Selalu kalau beli daun kari kat pasar atau kat pasaraya, mesti akan ada lebih! Nak dibuang kang sayang pula, jadinya kena la simpan. Nak simpan, kena ada caranya.. Barulah tahan lama!
Jom ikut cara simpan ini supaya dapat tahan lama dan tidak rosak seperti yang dikongsikan oleh Emma Zam di bawah. Baru tak membazir!
Tips Simpan Daun Kari Tahan Lama Sampai Berbulan-Bulan
Ikut cara ini:
Ads
1. Jemur daun kari sehingga kering.
2. Bila dah kering, simpan daun kari ke dalam balang.
Ads
3. Bila nak masak, tinggal cekup saja. Bau kekal sama.
Ads
Tips tambahan:
Cuci bersih daun kari terlebih dahulu sebelum dikeringkan.
Boleh simpan dalam freezer untuk tahan lebih lama.
Jika di rumah anda menggunakan susu pekat yang di beli di kedai, apa kata kali ini admin kongsikan cara buat sendiri dengan menggunakan tiga bahan je. Bukan tu je, cepat siap.
Susu pekat manis homemade 3 bahan dalam masa 3 minit sahaja, cara saya. Disebabkan ada lebihan susu tepung kat rumah ni dan tak tau nak guna untuk apa, saya olah jadi susu pekat manis.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula (saya guna raw sugar dan saya kurangkan sedikit untuk kurangkan manis)
2/3 cawan air panas (jangan guna air mendidih, cukup sekadar suam panas sahaja)
Cara buat:
Campur semua bahan dalam blender dan blend selama 3 minit. Siap!
Pastikan stop blender selepas satu minit untuk rehatkan motor blender sekejap.
Susu pekat ni kena simpan dalam peti sejuk (lepas simpan dalam peti baru akan jadi pekat) dan sesuai untuk buat kek, minuman dan lain-lain.
Silakan share. Semoga bermanfaat ✌️
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sambal antara menu utama yang cukup digemari anak-anak. Kita sendiri pun kalau dihidangkan dengan sambal, terus rasa berselera sekali.
Pun begitu nak masak sambal haruslah ada sedikit ilmu. Tidak dinafikan menumis sambal bukanlah mudah. Ada caranya yang tertentu dan jika silap gaya sambal yang ditumis boleh hangit atau pun tidak dimasak sempurna.
Perasan tak, biasanya bila kita lihat resipi sambal, ‘kata kunci’ yang digunakan untuk menumis cili adalah tumis hingga pecah minyak. Jadi apa petua dan petanda bahawa sambal yang kita tumis itu telah pecah minyak atau sebaliknya? Jom kita semak kaedahnya.
Tip Menumis Cili
1. Minyak perlu banyak
Pastikan minyak yang digunakan tidak terlalu sedikit. Ini bertujuan untuk pastikan cili yang ditumis dapat dimasak dengan sempurna, iaitu sehingga pecah minyak. Jika sedikit minyak yang digunakan, cili tidak dapat ditumis dalam masa yang lama dan cili akan cepat hangus.
2. Api sederhana
Ketika menumis, gunakan api sederhana dan bukannya api besar. Cara ini akan menjadikan sambal masak dengan lebih sempurna berbanding api besar yang akan menyebabkan sambal lebih mudah menjadi hangit.
3. Kacau selalu
Saat menumis, sambal hendaklah dikacau selalu untuk pastikan cili ditumis masak sekata.
4. Garam
Jangan lupa masukkan garam ketika menumis tumisan agar rasanya sebati ketika dimasak dan dikatakan garam juga dapat menggaringkan cili yang ditumis menjadi lebih sempurna.
Tanda Telah Pecah Minyak
1. Tumisan cili berwarna agak gelap.
2. Minyak tumisan terlihat memercik-mercik di dalam kuali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentu para ibu ketiadaan idea untuk menyediakan menu seisi keluarga. Kepada yang suka menu masakan daging boleh cuba resepi Daging Lada Hitam yang dikongsi oleh puan Fara Faeza Ramizun. Jom semak cara membuatnya.
DAGING BLACKPEPPER Bahan-bahan : Daging siap direbus empuk 1 biji Bawang holland – dimayang 5 biji kacang buncis 1 biji cili merah 3 sudu besar sos tiram 6 sudu besar kicap 2 sudu besar blackpapper (tumbuk) sedikit tepung jagung (dibancuh) garam gula sedikit air
Bahan kisar: 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci halia
Cara-cara : 1. Tumis Bahan-bahan blend hingga wangi. 2. Masukkan sos tiram, kicap & daging. Kacau & biar seketika. 3. Masukkan blackpepper yang ditumbuk, kacang buncis, cili merah & bawang holand. Kacau sebati. 4. Masukkan air hingga tenggelam semua bahan tadi. Tapi jangan banyak sangat. Fara suka kuah pekat. Biar mendidih. 5. Masukkan garam & gula secukup rasa. 6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Ikut kepekatan yang disukai.
Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di