Menyentuh soal berjimat dalam rumah tangga, tentu pelbagai cara boleh dilakukan dan salah satunya adalah dari aspek mengawal perbelanjaan barang-barang dapur. Maksud berjimat di sini, bukanlah pula hingga menggurangkan peruntukkan bajet pembelian barang-barang basah tetapi ada cara yang lebih praktikal boleh diamalkan.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Lily Moha, walaupun dia rajin memasak setiap hari untuk keluarganya namun perbelanja bahan basah boleh dikawal dan dijimatkan hingga kurang RM 100 untuk seminggu!
Jom kita baca perkongsian ibu ini dan semoga memberi manfaat untuk semua.
Setiap kali saya masak pasti ada orang akan tegur, “Rajin betullah awak ni!” Saya cuma gelak saja. Bukan soal rajin, bukan soal pandai. Dalam adik beradik sayalah paling tak handal di dapur, berbanding adik saya siap jadi tukang masak dan buka kedai sendiri.
Hangit, terlajak masak, kering, tawar tu semua biasa di dalam dapur saya. Dapur siap terbakar haaaaaa, korang ada? Sampai adakala saya fikir suami dan anak-anak sebenarnya tak suka pun saya sediakan bekal untuk mereka. Punyalah inferior. Namun depa anak beranak ni ada teknik meyakinkan Ummi yang semua lelah dan payah ni sangat berbaloi.
Selain itu apa yang selalunya menaikkan semangat saya adalah dua perkara,
1. Saya mahu pilih yang baik-baik dalam kebayakan masa.
2. Jimat.
Hari ni saya nak cerita tentang jimat. Minggu lepas saya belanjakan RM100 untuk menu seminggu. Semua hari ada sarapan di rumah, dan dua hari sahaja makan malam di luar selama lima hari bekerja. Kami makan tengahari di luar, saya belum mampu sediakan makan tengahari lagi. Anak-anak memang ada makanan tersedia di sekolah, dibayar sekali dalam yuran. Jumaat sarapan di rumah dan petangnya ada jemputan. Sabtu pula semuanya makan di rumah.
Disebabkan ada berbaki lagi ikan untuk tiga hari di dalam freezer maka untuk minggu ini kami belanjakan RM68 sahaja untuk ayam, ikan, sayur, dan siap buah lagi.
Saya sediakan jadual, saya plan apa perlu disediakan lebih awal untuk hari bekerja yang lebih lancar dan saya ikut jadual tersebut.
Ads
Begitulah.
Kenapa perlu cepat? Kami keluar awal pagi menghantar semua anak-anak, masuk kerja sepanjang hari dan paling awal sampai ke rumah jam tujuh malam.
Saya ada empat anak. Seorang tengah beronok-ronok main di syurga tak ingatpun kat Ummi di sini, seorang darjah dua yang kuat makan, seorang usia enam tahun yang kuat demand dan seorang usia setahun setengah yang “memunggah” is his middle name.
Selain kerja hakiki lima hari seminggu saya ada buat #kelaskirakalori juga mengendalikan NGO Sahabat Uwais. Hujung minggu sangat sibuk dengan urusan rumah tangga, hantar anak ke kelas, balik kampung dan NGO. Travelling itu biasa. Tidur dalam kereta, biasa.
I do laundry most of the time, kecuali apabila sangat tak sempat maka kami ke Jabatan Perdobian di kedai. Saya kemas sendiri rumah kecuali untuk yang susah seperti cuci kipas, lap tingkap dan lain-lain kami suami isteri buat bersama atau upah orang. Sangat jarang panggil maid ke rumah kerana jadual yang susah untuk disesuaikan. Urusan luar rumah memang upah orang sebab tak sempat kerana jadual Abi lagi padat.
Now, bukan saya nak habaq saya sibuk gila. Bukan. Bukan juga nak habaq saya power. Bukan. Bukan mahu judging. Bukan.
Ads
Tapi membaca sharing dari Tuan Syed Azmi tadi benar-benar menyuarakan isi hati saya selama berziarah ke rumah asnaf dan sewaktu dengannya.
