Apabila bergelar isteri dan ibu pastinya pelbagai tanggung jawab yang perlu dilakukan tanpa mengira masa. Lebih-lebih lagi apabila bergelar suri rumah sepenuh masa. Segala hal rumah tangga baik anak mahupun suami menjadi keutamaan.
Perkongsian isteri pelakon terkenal Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia mengenai rutin hariannya mendapat perhatian peminatnya. Lebih-lebih lagi apabila isteri kesayangan Datuk Fizz Fairuz ini bercerita momen sebelum mereka berkahwin.
Menurut Almy, suaminya itu tidak gemar dengan wanita yang mahu bersama dengannya setiap masa. Namun kini semuanya sudah berubah selepas memiliki anak perempuan.
Apa yang melucukan, anak kedua pasangan ini yang bernama Nur Afrina Aurora, 3, cukup manja dan sentiasa mahu bersama ayahnya.
“Dulu masa zaman bercinta, dia (Fizz) paling tak suka, paling benci gf (girlfriend) dia asyik berkepit, atau call 24 jam.
“Nak jadikan cerita tu laa kan, sekarang anak dia yang nombor 2 ni, suka sangat berkepit dengan dia 24 jam, tidur berkepit, pergi toilet ikut, makan ikut mana saja mesti ada dengan papa dia, naik rimas mama.
“Nak dapat anak yang kaki berkepit dengan dia padan muka.. Tak suka sangat kan dulu, sekarang hambikkkklkk (terimalah) yang lagi aku hangin si papa dia buat macam tak ada masalah anak beranak dok bergaduh depan dia,” tulisnya.
Almy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik foto gelagat anaknya yang duduk bersama Fizz.
Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 1 tahun.
Penggunaan sejenis bahan kimia sebagai ubat pencegah haiwan perosak atau juga dikenali sebagai pestisid pada tanaman pastinya digunakan oleh pekebun bagi memastikan hasil tuaian cantik dan segar.
Pun begitu, demi memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan oleh keluarga adalah selamat dan tidak membawa kesan kesihatan untuk jangka masa panjang, ada baiknya ibu-ibu ketahui cara betul untuk mencuci sayur dan buah-buah tersebut.
Andai ada yang masih ragu-ragu cara terbaik, boleh ikuti kaedah ini yang dijelaskan oleh Doktor Hafiz Sulaiman untuk manfaat bersama. Jom semak.
TIPS MENCUCI RACUN BUAH DAN SAYURAN
Racun pada buah dan sayuran mungkin membawa kepada kesan kesihatan yang serius terutamanya dalam jangka masa panjang. Berikut merupakan tips yang boleh diambil bagi membuang pestisid pada permukaan:
1) BASUH DAN GOSOK DENGAN AIR
75-80% sisa pestisid boleh dikurangkan dengan membasuh tanaman dan menggosoknya di bawah aliran air sejuk. Menurut kajian lain pula, bukan suhu yang penting, tetapi aktiviti menggosok itu lah yang mengurangkan pestisid. Gunakan sarung tangan plastik dan gosok sekurangnya 30 saat. Pastikan juga menggosok di celahan buah dan sayuran di mana racun serangga ini berkumpul.
2) BASUH DENGAN AIR GARAM
Menurut Centre For Science dan Environment, membasuh menggunakan garam 2% membuang kebanyakan pestisid di permukaan tumbuhan.
3) CUKA PUTIH
Korang nak rendam cuka epal atau cuka kurma pun boleh. Tapi sayur dan buah mungkin jadi gelap menjejaskan rupanya. Cuka putih merupakan pilihan murah dan sesuai.
Cuka membunuh kuman dan juga membuang pestisid.
Caranya: Rendam buah/sayur ke dalam 1 bahagian cuka dan 10 bahagian air selama 30-60 minit.
Cuka putih ada kat tesco: RM12.29 untuk 946ml.
4) LEMON DAN SODIUM BIKARBONAT(tepung penaik)
Lemon dan baking soda ini membunuh kuman dan juga mampu menyahtoksin pestisid. Malah database Cochrane menilai 8 kajian termasuk RCT menunjukkan baking soda ini mampu meneutralkan toksik daripada pestisid.
Caranya: Masukkan satu cawan jus lemon dan dua camca besar baking soda dalam botol spray. Spray makanan dan lap (buah) atau basuh dengan air.
5) AGEN PENGOKSIDA
Agen pengoksidaan seperti Ozon, hidrogen peroksida dan spesis klorin merupakan radikal bebas yang merosakkan struktur racun menjadikannya lebih selamat. Namun begitu, pastikan anda tidak merendam terlampau lama kerana pengoksidaan mungkin merosakkan zat di dalam makanan juga.
