Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina berkongsi berita gembira kepada umum apabila kembali bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Essam Muhammad.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mizz Nina meluahkan rasa syukur dengan perkahwinan kali kedua bersama penyanyi rap Amerika Syarikat itu dan menyifatkan sebagai takdir terindah daripada Allah SWT.
Kata Mizz Nina, 43, majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
” Bismillahirahmanirahim. Alhamdulilah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang indah ini ingin saya kongsikan kepada anda semua. Dan ini pengumuman rasmi bahawa saya baru sahaja berkahwin (nikah) pada suku kedua 2023, dengan suami tercinta Essam Muhammad dalam majlis tertutup bersama keluarga dan rakan rapat.
” Alhamdulilah, dengan restu ibu bapa kami berdua dapat menyempurnakan separuh lagi agama masing-masing. Kami berdua telah mendedikasikan hidup kami untuk dakwah, kami berkongsi matlamat, aspirasi yang sama dan teruja untuk lembaran baru dalam hidup kami.
Ads
” Satu-satunya tujuan di sebalik semua usaha kita dalam kerja yang kita lakukan adalah berakar pada iman dan asasnya akan sentiasa kerana Allah. Dunia ini sementara dan hari esok tidak pernah dijanjikan. Kami memahami bahawa perkahwinan adalah untuk menumbuhkan cinta, mencari ketenangan dan mempunyai belas kasihan dan bahawa niat utama haruslah sentiasa untuk mencari keredhaan Allah agar kita dapat melangkah melalui pintu-pintu Jannah bersama.” tulisnya di laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, pemilik nama Shazrina Azman memberitahu dia bakal mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur, tidak lama lagi.
Ads
” Semoga Allah menggunakan bakat dan rezeki yang kita ada untuk memberi manfaat dan memartabatkan Ummah. Semoga Allah menjaga keikhlasan kita, dan sentiasa melindungi kita dalam perjalanan.
” Kami akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup tidak lama lagi di KL in shaa Allah.
Ads
” Kami sentiasa bersyukur kepada Allah, keluarga dan kawan rapat kami. Kami menghargai sokongan, kasih sayang dan doa anda. Kami berdoa dan mendoakan yang terbaik untuk Deen, Dunya & Akhirah semua. BarakAllahu feekum!” tambahnya.
Terdahulu, Vokalis Hujan, Noh Salleh, dan Mizz Nina, mengesahkan sudah bercerai pada 4 Ogos 2022. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sekitar April tahun lalu, mereka memperkenalkan Musa sebagai anak angkat.
Sumber: Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sangka tiang batu botol yang retak mengundang maut pada anak sendiri. Itulah insiden tragis yang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, Nur Iman Irdina, 4, ditemui berlumuran darah oleh ibunya, Aznynaqiah Mat Ali, 44, di beranda rumah keluarga. Dia dilaporkan maut akibat dihempap tiang batu botol.
Aznynaqiah berkata, sebelum kejadian Irdina bermain seorang diri di kawasan beranda itu dan dia ketika itu sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur.
“Arwah memang suka bermain di kawasan beranda itu dan semalam dia bermain seorang diri sementara abang dan kakaknya berada tidak jauh daripada arwah.
“Ketika itu saya sedang menyiapkan juadah untuk berbuka sebelum terdengar bunyi kuat seperti runtuhan.
“Saya berlari ke depan rumah dan ternampak arwah sudah dihempap tiang batu botol,” katanya.
Menurutnya, tiang batu botol itu memang sudah retak dan dia bercadang membaikinya namun tidak menyangka keadaan itu meragut nyawa anak bongsu daripada lima beradik itu.
Aznynaqiah berkata, dia bersama adik dan ibunya bergegas membawa Irdina ke Hospital Alor Gajah.
Aznynaqiah berkata, dia bersama adik dan ibunya bergegas membawa Irdina ke Hospital Alor Gajah.
“Doktor berusaha menyelamatkannya namun Allah SWT lebih menyayanginya selepas doktor mengesahkan arwah sudah meninggal dunia,” katanya sebak
Imam Muda Asyraf timang bayi lelaki, isteri selamat lahirkan anak ke empat. Pendakwah bebas ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 39 atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Asyraf timang cahaya mata ke empat.
