih kemudian masukkan belimbing buluh rebus sampai mendidih lagi. Matikan, biarkan sehari semalam.
4. Saring belimbing buluh.
5. Rebus sisa gula dengan 1 liter air lagi, matikan api bila mendidih. Selepas itu masukkan kembali belimbing buluh, inapkan sehari semalam.
6. Jemur selama 3 hingga 4 hari. Siap.
Sumber: Mia Mia
Artikel berkaitan: “Tak Ada Lauk Lain Pun Tak Jadi Hal..”-Penangan Sambal Bilis Belimbing Buluh Memang Power!
Belimbing Buluh Hilangkan Hanyir Ikan, Begini Buatnya!
Rupanya Belimbing Buluh Ni Lagi Super Sedap Kalau Buat Jeruk, Memang Terangkat!