Belimbing Buluh Jeruk Ni Memang ‘Layan’, Masam-Masam Sedap, Nak Buatnya Pun Senang Je!

Share

Belimbing buluh yang cukup terkenal dalam sajian masak lemak ini rupanya boleh juga dijadikan jeruk. Malah rasanya lebih sedap, ‘kuat’ dan terangkat.

Mana taknya, rasa masam semulajadi belimbing buluh ini sudah cukup menguatkan rasa ‘powernya’. Apatah lagi digabungkan dengan tambahan rasa lain seperti gula dan garam. Memang terangkatlah rasanya.

Resipi yang dikongsikan oleh Norshah Mann Sharipuddin ini buat kita terliur melihatnya. Nampak power! Jom cuba.

Caranya:
1. Bersihkan belimbing dan potong hujung dan pangkalnya.

2. Letak belimbing di dalam balang.

3. Kemudian isikan air dan garam. Tutup balang dan biarkan selama 2 malam.

4. Selepas 2 malam, buang airnya dan rendam belimbing dengan air biasa selama 3 jam.

5. Masak air gula. Biarkan sejuk.

6. Selepas tiga jam, toskan belimbing dan masukkan semula ke dalam balang.

7. Tuangkan air gula, sedikit garam, cuka dan cili padi yang dipotong halus.

8. Tutup balang dan biarkan sekejap. Simpan dalam peti ais.

8. Selepas 1 hingga 2 jam, bolehlah dimakan.

Selamat mencuba!