Imam Muda Asyraf Timang Bayi Lelaki, Isteri Selamat Lahirkan Anak Ke Empat
Berita gembira itu dikongsikan dilaman Instagramnya.
Tepat jam 1.13 pagi tadi bersamaan (18/7/2024). Isteri saya Nur Husna Bt Yusoff baru sahaja selamat melahirkan seorang anak lelaki.
Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru kami ini, menambah lagi keberkatan serta memberi rahmat buat alam seluruhnya. Ameen Ya Rabbal alamin. – tulisnya di ruangan kapsyen.
Lazimnya, orang perempuan memang suka bunga-bungaan dan tidak hairanlah itu sebabnya mak-mak kita rajin dan suka tanam pokok bunga di laman rumah. Tak kisahlah apa jenis bunga, semuanya nampak cantik di mata.
Pun begitu dalam banyak-banyak pokok bunga yang di tanam, kalau nak nampak laman terlihat ala-ala kedesaan Inggeris, menanam pokok bunga Petunia ini adalah jawapannya.
Tapi yang susahnya tak ramai yang ada pengalaman dan ilmu tentang nak jaga pokok yang satu ni. Katanya pokok ni ‘manja’ dan selalu minta ‘dibelai’, betulker? Nak tahu lanjut, jom kita baca perkongsian Asyraf Khalib yang memang otai dengan bunga petunia ni.
SUKA CAHAYA MATAHARI PENUH
Maksudnya Petunia tak suka tempat teduh. Kalau letak dalam pasu gantung di balkoni atau garaj, cari kawasan yang dapat cahaya matahari lebih banyak. Kalau letak tempat teduh, alamatnya tak berbunga sangatlah dia. Dan ada pula kes yang Pokok Petunia dia menjalar turun sebelah pasu sahaja. Sebelah lagi tak ada daun dan bunga. Sebabnya tak kena matahari. Nak bunga petunia dalam pasu menjalar membulat macam pokok saya? Teruskan membaca.
PETUNIA TAK SUKA KENA SIRAM AIR BANYAK TAPI POKOK PETUNIA KUAT MINUM AIR
Maksudnya Petunia cukup disiram ala kadar sahaja. Tak perlu air disiram sampai beriya melimpah dan menitik keluar dari pasu. Air membazir, baja pun keluar sekali. Lagi satu, kalau siram banyak banyak pokok lemas dan mudah kena serangan penyakit. Tapi, tuan puan kena tahu Petunia juga kuat minum air. Jadi kena rajin buat siraman setiap hari. Ada orang cakap siram pagi dan petang. Saya selalu siram pagi sahaja sebelum keluar pergi kerja. Tapi ingat, siram sikit sahaja dh cukup. Sekadar membasahkan tanah. Siram pada tanah, bukan pada daun.
GUNA MEDIUM TANAH YANG TAK MENAKUNG AIR
Elakkan tanam Petunia dalam medium tanah yang menakung air sebab takkan subur dan cepat mati dek serangan penyakit pada daun, batang dan akar pokok. Elok ada campuran cocopeat, tanah merah bakar, sekam bakar, baja tayam (sikit) dan saya selalu letak peatmoss juga sikit. Nisbah campuran saya hentam saja. Haha. Nak senang beli je tanah 6in1 kat nurseri tu
BARU BELI DI NURSERI: TUKAR TANAH DAN PASU
Kalau pokok baru dibeli daripada nurseri, jika bernasib baik dapatlah yang subur berbunga. Kalau tak, kurus dan sedih je tengok kan. Jadi sebaiknya, selepas bawa balik kat rumah. Tukar tanah dan pasu baru. Sebabnya, kebiasaannya Pokok petunia yg dlm pasu nurseri akar pokok dah padat sangat dah. Tanah pun kurang nutrisi. Jadi sebaiknya pindahkan pokok dengan membuang tanah yg melekat pada akar pokok sedikit dan masukkan tanah baru. Kalau tukar pasu lebih besar lagi bagus. Tak percaya cuba la buat.
NAK PETUNIA BERBUNGA SEPANJANG MASA?