Priority is out. Time management is out. Cleanliness and tidiness is out as well.
Kerja seminggu dua-tiga hari sebelah pagi sahaja tapi tidak ada daya untuk buat kerja sampingan. Paling-paling pun bercucuk tanam untuk kelangsungan hidup. Boleh buat masak dan boleh dijual buat duit belanja. Masa terluang boleh buat masak untuk keluarga, silap-silap boleh ambil upah.
Ada anak sudah besar panjang, anak dara anak teruna tetapi tidak dikerah untuk kemas rumah, lipat baju, tolong apa yang patut. Semua harap mak seorang. Ayah memang tak tolonglah, mencari rezeki katanya, tak macho kemas rumah. Rumah macam tongkang pecah, bau masam buah busuk, hapak semua bercampur-campur. Macam mana hampa boleh duduk?
Duit sangat terhad tetapi sepanjang minggu membeli di luar, makan di luar. Sampai tiada tabungan untuk perkara forseen, contohnya yuran anak masuk sekolah. Benda dah boleh nampak dan jangka pun, bukannya benda tiba-tiba jadi maka harus sudah boleh dirancang dengan baik. Bantuan tak sentiasa datang, kalau ada pun bantuan tetap ada limitasinya. Kami sendiri tetapkan bajet untuk setiap kali keluar shopping dengan asnaf, bahkan untuk pemberian barang Natfree kita rancang dari awal dan cari barang yang value for money. Berkualiti tetapi murah. Bab kualiti tiada kompromi, baju preloved pun saya cerewet inikan pula yang baru.
Betullah anak-anak teringin makan di luar, nak makan Western gitu gini, namun ada mak di luar sana sanggup pergi belajar tagih resepi dari penjual bukan untuk meniaga tapi untuk masak dan sediakan kepada anak-anak. Punya ramai orang kongsi resepi, kaedah mudah jimat masa dan wang di dapur tapi kita pilih untuk habiskan data internet untuk baca gossip artis. Alahai, Fattzura tu dah nikah dah. Kita kepochi pun bukan ada benda nak kacau kita.
Di mana yang kita boleh maksimakan penjimatan, carilah dan galilah lalu usahakan. Yang nampak macam lek-lek dan ada duit tepi pun usaha gigih berjimat kerana kita ada matlamat yang mahu kita capai.
Ads
Sekali lagi saya tekankan, gagal untuk rancang adalah rancang untuk gagal.
Begitu.
Ni sarapan kami pagi ini. Saya perap dada ayam dengan herba Cajun. Kemudian bakar atas kuali. Masuk peti ais dan sambung masak pagi ni.
Anak-anak punya saya buat Popchicken Flipshawl macam saya cerita semalam. Semua saya panaskan semula pagi ini.
Sayur saya stim sekejap, tos dan masuk dalam air sejuk untuk kekalkan warna.
Haaaaa, hasil ziarah kami dapat mashed potato yang mebelessss dari Pak Ndak Mazlan Zain. Ngam pula dengan menu hari ini, teruslah dipadankan dengan jayanya.
Tambah pisang, pun dapat semalam dan anggur yang dibeli. Puhhhh, murah rezeki Pak Ndak sekeluarga, amin.
Sekali lagi bukan nak mengajar, apatah lagi tak ikhlas memberi. Kami pun sekadar memanjangkan amanah sahabat semua. Namun kalau selalu tersedia ikan tanpa beri joran, sampai bila-bila kalian tak dapat berdikari.
Sekiranya anda dan pasangan sebelum ini hanya melakukan sekadar bersahaja, sudah tiba masanya cubalah lakukan sesuatu agar menjadi lebih baik. Ini bukan apa, setiap manfaat dan kebaikkan yang dilakukan akhirnya akan kembali kepada anda jua.
Hal ini dikongsikan oleh Encik Azlan melalui pengalamannya sendiri setelah konsisten mengamalkan ucapan terima kasih kepada pasangannya. Siapa sangka ucapan yang seringkas itu, akhirnya memberi impak luar biasa.
