Memiliki kereta baharu tentu sahaja membuatkan kita seisi keluarga berasa seronok untuk ke mana-mana bersama. Pun begitu perasa atau tidak semasa anda mendapat kunci daripada penjual kereta, anda dibekalkan dengan dua kunci dan ada besi kecil disertakan.
Mungkin ada yang beraggapan besi kecil tersebut tidak begitu penting, dan sebenarnya menurut perkongsian jurujual PROTON, ada gunanya besi kecil tersebut dan perlu diingatkan di bahagian besi tersebut mengandungi kod kunci dan ada keperluannya.
Ini perkongsiannya.
TAKE NOTE!!! JANGAN SKIP.. BACA NI
Anda perasan tak,beli kereta baru ada 2 kunci dan ada besi kecil inikan? Dekat besi ni ada No.Kod kunci.
Ads
Apa fungsi No.Kod di kunci itu?
Simpan elok-elok No.Kod kunci ini.. Sekiranya anda kehilangan kedua-dua anak kunci ini, sila bawa No.Kod kunci ini ke pusat service PROTON untuk duplicate kunci yang sama macam yang asal.
Ads
Kalau tak ada No.Kod kunci ini, kena tukar set kunci yang baru seketul & kosnya pun tinggilah berbanding duplicate kunci yang samakan.
Jarang-jarang sekali gunalah kunci spare itu untuk elakkan kehabisan bateri remote.. Kalau remote bateri dah low, rapatkan kunci ke push-start button & cepat-cepatlah tukar bateri baru di PROTON..
Kalau bateri kereta dah kom, buka pintu kereta pakai kunci manual.. Caranya tekan button di belakang kunci..Ada anak kunci untuk buka pintu secara manual kalau pakai push-start button..
Cara menyimpan setiap orang berbeza-beza, tetapi cara yang satu ini sangat kreatif. Walaupun sedikit amaunnya, namun hasilnya tidak mengecewakan.
Menurut Miss Watie Resaliza kaedah tersebut sudah lama dipraktikkan setiap kali suaminya memberi duit untuk membeli kuih. Baki membeli kuih tersebut dijadikan simpanan olehnya.
Menarik idea yang dikongsikan ini. Boleh cuba praktikkan ni.
“siapa igt lagi cara saya saving duit hasil dari baki belanja bli lauk.baki bli sarapan..atau bli kuih kuih.
“Husband bg duit sy g bli dan baki sy packing mcm ni…hujung bulan buka…dapat la 300-400 tgok pda baki la kan.
“Alhamdulillah..murah rezeki husband kan😁🥰🥰smoga suri2 terinspirasi ya.
Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi momen meraikan anak sulung Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah yang baru menyambut hari lahir baru-baru ini.
Uwais Al Qarni yang kini berumur 10 tahun dilihat hadir bersama dua lagi adiknya di dalam dalam majlis yang diadakan khas oleh pemilik nama sebenar usahawan produk kesihatan dan kosmetik ini.
Menurutnya lagi, majlis tersebut diadakan kerana dia tidak berkesempatan hadir ketika sambutan hari lahir Uwais baru-baru ini.
”
Dalam perkongsian tersebut DSV meminta semua orang menitipkan bacaan Al-Fatihah khas buat Allahyarham Siti Sarah sebelum bermulanya acara memotong kek.
HAPPY BIRTHDAY UWAIS 🌟 Maaf Mama Vida tak dapat datang Masa Uwais celebrate haritu. So Mama Vida Celebrate sekali lagi . Semoga Uwais & Adik adik jadi anak yang soleh kepada Daddy @shuibsepahtu , Jadi anak Daddy yang HEBAT . Ramai Ramai kita sedekahkan Al – Fatihah kepada Bidadari Syuga @sitisarahraissuddin
Perkongsian tersebut turut mendapat respond daripada Shuib yang meninggalkan komen berterima kasih atas layanan DSV terhadap anak-anaknya.
shuibsepahtu Terima kasih Dato Seri sudi luangkan masa utk anak2,Layan kerenah anak2,diorang balik dok bercerita pasal Dato Seri 😂 . Maaf tk dpt join 🙏,insyaAllah next time ya…Terima kasih diatas segalanya 🙏 @datoserivida#HatiNyaBaik
Wraganet turut berkongsi komen dan berterima kasih serta memuji kebaikan DSV melayan Uwais dan adik-adiknya.
suri_emgTQ Mama Vida happy kan Ank² Syurga Kita ni. Happy Birthday handsome boy Uwais ! 🎂🥳🎉. Moga menjadi ank yg Soleh & cemerlang & Moga Dato sekeluarga di Murahkan Rezeki juga. 😍❤️👏
hanamuszalhamdullilah semoga murah rezeki Dato.Happy birthday uwaiss. semoga membesar menjadi anak yang kuat💪
hashida_clTerima kasih dato.. sekurangnya bila mereka peluk dato, dpt mereka hilang ckit rindu pd arwah ibu mereka… nmpk happy uwais peluk dato tadi…. mgkin dia pun rasa yg sama…❤️
Tak kurang ada yang ‘mengusik’ meminta DSV mejadi ibu kepada Uwais dan adik-beradiknya.
cutechef78Jadi mama uwais pon ok dato…sama2 rancak berniaga n usahawan berjaya
Untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah berseri tidak hanya bergantung kepada produk yang mahal semata-mata. Sebaliknya, anda hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda. Misalnya kunyit dan beras dikatakan boleh membantu mencerahkan kulit wajah.
Cara-caranya seperti bawah ini.
1. Kisar kunyit hingga hancur. Guna kunyit hidup lagi berkesan dari serbuk kunyit. Tidak perlu risau, wajah tidak akan menjadi kuning kerana bahan ini sudah campur dengan beras. (Kunyit 2-3cm).
3. Campur dua-dua bahan tadi kemudian sapu pada muka. Gosok perlahan-lahan (kalau muka jenis berjerawat jangan gosok, sapu je) dan tunggu 30 minit dah. Bilas dengan air. Lepas tu cuci muka dengan menggunakan pencuci muka jika wajah anda kuning.
Tip:
• Jika mahu tambah madu/yogurt/susu/ perahan limau nipis/putih telur pun boleh (pilih salah satu)
• Boleh simpan dalam peti sejuk jika ada lebih.
Sumber: Aya Zuki
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.