Ramai tnya saya macam mana nak bagi Petunia berbunga sepanjang tahun. Sebenarnya jawapannya kena rajin sikitlah. Petunia ni manja, kena selalu belek. Seminggu sekali buatlah Pinching process iaitu proses memetik dan membuang bunga serta daun yg layu. Bunga petunia yg layu biasanya akan meninggalkan tangkai bunga. Dalam tempoh 3-4 hari tangkai halus tersebut akan mula keluarkn biji benih.
Pokok petunia yg mula mengeluarkan biji benih akan kurang serta malas berbunga dan lama kelamaan ia akan mati. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku. Buang tngkai bunga tu sebanyak yg boleh. Daun yg layu juga petik buang terus. Jangan biar rosak di dalam pasu.
TRIMMING: KERATAN RANTING
Ada yang sayang pokok tak mahu kerat ranting. Salah tu. Sebulan sekali tolong la buat keratan. Trim la mana patut. Kalau biar sahaja nanti pokok jadi kurus, daun mengecil, bunga mengecil. Sakit mata tengok.
BAJA
Sama macam pokok lain, Petunia juga perlukan pembajaan. Untuk Petunia saya, saya guna 4 jenis baja iaitu baja pertumbuhan (hijau), baja penggalak bunga (pink), baja organik tayam dan baja organik soya. Baja saya beli di Giant (kalau tuan puan nak beli dari otai otai baja dalam group ni lagi bagus!). Brand saya beli macam macam. Baja bunga saya beri seminggu sekali. Satu pasu cukup satu sudu kfc tu. Baja pertumbuhan dan baja organik saya isi berselang seli iaitu dua minggu sekali. Kuantiti bagi baja pertumbuhan yg hijau tu sama seperti baja bunga. Kalau baja organik letak lebih sikit tak apa.
TANAM SEMULA PETUNIA
Bila kita nak tanam satu satu pokok, elok ambil tahu ilmu sedikit tentang pokok tersebut. Sebabnya tak mahu pokok terseksa. Beli dekat nurseri elok, balik rumah mati. Rugi dan kesian
Jadi, untuk pengetahuan tuan puan, petunia ni pokok bermusim, usia normal pokok ini hanya 9-10 bulan sahaja. Ada yang boleh tahan sampai dua tahun kalau pandai jaga. Apa pun, untuk elakkan kes kena beli pokok baru sebab pokok mati. Saya sarankan untuk tanam semula Petunia ni sebelum induk pokok mati.
Cara pertama:
Kalau ada ranting petunia yang patah (atau potong sendiri ranting), ambil ranting tersebut, buang semua daun. Dan cucuk ranting tersebut dalam medium cocopeat yg lembab. Sembur air setiap pagi. InshaaAllah nanti akan keluar akar dan bila dah besar sikit boleh pindah masuk pasu. Kalau pokok masih kecil tapi dah gatal nak berbunga, buang kuntuman bunga tu dulu. Hehe. Satu lagi pesanan, semasa proses semaian, jangan terlebih siram air. Nanti ranting rosak. Aduh padan muka.
Cara kedua:
Semaian biji benih. Benih petunia boleh dikumpul dari induk pokok. Caranya, tinggalkan sekuntum dua tangkai bunga besar petunia pada induk. Biar bunga gugur dahulu. Bila tangkai tersebut dah keluarkan buah. Biar pula benih itu kering sepenuhnya. Bila dah kering, ambil benih dan taburkan atas medium cocopeat lembab juga. Letak di tempat yg x terdedah pd matahari. Sy letak dlm rumah je. Sembur dgn air dua hari sekali. Dalam seminggu akan keluar anak pokok. Bila anak pokok dah keluar 4 helai daun. Boleh pindahkan anak pokok dalam pasu kecil untuk monitor tumbesaran. Nak senang beli je benih petunia dekat kedai. Setel masalah.
SERANGAN SERANGGA PEROSAK?
Memandangkan saya selalu belek pokok pokok kat rumah ni. Serangga pun meluat nak kacau pokok. Haha. Tapi dua minggu sekali saya ada sembur racun organik Baba Plant Care juga.
sumber : Asyraf Khalib via Group Kebun kampung-Tanam, Teknik Sendiri (KGTTS)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...