Saya syorkan rendam 10 minit sahaja. Ini berbeza mengikut kekuatan dos mesin ozon anda.
5.1) Ozon: Agen pengoksida yang sangat kuat ini meroskkan molekul bahaya di dalam pestisid menjadi lebih selamat dimakan. Di samping sayur dan buah, ia mungkin berkesan juga merosakkan toksin seperti logam berat dan antibiotik yang terkumpul dalam lemak haiwan.
Caranya: Masukkan tiub gas ozon ke dalam air berisi buah/sayur dan rendam selama 10 minit.
Pastikan anda tidak menghidu gas ozon yang terbebas kerana paru-paru sangat sensitif dengan gas ozon. Pendedahan jangka panjang boleh merosakkan paru-paru.
5.2) Hidrogen peroksida: gunakan food grade hidrogen peroksida dan masukkan satu bahagian di dalam 10 bahagian air.
5.3) Spesis klorin : Sodium hypochlorite atau nama manjanya klorox mempunyai kesan pengoksidaan. Ia juga didapati dalam sesetengah setting air kangen.
Namun saya tidak mengesyorkan membasuh menggunakan agen klorin ini kerana kemungkinan kesan gangguan hormon oleh agen klorin yang dianggap xenoestrogen juga oleh sesetengah pengkaji.
6) PEMBERSIH ULTRASONIK
Kajian mendapati pembersih ultrasonic merupakan kaedah paling berkesan membersihkan pestisid berbanding menggunakan ozon, merebus dan membasuh dengan air biasa.
Mana nak dapat mesin ni? Lazada ade bro..kurang RM100 pun ada..
Kaedah di atas hanya berkesan untuk pestisid di permukaan sahaja. Ozon mungkin mampu meresap ke dalam sel tumbuhan dan merosakkan pestisid sistemik namun masih belum ada kajian yang membuktikannya.
Memilih makanan yang disahkan organik merupakan pilih terbaik namun tidak ramai yang mampu dan pengeluarannya juga amat terhad. Diharapkan kaedah di atas ini dapat membantu mengurangkan bebanan toksikan dalam badan yang perlu diproses oleh organ hati kerana pemakanan yang tinggi racun pestisid ini.
Bahagia dan ketenangan diri dalam kehidupan yang sering menjadi idaman semua orang. Namun kadang kala, kita culas dengan hal yang memboleh membangkitkan rasa hati tidak tenteram.
Selain beribadat kepada Allah dan meninggalkan larangannya ada 6 perkara yang kita rasa biasa-biasa tetapi jika tak buat ia akan membuatkan hidup kita tidak tenteram.Oleh itu, fahami 6 perkara ini supaya kita alert hal ini.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bilik kosong
Ustaz kata, kalau ada bilik kosong, seperti bilik anak kita yang tinggal di asrama, selalulah solat sunat di dalamnya dan baca surah Jin ayat 10, atau tampalkan di dinding bilik, itu perjanjian jin dengan Rasulullah.
Emas
Makhluk halus ini juga suka kepada emas, sebab itu jangan simpan emas kata ustaz, tetapi seeloknya dipakai. Emas sebenarnya menyokong tenaga terutama bagi wanita ketika uzur dan ia mampu merawat sistem badan.
Wuduk
Wuduk juga merawat sistem badan. Darah kita tidak sampai hujung anggota seperti jari, sebab itu kadang-kadang berasa kebas. Bila kita basuh tangan dengan menyelati celah-celah jari, darah dapat dialirkan hingga ke hujung jari tersebut.
Sebelum keluar rumah
Sebelum keluar rumah, ustaz bagi tips baca Basmallah 7 kali, al-Fatihah dan Ayat Kursi. Jika bacaan tersangkut-sangkut, jangan keluar rumah lagi. Bila balik, bagi salam dengan betul dan salin kesemua pakaian yang dipakai, jangan diulang pakai sebelum dibasuh. Ustaz juga kata, sebaiknya sediakan pakaian khas untuk solat.
Al-Quran
Bila kita ada masalah, ustaz kata ambil Quran dan doa minta petunjuk dari Allah, lalu bukalah al-Quran. InsyaaAllah Dia akan tunjuk penyelesaian kepada masalah tersebut.
Ustaz ada sebut di awal rancangan tentang doa Rihul Ahmar sebagai pelindung dari pelbagai penyakit berat.
Kesimpulannya, ustaz kata baca surah al-Baqarah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Boleh diswastakan kepada pelajar-pelajar tahfiz tetapi sebaiknya dibaca sendiri, kalau tak reti, pi la belajaq, kata ustaz.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...