Jika kita singgah ke pasar-pasar i kampung, pasti akan kelihatan makcik atau pakcik yang meniaga sayur dekat pasar tanpa mengguna meja dan hanya beralaskan kain di tapak meniaga.
Itu adalah pemandangan biasa terutama pada orang kampung yang menjual hasil kebun demi sesuap nasi. Mungkin ada yang tak sampai hati melihat orang tua yang sudah berusia tetapi masih mencari rezeki untuk kelangsungan hidup, tetapi mereka tiada pilihan lain demi mencari rezeki halal buat keluarga.
Namun, apabila melibatkan mereka berjualan sebegini membuatkan hati rasa sayu dan sebak. Demikian perkongsian daripada seorang pengguna Facebook bernama Hanapiah Hanapi yang memuat naik dua keping gambar seorang wanita berjualan di pasar.
Kisah tersebut dikongsikan menerusi group Group Gabungan Anak Terengganu mengenai ketabahan wanita ini meniaga mencari rezeki walaupun keadaan serba kekurangan.
“Sesiapa yang sentiasa ke pasar pagi Sabtu di pekan Manir, bila ternampak kakak ini jual apa-apapun, beli je. Tak payah banyak tanya, Insyaallah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan dimurahkan rezeki untuk semua peniaga pasar Manir.”
Perkongsian ternyata mendapat reaksi ramai yang rata-rata meluahkan rasa sebak dan kagum dengan kegigihan wanita tersebut.
Emeszamri Sidik semoga Allah permudahkan segala urusan kakak ini..Aamiin
Khairi Tahar Ya, beli je. Tny org2 situ ye kabo da duk sorg tu. Sian sungguh. Beli x pyh ambil balance pun ok. Jual tu utk cr singgit samah wat blanje seminggu
Amin Joq semoga dipermudahkan dan rezki sentiasa berlimpah ruah mengalir sesama kita..insyaallah.
FbiMtb Okgo semoga d permudahkan segala urusan n d murah kan rezeki kakak ni..Aamiinnn
Nak Pastikan Pokok Cili Sihat Dan Kuat, Guna Belacan Sahaja. Wow Superb Petuanya!
Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Bagi yang ingin menanam sendiri Cili, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
Pokok cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
Bahan:
- Belacan – 100g
- Gula molases / gula merah – 100g
- Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
- Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
- Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
- Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
- Peram selama sebulan.
- Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
- 10 mL pati + 2 L air biasa
- Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Sumber: Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri & Sara Saad
Begini Cara Nak Didik Anak Solat, Ibu Ini Guna Gambar Dengan Batang Mancis. Sungguh Inspirasi!
Untuk mendidik anak mendidikankan solat harus dididik sejak kecil. Tidak dinafikan bukan mudah untuk membuatkan anak kecil memahami solat itu wajib.
Dengan nasihat dan cara yang betul mampu membuatkan anak rasa cintan untuk mendidikan solat.
Antara kunci kejayaan ibu bapa dalam mengajar anak–anak adalah apabila anak–anak mendirikan solat tanpa disuruh.
Salah satu caranya adalah menggunakan gambar dengan 17 batang mancis. Ia secara simbolik menggambarkan jumlah rakaat keseluruhan solat.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian ini.
Didik anak solat dengan cara gambar dengan batang mancis.
Saya ada terbaca 1 tips menarik, bagaimana seorang ayah menggunakan psikologi supaya anaknya sentiasa menjaga solat.
Ceritanya bermula begini.
Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan menggunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.
Caranya seperti gambar dibawah :
1. Jika tidak solat subuh, buang 2 batang mancis di kepala. Ayah saya cakap, kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.
2. Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan, seolah saya berjalan tiada tangan.
3. Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap, saya kalau tidak solat asar, saya jalan tiada dada.
4. Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi, saya jalan tiada perut, serupa hantu dah.
5. Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Saya jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.
Kesimpulannya,
Ayah saya cakap, kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat.
Contoh, maghrib dan subuh, seolah-olah saya berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.
Moga Allah bagi hidayah, moga Allah redha
Sumber: Nur Syahirah Abu
Bacaan lanjut:
Nak Halau Monyet Masuk Kebun, Ular Sawa Nampak ‘Real’ Hanya Guna Tayar Terpakai, Netizen Kagum!
Hanya Guna Baja Bancuh Sendiri, Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat Sepanjang Tahun!
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Anak-Anak Dilahirkan Sebagai Manusia. Usah Diubah Jadi Robot Tanpa Kerelaan Mereka Hanya Kita Sangka Itu Lebih Mudah.
“Zaman sekarang anak-anak kena terlibat dengan gajet supaya tidak ketinggalan. Cuma sejauh mana kita kawal supaya tidak keterlaluan sehinggakan makan minum tidur dengan benda tersebut,” demikian pandangan Ustaz Don mengenai hal ini.
Tindakan ibu bapa yang memberikan gajet kepada anak dengan alasan tidak mahu bising menyebabkan mereka mula ketagih bermain gajet. Jika tidak diberikan mereka memberontak. Walaupun mungkin ini adalah salah satu bentuk penyelesaian tetapi dari segi jangka masa panjang pasti memberikan impak negatif kepada anak-anak terbabit.
Noor Afidah Abu Bakar menerusi laman facebook Parent Connect , berkongsi pandangan mengenai hal tersebut.
