Beli Cili Kering Lihat Kod Ni. Barulah Dapat Beza Yang Pedas Dengan Yang Kurang Pedas!

Share

Bila terbeli cili kering yang rasanya terlalu pedas, memang kecewa juga dibuatnya. Apatah lagi jika anak-anak masih kecil, tidak tahan makan pedas. Pun begitu, ada orang kalau beli cili kering memang mahu yang pedas menyengat. Katanya bila pedas barulah makan puas hati. Nyata, sekali citarasa antara kita semua memang berbeza. Jadi alangkah bagus kiranya kita tahu membezakan sama ada cili yang jual itu pedas menyengat atau biasa-biasa sahaja. Bagaimana caranya?

Menyentuh tentang tips menentukan tahap kepedasan cili kering, memang kita dengar macam-macam cara. Ada yang kata lihat pada perbezaan saiznya. Jika panjang kurang pedas berbanding cili yang pendik saiznya. Begitu juga ada yang kata lihat pada bentuk kerenteng cili tersebut. Malah ada juga mengatakan semasa dimasak pastikan tidak dimasukkan biji cili, itu akan membuatkan cili tersebut kurang terasa pedasnya.

Walau apa caranya pun, perkongsian daripada Effa Samat ini menarik juga diketahui dan diharapkan berguna untuk semua.

Kita selalu merungut kenapa pedas sungguh cili kering,pilih yang tak pedas pun masih pedas juga. Meh effa share tips pemilihan cabai kering. Nak lagi berbaloi beli ja terus seguni memang puas hati.

Effa suka beli seguni terus walaupun lambat nak habis, yang penting dah tak perlu nak pikir uiii awat pedas sangat ni.

CODE 932

.

Cili kering ni memang bagi effa tak pedas, nak buat sambal nasi lemak atau jenis-jenis sambal sesuai sangat .
effa suka guna cili ni untuk kegunaan seharian di dapur.

CODE 668

.

Ni cili kering jenis pedas yak amat. Kalau letak banyak,mak aihhh tak tahan lidah pedas.
Jenis ni sesuai guna sedikit. Semoga info yang effa share boleh manfaat untuk kita semua

sumber : Effa Samat via MAHN