Nak tahu kisah lanjut, jom semak perkongsiannya itu.
Macam mana kita layan pasangan, macam tu lah mereka layan kita.
Pernah terfikir tak, kenapa pasangan kita tetap macam tu juga, walaupun dah cuba habis cara untuk ubah dia?
Ini pengalaman yang saya alami sendiri.
Ada sekali tu, saya terfikir untuk buat benda baru. Bukan tak pernah buat sebelum ni, cuma tak konsisten. Tak jadi habit.
Saya tanam azam dalam diri, setiap hari saya akan UCAP TERIMA KASIH kepada surihati. Kali ni memang target saya untuk jadikan berterima kasih ni satu habit.
Apa saya buat, setiap hari bila sampai di tempat kerja, saya hantar whatsapp kepada surihati. Saya selitkan sekali kalimah penghargaan tu,
“Papa dah sampai ni. Terima kasih sebab bagi bekal untuk papa.”
Saya ulang setiap hari tanpa gagal.
Alhamdulillah sekarang dah melekat. Asal sampai di ofis je, terus capai fon untuk info dan say thank you kepada surihati.
Dalam proses ni, ada dua benda yang saya belajar.
Pertama, saya jadi seorang yang sentiasa cari kebaikan yang pasangan saya buat. Sekecil kecil kebaikan dia, saya akan puji dan hargai. Saya alert bila nampak kebaikan yang dia buat. Terus masuk dalam kepala, benda ni yang aku akan terima kasih lepas ni.
Kedua, ini benda utama yang saya nak kongsikan dengan kalian bab nak ubah pasangan tadi.
Satu hari tu, saya perasan ada perubahan pada reply whatsapp yang saya terima.
“Tq kat papa juga sebab banyak tolong mama”
Kali ni surihati juga ucapkan terima kasih kepada saya. Bila baca tu, saya rasa wow. Satu perasaan gembira masuk dalam hati saya.
Rupanya inilah maksud “Change yourself, your world will change”
Benar sekali, keadaan sekeliling anda akan berubah dengan sendiri bila anda ubah diri anda dahulu. Bila saya mulakan berterima kasih kepada surihati, dia perasan apa yang saya buat, dia juga buat benda yang sama.
Suami-suami percayalah bila anda ucap terima kasih kepada pasangan,
1. Hati pasangan akan gembira
Siapa pun akan gembira bila diucapkan terima kasih. Terutama isteri. Lebih lagi kalau yang ucap tu suami. Berbunga-bunga je hati.
2. Tanda kita ni cakna atau alert dengan apa yang pasangan buat kepada kita
Isteri akan rasa kalian ambil berat tentang diri dia. Ambil tahu apa yang dia dah susah payah buat untuk suami dan anak-anak. Percayalah, isteri bangga dengan suami yang caring macam ni.
3. Kepuasan kepada pasangan walau penat
Tak kiralah isteri kita surirumah atau bekerja. Seharian bekerja, urus rumah, urus anak, urus suami. Kadang tu sampai urus diri sendiri pun tak sempat. Penat dia Tuhan je yang tahu. Bila dengar ucapan terima kasih, hilang semua oenat tu tadi.
4. Rasa dihargai
Paling senang nak hargai usaha isteri adalah dengan terima kasih. Mungkin kita nampak kecil usahanya. Tapi untuk jayakan, kita tak tahu banyak mana yang telah dikorbankan. Isteri akan rasa pengorbanan dia tak sia-sia.
5. Sebagai kata-kata semangat
Balik dari kerja, penat tak hilang lagi terus singsing lengan baju uruskan rumahtangga. Tengah lembik tu, ada orang ucap terima kasih, terus rasa full charge balik.
6. Kasih sayang wujud
Suami bila selalu hargai, ambil berat, gembirakan dan support satu sama lain, kasih sayang akan terbit dalam hati isteri.
Kini saya percaya, bila kita nakkan perubahan, kena mulakan dengan diri sendiri dulu. Tak boleh terus nak ubah orang lain.
