Bila terbeli cili kering yang rasanya terlalu pedas, memang kecewa juga dibuatnya. Apatah lagi jika anak-anak masih kecil, tidak tahan makan pedas. Pun begitu, ada orang kalau beli cili kering memang mahu yang pedas menyengat. Katanya bila pedas barulah makan puas hati. Nyata, sekali citarasa antara kita semua memang berbeza. Jadi alangkah bagus kiranya kita tahu membezakan sama ada cili yang jual itu pedas menyengat atau biasa-biasa sahaja. Bagaimana caranya?
Menyentuh tentang tips menentukan tahap kepedasan cili kering, memang kita dengar macam-macam cara. Ada yang kata lihat pada perbezaan saiznya. Jika panjang kurang pedas berbanding cili yang pendik saiznya. Begitu juga ada yang kata lihat pada bentuk kerenteng cili tersebut. Malah ada juga mengatakan semasa dimasak pastikan tidak dimasukkan biji cili, itu akan membuatkan cili tersebut kurang terasa pedasnya.
Walau apa caranya pun, perkongsian daripada Effa Samat ini menarik juga diketahui dan diharapkan berguna untuk semua.
Ads
Kita selalu merungut kenapa pedas sungguh cili kering,pilih yang tak pedas pun masih pedas juga. Meh effa share tips pemilihan cabai kering. Nak lagi berbaloi beli ja terus seguni memang puas hati.
Effa suka beli seguni terus walaupun lambat nak habis, yang penting dah tak perlu nak pikir uiii awat pedas sangat ni.
Ads
CODE 932
.
Cili kering ni memang bagi effa tak pedas, nak buat sambal nasi lemak atau jenis-jenis sambal sesuai sangat .
effa suka guna cili ni untuk kegunaan seharian di dapur.
Ads
CODE 668
.
Ni cili kering jenis pedas yak amat. Kalau letak banyak,mak aihhh tak tahan lidah pedas.
Jenis ni sesuai guna sedikit. Semoga info yang effa share boleh manfaat untuk kita semua
Ramadan bakal tiba tak lama lagi. Sudah tentu hujung minggu ni ramai yang siap sedia untuk membeli barang-barang memasak untuk sahur dan berbuka.
Jika sebelum pandemik, sudah tentu ramai teruja untuk ke bazar Ramadan, namun tahun ini, SOP untuk ke bazar Ramadan perlu dipatuhi sebaik mungkin bagi mengelak daripada berlaku sebarang jangkitan.
Bagi yang belum bercadang pergi ke bazar Ramadan, apa kata cuba sendiri buat di rumah. Resipi yang dikongsi ini mudah aje nak buat. Bukan aje puas hati makan di rumah tapi lebih jimat!
RESEPI AYAM BAKAR MADU
Bahan A
======
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan
Bahan B
======
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
*Boleh kisar atau tumbuk.
Bahan C
======
Sedikit sos tiram
Madu
Sos cili
Sos tomato
setitik pewarna merah
(cantikan warna ayam bila dibakar)
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Serbuk kayu manis
Serbuk cili
Serbuk paprika
Sedikit lada putih
Garam
Gula perang(lebihkan gula lagi sedap rasa ayam bakar)
Sedikit olive oil
1 sudu besar butter
*Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
Bahan D
======
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.
*perap selama 1jam.. nak lagi sedap perap semalaman.
*Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
*Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
Biasanya bila kita beli bunga kantan, lain tak bukan mesti menu yang akan kita sediakan adalah seperti laksa, asam pedas atau pun paling ringkas untuk dicampur bersama bahan kerabu.
Pun begitu pernahkah anda mencuba bunga kantan dibuat goreng?
Buat follower Keluarga, sila gunakan kod promo KELGSP5 untuk pembelian DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixerdengan harga lebih murah di GO SHOP
Mungkin ada yang merasakan pelik dan tidak kurang juga teruja untuk mencuba. Apatah lagi melalui perkongsian daripada Ernieadilah Zulk di group Masak Apa Hari Ni.
“Haritu tengok ada orang buat bunga kantan goreng. Ya Ampun sedap. Kebetulan balik kampung ayah ada tanam sebelah rumah. Try masak memang sedap makan dengan nasi putih saje pon. First time makan ni.”-tulis Ernieadilah Zulk
Bahan-bahan:
Bunga kantan mekar (kupas kelopak. Kalau keras, hiris sikit)
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentu ramai yang mengemari kerang. Selain dibuat rendang, masak dengan nasi lemak atau masak sambal, kerang enak dimasak rebus. Cicah pula dengan Thai sos, sambal kicap atau air asam confirm terangkat!
Untuk masak kerang ni supaya isinya tidak kecut supaya jadi ‘gemuk-gemuk’ dan mudah dikopek, ada petuanya.
_____________
Ade peminat kerang kat sni?sy peminat tegar tp xleh makan sokmo, harga dia mak aihhh ni cara saya rebus kerang nak kasi isi dia gemok2 mcm makan kat kedai tu.klo kurus xsedap makan
Resipi rujuk gambar
GARAM DAN SERAI
LETAK AIR PARAS KERANG
MASAK DENGAN API YANG KUAT
JANGAN BAGI MELIMPAH BILA MENDIDIH
SIAP! INI HASILNYA, GEMUK-GEMUK ISINYA MACAM MAKAN DIKEDAI.
Selamat mencuba
Sumber: Wan Nurasiah via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.