Beli Stok Barang Kering Sebulan & Barang Basah 2 Minggu, Cara Ibu Ini Susun Nampak Kemas, Mudah Nak Ambil & Praktikal!

Share

Ruang dapur yang bersih dan kemas tersusun pastinya buat hati kita rasa lega. Apatah lagi bila setiap kali pulang daripada kerja. Hati sejuk bila tengok rumah dan dapur bersih dan tersusun.

Namun, kalau salah cara susunan pun  buat kita pening terutama sekali nak menggunakan barang tersbeut. satu hal pula nak ingat di mana letaknya kan.

Perkongsian puan Eiza Nas boleh dijadikan rujukan kerana ruang dapur nampak kemas tersusun. penggunaan stiker memudahkan baik ibu mahupun ahli keluarga lain terutama ketika mahu barang tersebut.

Jom cuci mata cara puan Eiza susun barang. Moga bermanfaat buat kita semua!

Selesai sudah tugas mengemas barang dapur.

Mama nas bukan panic buying. Mama nas adalah monthly buying. Sapa kata mama nas panic buying mama nas sumpah dia gemok masa lockdown nanti 🤣🤣🤣🤣 gurau jalah.

Semalam beli barang kering stock sebulan.

Hari ini beli barang basah stock 2minggu…2minggu lagi baru jumpa pula pasaraya…barang kering 1bulan lagi .

Ini cara mama nas organize barang mamanas…sebab bukan mama nas sahaja chef dalam rumah ini. Ada lagi 3chef yang dilantik juga 🤭🤭🤭 jadi bila dah organize. Bila mereka tanya barang mereka cari. Dari ruang tamu mama nas boleh bagi tahu. Pasti mereka jumpa barang tu.

Sebenarnya organize ini memang bagus untuk mak2 yg sibuk …yg ramai chef dalam rumah . Ini sangat membantu. Jadi jom kita organize dapur kita. Agar senang hidup kita hahahah

Salam sayang dari mama nas

#staysave #kemasrumahwithhanithebest #syurgafamilynas #mamanaskitchen