Selalu kalau beli daun kari kat pasar atau kat pasaraya, mesti akan ada lebih! Nak dibuang kang sayang pula, jadinya kena la simpan. Nak simpan, kena ada caranya.. Barulah tahan lama!
Jom ikut cara simpan ini supaya dapat tahan lama dan tidak rosak seperti yang dikongsikan oleh Emma Zam di bawah. Baru tak membazir!
Tips Simpan Daun Kari Tahan Lama Sampai Berbulan-Bulan
Ikut cara ini:
1. Jemur daun kari sehingga kering.
2. Bila dah kering, simpan daun kari ke dalam balang.
3. Bila nak masak, tinggal cekup saja. Bau kekal sama.
Tips tambahan:
Cuci bersih daun kari terlebih dahulu sebelum dikeringkan.
Boleh simpan dalam freezer untuk tahan lebih lama.
Sumber: Emma Zam