Sebab bila ubah diri, kita akan improve diri. Orang sekeliling akan rasa perubahan itu dan secara ‘unconscious’ nya, timbul dorongan untuk berubah juga.
Sama juga dalam rumah tangga, diri kita adalah cermin kepada pasangan. Isteri akan tiru apa yang suami buat. Buat baik, baiklah pasangan. Buat jahat, jahatlah pasangan. Na’uzubillah.
Mulai hari ni, jangan tanya kenapa isteri tak boleh jadi pasangan terbaik. Sebaliknya tanya diri sendiri apa perubahan anda boleh buat untuk jadi suami terbaik kepada pasangan anda.
Mungkin untuk menanam lobak merah tidak ramai yang mempunyai pengalaman. Namun setelah membaca perkongsian daripada CT Hamisah Ahmad, terasa seronok juga untuk dicuba.
Nampak mudah, bila anak pokok yang disemai walau hanya ditempatkan di dalam botol plastik, lobak merah dapat hidup subur.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Saya tanam lobak dalam botol ja….lobak saya semai dkt tray dulu. Bila keluar daun 4, 5 helai baru saya pindahkan ke dalam botol.
Saya semai biji benih beli dekat kedai. Dekat shopee pun ada banyak dijual…..
Daun carrot bila mula² keluar macam rumput. Biar dulu daun sebenar keluar baru pindahkan ke dalam pasu atau botol.
Isi tanah jangan bagi penuh. Lebih kurang ¾ ja…Masukkn anak lobak tadi biar tenggelam semua batang. Tinggal daun ja di luar. Tapi jangan sampai tertimbus pucuk… Nanti mati…
Bila batang meninggi, mesti timbus sampai pelepah paling bawah… Kalau tak, nanti lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi….
Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. So, topup lagi tanah timbus batang smpai pelepah terbawah. Buang daun yan bawah sekali
Siram 2x sehari…
Lobak putih ni belum sampai 2 bulan… Yang penting tanah tak keras bagi memudahkan ubi membesar….
Dek kerana ramai yang menggemari masakan Thai, tentunya menu Tom Yam yang mempunyai rasa masam-masam pedas menjadi pilihan dijadikan sebagai menu untuk berbuka puasa di bulan Ramadan ini.
Rasanya yang tersendiri dengan aroma daun limau purut, serai dan beberapa ramuan herba terpilih, membuatkan kuah tom yam tidak jemu dimakan. Selain tom yam biasa di masak dengan campuran ayam, daging, seafood atau sayur, tom yam ikan siakap juga tidak kurang hebat rasanya.
Jadi apa kata anda mencuba resipi ikan siakap tomyam yang dikongsikan oleh Noor Hafiza Mohamad.
Menurutnya, menu yang disediakan mendapat pujian suaminya dan disamakan seperti macam makan di kedai makanan Thai. Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda sediakan menu ini dan dapatlah seisi keluarga menikmati keenakan rasa hidangan yang anda sajikan.
Kalau korang nak try tom yam ikan, ini resipinya:
Bahan utama: serai 4 batang hiris, separuh sumbat dalam ikan, lengkuas 1/2 inci hiris, bawang putih 4 ulas hiris, 1 akar ketumbar ketuk. Masukkan air dan didihkan.
Cara memasaknya :
Masukkan 2 sudu besar pes tomyam, kacau-kacau. Tutup periuk dalam 5 minit.
Gunakan pes jenama ni. Paduuu. Masukkan sos ikan sedikit. Kalau takda pon ok jer. Masukkan 2 kiub ayam dan tambah 1 sudu gula. Sis guna gula perang / nisan. Barulah ori Thai
Dah mendidih, masukkan sayur (bawang holland, tomato, bunga kubis, kubis, daun limau purut, cili)
Akhir sekali perah sebiji limau nipis. Tutup api. Jangan bagi didih lama nanti sayur lembik habis hilang zatnya. Tabur daun ketumbar.
Siap dimakan bersama lauk sampingan seperti telur dadar / ayam goreng. Tak payah sayur dah. Dalam tomyam dan banyak sayurnya.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.