Beli Barang Emas, Jangan Suka-Suka Nak Pajak Je. Lelaki Ini Kongsi Sebabnya.

Share

Sejak perintah kawalan Pergerakaan (PKP) yang dilaksanakan sejak dua bulan lalu untuk membendung penularan wabak Covid-19 memberi kesan kepada segelintir keluarga yang kesempitan hidup setelah ramai yang hilang pekerjaan dan pemotongan gaji serta diberi cuti tanpa gaji. Justeru itu, ia mengakibatkan ramai yang mengunjungi pajak gadai untuk mendapat wang segera bagi meneruskan kehidupan.
Namun, ramai yang salah faham fungsi pajak emas ini. Menerusi facebook lelaki ini, Azizul Azli Ahmad berkongsi persoalan sama ada pajak emas itu menguntungkan atau sebaliknya.

 

IKUTI PERKONGSIAN INI.

UNTUNGKAH PAJAK EMAS DI AHRAHNU INI?

1. Jika ada yang datang dan jual emas pada kita dengan ayat.

“Alah… Sesak sesak nanti boleh pajak di Ahrahnu.” ia bukan saranan yang bijak kawan kawan.

2. Kedai pajak biasa, hanya beri nilai 30% dari nilai emas tersebut . Ahrahnu lebih baik, memberi pinjaman 65% -70% dari nilai barang kemas tersebut.

Maka ramai tidak kekedai pajak gadai lama lagi dah sekarang. Apatah lagi kita mula faham mana halal, mana haram.

3. Kadar UPAH yang Ahrahnu kenakan adalah dari NILAI EMAS kita ada dan bukannya dari JUMLAH PINJAMAN.

Dekat disini ramai yang terlepas pandang.

4. Katakan gelang emas 916 ‘bling bling’ kita bernilai RM10,000 . Kita hanya dapat pinjaman 65% iaitu RM6,500 sahaja.

5. Caj upah simpan adalah RM0.85 setiap RM100, jadi 0.85/100 x RM10,000 = RM85 sebulan . Jika kita ‘Menyimpan’ di Ahrahnu selama 6 bulan?

“Ishhhh kenapa RM0.85 x RM10,000 . Kami pinjam RM6500 sahaja”?

Memang begitu model kiraannya kawan! Hebat bukan model perniagaanya?

6. Bagi pinjaman bernilai RM6,500 ini kadar upah yang dikenakan adalah RM85 x 6 bulan = RM510. Jika setahun adalah RM1,020.

7. Kadar faedah yang dikenakan adalah 7.85% bagi tempoh 6 bulan dan jika setahun adalah 15.7% setahun!. Dah sama dengan kad kredit yang kita kena.

(RM510/RM6,500 x 100% = 7.85%)

8. Kadar ini sangat tinggi sebenarnya. Itu baru faedah upah simpan belum bayar duit hutang RM6,500 lagi.

9. Jika ada yang ajarkan belilah emas dan letakkan di Ahrahnu duitnya digunakan sebagai deposit rumah.

Atau

Duit itu letak dalam ASB atau Tabung Haji, dapat duit beli emas lagi. Itu semua cadangan tidak pintar namanya.

JANGAN LAKUKAN.

10. Tahukan kita bahawa dengan pajak emas di Ahrahnu juga, ia akan keluar dalam rekod CCRIS bahawa kita sebagai orang yang kurang kemampuan dalam kewangan.

Bank akan pandang kita sebagai lelaki yang gagal urus wang. Nak buat loan rumah jadi susah.

Emas adalah penyimpan nilai yang sangat baik. Simpanlah emas 30% dari aset kita. Bukannya beli untuk diletakkan di Ahrahnu kawan.

Belilah emas secara bijak, bukan kena pijak.

Kredit: Azizul Azli Ahmad