ROBOT DI MEJA MAKAN.
Anak kecil itu diam tanpa sebarang pergerakan. Dia juga langsung tidak bersuara. Matanya memandang tepat ke hadapan tanpa berkelip. Dia terpaku dengan apa yang dilihatnya. Segala yang berlaku di sekeliling seolah-olah tidak memberi makna apa-apa kepada anak itu. Sebarang bunyi, sebarang pergerakan mahupun sebarang keajaiban yang berlaku di sekelilingnya seperti tidak langsung menimbulkan tanda tanya dalam dirinya. Perkara yang menjadi tumpuan utama dalam hidupnya dan dalam dunianya ketika itu hanyalah apa yang sedang ditonton di hadapannya.
Sudah berkali-kali saya melihat anak-anak yang diprogramkan oleh skrin yang berada di hadapan mereka ketika waktu makan. Anak-anak ini seumpama robot yang mengunyah, tanpa menunjukkan sebarang emosi dan tanpa interaksi. Mereka dinafikan hak untuk menjadi kanak-kanak yang memerlukan didikan dan bimbingan oleh orang dewasa ketika waktu makan.
Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan lahir dalam keadaan sempurna akhlaknya tanpa bimbingan yang mengambil masa.
Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar berupaya untuk memenuhi harapan dan jangkaan orang dewasa dengan serta merta.
Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar berupaya menyuapkan makanan dengan sendiri tanpa mensepahkannya.
Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar dapat memberi tumpuan pada makanan tanpa mengganggu.
Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar melekat di tempat duduk mereka tanpa berganjak.
Mungkin anak-anak kecil ini diharapkan agar dapat membisukan mulut mereka dari bersuara.
MUSTAHIL.
Kata si Ibu “Jika saya tidak beri skrin kepada anak saya, anak saya tidak mahu makan.”
Persoalannya siapakah yang mula memberikan anak skrin?
Siapakah yang tidak melatih anak makan tanpa kebergantungan pada skrin dari awal lagi?
Waktu makan yang sepatutnya menjadi:
momen yang mewujudkan perhubungan yang rapat antara ibubapa dan anak, momen penerapan adab dan akhlak,
momen berinteraksi dan bergurau senda antara ahli keluarga,
momen memerhatikan persekitaran yang menimbulkan sifat ingin tahu,
momen memahami emosi,
momen memahami komunikasi verbal dan tidak verbal,
momen memantapkan skil motor halus dan motor kasar,
momen mengembangkan skil bahasa dan menambahkan kosa kata,
momen memahami nilai dalam keluarga dan masyarakat,
kini hanya menjadi momen mengisi perut dan membasahkan tekak sambil dihiburkan oleh watak-watak yang ditonton di skrin.
Tiada latihan pengucapan Bismillah, dan tiada doa di awal makan untuk diamalkan anak kerana anak-anak ini terlalu asyik dihiburkan.
Tiada ucapan penghargaan dan terima kasih yang diucapkan anak kepada ayah atau ibu yang berusaha menyuapkan makanan dengan penuh kasih sayang kerana anak-anak ini terlalu leka.
Tiada senyuman di antara ibu atau ayah yang menyuap dan anak yang disuap.
Tiada pandangan mata diantara ayah atau ibu dan anak,
Tiada ekspresi wajah yang menggambarkan kegembiraan, kekecewaan dan tegahan daripada ayah atau ibu untuk difahami oleh anak.
Tiada luahan emosi di antara ibubapa dan anak.
Semuanya menjadi hambar tanpa sebarang keintiman dan emosi sesama manusia.
Sedangkan perkara yang diabaikan inilah yang membezakan di antara MANUSIA dan ROBOT.
Anak-anak yang menyentuh, melihat, merasa, menghayati dan menikmati setiap butir dan suapan makanan yang masuk ke mulut mereka lebih mudah untuk mempelajari erti bersyukur akan nikmat rezeki yang dilimpahkan ke atas mereka oleh Allah SWT.
Apabila tontonan skrin dipaksakan ke atas anak ketika waktu makan dari usia awal, seluruh sensori yang melahirkan rasa kesyukuran ini akan mati kerana fokus mereka bukannya pada pengalaman menghayati rezeki yang disuapkan ke mulut mereka tetapi fokus mereka kepada pengalaman menghayati skrin.
Latihlah anak menjadi manusia yang memuliakan adab dan akhlak ketika makan, menghargai ibubapa atau orang dewasa yang menyuapkan mereka makanan, memahami bahasa kasih sayang ibubapa, menghormati perhubungan sesama manusia, peka dengan sekelilingnya dan mensyukuri rezeki pemberian Allah kepadanya walaupun anak mungkin kurang menggemarinya.
Anak-anak kita dilahirkan sebagai manusia.
Usah diubah mereka menjadi robot tanpa kerelaan mereka hanya kerana kita sangkakan itu lebih mudah.
Dalam gambar adalah anak kembar yang tidak diberikan skrin oleh ayah dan ibu mereka ketika waktu makan. Saya sendiri kagum dengan usaha ayah dan ibu ini untuk memanusiakan anak mereka walaupun sudah tentunya mencabar.
Syabas diucapkan kepada ayah dan ibu lain yang turut sama berusaha.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy