Beli Kereta Mewah Sanggup Ikat Perut, Kereta Sampai Tertunggak RM8500. Lelaki Ini Kongsi Kisah Bikin Netizen Terkejut!

Share

Siapa yang tidak suka jika memiliki kereta mewah. Memandu je ramai yang akan memandang. Namun tentu kos untuk membayarnya setiap bulan ‘boleh tahan’.

Namun ada juga yang tidak mampu, turut ‘terbeli’ dek kerana nafsu nak bergaya. Kesannya, untuk jangka masa panjang, anda mungkin dibelenggu hutang puitang dalam kehidupan. Konsep biar papa, asalkan bergaya, seharusnya tidak menjadi pegangan dalam hidupan kerana ia akan menyusahkan kehidupan anda.

Sebagaimana perkongsian oleh Muhammad Hassan di laman facebooknya telah mendapat maklum balas komen yang menyifatkan hidupan harusnya berlandaskan ukur baju di badan sendiri untuk mengelak hutang keliling pinggang. Dalam pada itu netizen juga melahirkan rasa terkejut dengan sikap individu sanggup tanggung hutang demi bergaya.

Moga perkongsian ini menjadi iktibar bersama

Kawan nak pinjam RM8500

Termenung saya dalam LRT. Kawan saya nak sangat sangat jumpa saya di KL. Urgent sangat katanya. Sampai di KL jumpa saya,belanja saya berbuka. Lepas solat magrib menangis depan saya merayu sangat nak pinjam duit RM8500 nak bayar kereta tertunggak selama 6 bulan. 

Saya terkejut beruk. barangkali beruk pun terkejut tengok saya terkejut. RM8500 tu. Lagi terkejut baru 2 hari ini tengok kes kereta H nak kena tarik sebab tak bayar tunggakan.

Saya kata. Merayu keluar air mata darah sekali pun aku tak mampu nak beri Rm8500. Rm8500 ini belum tentu kau dapat bayar dan belum tentu boleh selesaikan masalah kau untuk akan datang. Nak taknak kau kena cairkan aset yang kau ada jika nak selamatkan kereta,atau berbincang dengan pihak bank,bukan sorok kereta begitu.

kau boros sangat,iphone tu aku tengok setiap tahun tukar,jam tu,brand tissot belum layak untuk kita bro. Aku dah nasihat banyak kali jangan beli Alphard walaupun gaji 5-6k sebulan. Bila aku halang kau beli,kau cakap aku tak beri semangat.

Beli ikut keperluan bukan untuk bergaya


EInilah masalah orang kita,beli kereta ni bukan perlu beri semangat macam nak lumba lari dalam guni. Alphard bukan keperluan kau. Aku dah pesan pakai myvi je dulu. Aku 3 tahun pakai myvi baru beli kereta lain,itu pun sebab ada keperluan dan mampu. Lagi pun kau tinggal di KL,LRT kelana jaya depan mata dah.

Kita ni nak pakai apa apa buat kira kira terlebih dahulu,sesuai tak dengan pendapatan dan keperluan kita. Ini tidak,tengok orang pakai alphard kita pun nak pakai,orang pakai iphone kita pun nak pakai,sanggup berhutang dengan telco janji dapat pakai iphone. jika bank susah nak lulus kenderaan kita sehingga terpaksa guna penjamin,itu bermakna kita tak layak memiliki kereta.

Beli kereta mewah, sanggup ikat perut

Sebenarnya beli kerata ini satu beban jika kita tak manfaat kereta itu untuk dapatkan pendapatan lain. Kita akan terbeban dengan kos kos terutama minyak petrol,service,tayar dan kos lain yang kita tak nampak. Lagi sakit jika kereta yang kita beli itu CC tinggi.

Tapi itulah orang kita. Sesetengahnya sanggup ‘ikat perut’ demi nak pakai kereta yang nampak mewah. tujuannya satu,nanti balik kampung nampak gah,nak rasa lebih berbanding adik beradik lain,nak orang respect terutama kawan kawan sekolah dulu. sedangkan benda itu sekejap dan itulah tanda riak yang merosakkan hati kita. Akhirnya terasa bahang bebanan kita itu adalah anak isteri.

Kesan pada isteri dan anak-anak

Mula jadi panas baran,marah marah anak isteri,mula abaikan nafkah anak isteri. Dan paling sedih isteri juga akhirnya terpaksa gadai segala barang kemas demi nak selamatkan kereta yang tertunggak.

Sebab itulah saya menghasut anak anak muda supaya jangan buat apa apa loan selagi tiada keperluan. Selagi boleh pakai motor,pergi kerja naik bas,naik LRT redah jelah. Janji ada buat simpanan,beli aset terutama rumah. Jika teringin sangat nak pakai kereta mulakan dengan kereta murah. Dari situ kita akan belajar bagaimana nak ‘bela’ kereta.

Betullah peribahasa melayu mengatakan;

‘Ukur baju di badan sendiri’

Dari kisah ini,ambillah pengajaran supaya kita tidak lagi buat sesuatu untuk nampak kaya,tapi hakikatnya hutang keliling pinggang dan bagi nasihat kepada adik adik kita yang baru nak ‘up’ tu. Jangan kerana mahukan pujian dimedia sosial yang hanya beberapa minit kita sanggup merana 9 tahun.

Sumber:  Muhammad Hassan

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club