Beli Perabot Terpakai, Nak Nampak Mahal Boleh Buat Macam Ni!

Share

Ingin memiliki perabot dengan sentuhan klasik namun nampak elegan tentunya ada harga yang mahal perlu dibayar. Memandangkan rekaan perabot seperti itu punya gaya dan kelasnya yang tersendiri.

Pun begitu jika anda seorang yang suka melakukan DIY, apa kata anda lakukan projek  transformasi pada perabot yang dibeli di kedai barangan terpakai dan bolehlah jadikan ianya nampak klasik dan mewah menepati citarasa.

Contohnya seperti yang dikongsikan oleh Nani’s Makeover ini. Siapa sangka almari  yang dibeli dengan harga RM80 dan setelah dilakukan transformasi, hasilnya seakan perabot yang dibeli dengan harga ribuan ringgit. Memang wow!

Ini perkongsiannya.

Projek Makeover perabot terpakai kolaborasi dengan Pak kebayan. Biasanya buat sendiri 100%. Kalini boleh la ngada sikit.

Almari laci ni beli di kedai perabot terpakai dengan harga RM80. Barang murah yang boleh ditukar kepada rupa yang lebih ‘mahal’.

Bahan-bahan yang digunakan

Saya guna cat Dulux waterbased warna dusty black.


Sejenis cat minyak yang berasaskan air.
Sesuai untuk perabot kayu dan besi. Cat sangat ringan, senang apply dan mudah kering. Kurang bau dan boleh cat di dalam rumah tanpa risau bau cat memonopoli ruangan rumah. Harga berbeza ikut warna.
Semakin pekat warna, semakin tinggi harganya. Finishing sangat mewah.

Tombol laci kita kasi tukar.


Tombol baru tu sebenarnya hook langsir tau.
Kat kedai eco pun ada gupe cenggitu.


Kerawang kecik tepi laci beli Kat shopee.
Lama dah beli baru ni guna. Jangan mintak link kat kita tau sebab yang tu si budak Norpadilah Binti Afandi yang belikan. Kaki almari guna kaki meja lama (jumpa)

Langkah demi langkah : 

1. Keluarkan laci dan cat bahagian kerangka almari sehingga rata. 

2. Tanggalkan tombol yang ada di bahagian hadapan laci almari. 

3. Ratakan permukaan laci dengan menggunakan kertas pasir.

4.  Catkan bahagian luar laci dengan kemas dan biarkan sehingga kering. 

5. Pasangkan tombol laci dengan teliti. 

6. Potong kaki meja lama untuk dijadikan kaki almari mengikut kesesuaian. 

7.  Paku dengan pallet seperti ini untuk dijadikan tapak almari. 

8. Cantum pallet ke almari. 

10. Cat dan biarkan sehingga kering. 

11.  Tampalkan aksesori ini di bahagian bucu laci. 

12. Siap

Sumber : Nani’s Makeover 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club